omniture

Kembali bersama; Model Terunggul Samsung dengan penapis Camera360 terbina dalam

Camera360
2017-05-02 11:18 656

CHENGDU, China, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Samsung mengesahkan ia akan menggunakan penapis Lomo-memory Camera360 terbina dalam untuk semua model terunggul yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini merupakan kali kedua Samsung berganding bahu dengan Camera360 berhubung penapis terbina dalam; awal tahun 2016, Samsung mempunyai dua penapis Camera360 terbina dalam lebih awal untuk model-model terunggulnya, termasuk model S7. Kali ini, Samsung sekali lagi menggunakan penapis Lomo-memory Camera360 untuk dibangunkan dalam model-model baharu mereka pada separuh pertama tahun 2017; termasuk model-model S7, A3/A5/A7. Pasukan Camera360 ini sukar ditandingi apabila melibatkan butiran terperinci dan tahap kecemerlangan berhubung teknologi penapis mereka; maka tidak hairanlah Samsung sekali lagi memilih Camera360 sebagai rakan penapisnya.

Menurut laporan, penapis yang baru dimasukkan itu ialah: Lomo-memory, Sweet, Gold dan Light. Lomo-memory mempunyai ciri kontras yang boleh diselaraskan, agar warna foto keseluruhan akan dapat diselaraskan menjadi lebih lembut, serta merta memaparkan personaliti yang lebih bersahaja apabila mengambil gambar seseorang; semua ini dibuat tanpa memerlukan sebarang pasca penyuntingan. Selain itu, penapis Sweet gaya Jepun, penapis Gold imitasi vintaj dan penapis Light yang penuh kelembutan; kesemuanya akan disediakan melalui Samsung Store. Pengguna boleh memuat turun ketiga-tiga penapis ini bagi membantu mereka menjadikan foto lebih halus dan cantik. 

Sebagai salah satu daripada Aplikasi Cina paling berjaya yang berkembang ke luar negara, Camera360 kini mempunyai lebih 700 juta pengguna. Ia juga memiliki salah satu daripada komuniti fotografi mudah alih terbesar dunia, dengan 200 juta foto terhasil setiap hari, manakala 2000 foto diambil setiap saat menggunakan Camera360 di seluruh dunia. Berusaha untuk terus meningkatkan teknologinya, pasukan Camera360 melancarkan "MIX", aplikasi penyuntingan imej profesional yang bukan sahaja mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan pengguna, bahkan turut menerima pengiktirafan daripada banyak pakar fotografi. Pada tahun 2016, ia memperkenalkan pembelajaran mesin mendalam generasi seterusnya di China yang berasaskan enjin cat AI "POKER". Dalam dunia pengimejan mudah alih, Camera360 turut bekerjasama dengan banyak pengeluar terkemuka dalam pelbagai industri. Matlamatnya adalah untuk "membolehkan dunia menikmati perkhidmatan pengimejan mudah alih yang lebih ringkas". Menerusi kemajuan dan keupayaan teknologi yang kukuh, ia dipilih oleh Google sebagai "Peneraju Kemajuan Global" dan meraih anugerah "Aplikasi Terbaik Tahun 2016" menerusi Google Play Store dalam banyak negara dan rantau; ia turut mengekalkan kedudukannya pada tahun 2015 dan 2016 sebagai "Aplikasi Terbaik Tahunan" pada Apple Store.

Kini, Samsung memutuskan untuk menggunakan satu lagi aplikasi yang dibangunkan oleh pasukan Camera360, Bestie, untuk dibangunkan dalam kesemua peranti demonstrasi mereka di kedai-kedai runcit global; pengguna boleh mencuba kesan merakam sebenar di kedai-kedai runcit berhampiran. Sumber-sumber menyatakan Samsung S7 baharu bakal dilancarkan pada suku kedua tahun 2017; dengan itu, pengguna berpeluang mengalami keriangan dan daya kreativiti yang dibawakan untuk mereka oleh penapis Camera360 baharu ini.

Source: Camera360
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements