omniture

Syarikat Perkhidmatan Serahan SF Express Buka Cawangan di Vietnam dan Thailand

SF Express Co.,Ltd.
2017-05-09 15:45 846

Terus Perluas Rangkaian Antarabangsanya di ASEAN

BANGKOK dan BANDAR RAYA HO CHI MINH, Thailand dan Vietnam, 9 Mei 2017 /PRNewswire/ -- SF Express, sebuah subsidiari SF Holdings (SZSE: 002352), sebuah syarikat serahan segera yang berpangkalan di Shenzhen, China, baru-baru ini mengumumkan pusat-pusat perkhidmatannya di Vietnam dan Thailand telahpun dibuka secara rasmi untuk menjalankan perniagaan, menyediakan perkhidmatan serahan segera eksport dan import untuk syarikat-syarikat tempatan serta pihak individu. Pembukaan dua pejabat tersebut merupakan satu lagi bukti usaha berterusan syarikat itu untuk melabur dan memperluas rangkaiannya di rantau ASEAN, menjelang pembukaan pusat-pusat perkhidmatan di Singapura dan Malaysia tidak lama lagi.

SF Express Thailand
SF Express Thailand

Ketua bahagian perniagaan antarabangsa SF Express berkata Vietnam dan Thailand merupakan dua pasaran paling penting untuk syarikat di rantau ASEAN selain dua rakan dagangan penting yang disasarkan oleh inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan China, program oleh kerajaan China demi meningkatkan hubungan ekonomi dengan negara-negara Eurasia. Dengan mengoptimumkan operasi di setiap pusat perkhidmatan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur tempatan, syarikat berpeluang menawarkan perkhidmatan serahan segera antarabangsa yang terbaik dari segi kualiti, cekap dan mudah untuk pelanggan dengan memanfaatkan secara anjal pelbagai pilihan pengangkutan di rantau ini.

SF Express Vietnam
SF Express Vietnam

SF Express kini menawarkan perkhidmatan serahan segera antara Vietnam, Thailand dan Tanah Besar China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Mongolia. Syarikat turut menawarkan perkhidmatan eksport dari Vietnam, Thailand ke Kemboja, Myanmar, India, Indonesia, Mexico, Kanada dan Australia. SF Express Thailand dan Vietnam menawarkan perkhidmatan pengambilan dan serahan meliputi kedua-dua negara ini, selain perkhidmatan peribadi yang melibatkan pengambilan di pintu dan perkhidmatan penurunan stesen, selain khidmat pelanggan pelbagai bahasa merentasi Vietnam dan Thailand.

Sebahagian besar kakitangan di Vietnam dan Thailand, bermula daripada bahagian pengurusan kepada kurier dan wakil-wakil khidmat pelanggan, diambil daripada kalangan penduduk tempatan, dengan matlamat untuk memenuhi jangkaan peringkat tempatan yang lebih baik serta menyediakan perkhidmatan yang disetempatkan sepenuhnya. Sejajar dengan hala tuju syarikat terhadap pertumbuhan masa depan, syarikat merancang untuk terus memperluas rangkaiannya di kedua-dua negara, menawarkan kemudahan pelanggan tempatan digabungkan dengan perkhidmatan berkualiti.

Butiran lanjut tentang perkhidmatan SF Express, sila hubungi Talian Penting Khidmat Pelanggan tempatan.

Singapura: 1800 311 1111 
Malaysia: 1800 18 3331 
Thailand: 02 295 1889 
Vietnam: 1800 8110 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi mediasg@sf-express.com 

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170505/1843968-1-a
Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170505/1843968-1-b

Source: SF Express Co.,Ltd.
Keywords: Transportation Corporate Expansion