omniture

Pameran Perdagangan Elektronik Pengguna CE China Bermula di Shenzhen

TVT.media GmbH
2017-05-05 07:01 668

SHENZHEN, 5 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Bahan Video komprehensif untuk wartawan tersedia di Pusat Penyiaran Global IFA

Untuk kali kedua Consumer Electronics China (CE China) membuka pintunya di Pusat Konvensyen dan Pameran di Shenzhen, China. Pameran ulung pada 2016 menarik lebih 11,500 pengunjung apabila lebih 150 pempamer mempamerkan produk dan inovasi terkini milik mereka. Dengan jenama antarabangsa Bosch, Siemens, Huawei, HTC, Midea dan Gree antara lainnya, bilangan tahun ini dijangka meningkat dengan kehadiran orang ramai yang berminat pada hari pembukaan pameran.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8091451-consumer-electronics-trade-show-ce-china/

Rakan penyiaran Antarabangsa TVT.media GmbH menghasilkan bahan video komprehensif 2017 China CE di lokasi untuk wartawan, bilik berita TV dan media dalam talian. Untuk lebih banyak klip video, temubual dan rakaman CE China 2017 sila lawati Pusat Penyiaran Global IFA:

http://www.ifa-gbc.com/ 
salinan yang diminta - percuma

CE China dihoskan oleh Berlin  Exhibition (Guangzhou) Co., Ltd., anak syarikat milik penuh Messe Berlin GmbH. Sebagai acara IFA global, CE China direka untuk menjadi pameran perdagangan utama China bagi jenama elektronik pengguna dan kelengkapan rumah di China.

Pameran ini menyatukan pempamer antarabangsa dengan peruncit Cina untuk membawa produk baharu kepada pelanggan mereka. Dengan menyertai CE China, pempamer mempunyai peluang menampilkan produk mereka di hadapan rakan-rakan saluran yang bernilai yang boleh membantu mengembangkan jualan di China serta negara lain di Asia. CE China mempunyai fokus yang kukuh terhadap keperluan jenama, produk dan pelanggan antarabangsa.

Hubungan Media: Michael Mueller-Jaeger, TVT.media GmbH - mmj@tvtmedia.de - +49-173-251-59-00 

generated by system

generated by system

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8091451-consumer-electronics-trade-show-ce-china/

Source: TVT.media GmbH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Trade show news