omniture

Sinch Lancar Produk Video SDK Canggih

Sinch
2017-05-09 23:58 820

STOCKHOLM, 9 Mei 2017 /PRNewswire/ --

- Dayakan penyepaduan pantas dan mudah untuk panggilan video dalam aplikasi.  

Sinch, sebahagian daripada CLX Communications AB (publ)(STO: CLX), mengumumkan kejayaan pelancaran produk Video SDK baharu yang canggih, menambah fungsi panggilan video masa sebenar yang utama dan bersepadu ke dalam portfolio produk suara terkemuka dalam pasaran.

Produk Video SDK baharu daripada Sinch akan membekalkan pembangun dengan instrumen yang diperlukan dan infrastruktur boleh diskala yang membolehkan mereka memenuhi permintaan yang berkembang pesat terhadap penyepaduan silang platform yang membolehkan panggilan video dibuat daripada sebarang aplikasi dalam talian mahupun mudah alih.

"Penambahan fungsi panggilan video terhadap kepelbagaian instrumen suara memperlihatkan peluang besar seterusnya kepada perusahaan untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Sehingga kini, proses yang kompleks seringkali di luar capaian pembangun aplikasi," ulas Andreas Bernström, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinch.

"Pelancaran Video SDK kami mengubah segala-galanya memandangkan ia menyediakan pembangun seluruh dunia dengan instrumen yang mudah digunakan dan menjimatkan masa bagi menyepadukan panggilan video berkualiti tinggi kepada aplikasi mereka. Penambahan ciri ini kepada mana-mana aplikasi suara akan dapat meningkatkan dan menambah baik pengalaman komunikasi yang dialami oleh pengguna dengan jenama tersebut."

Panggilan video disebut-sebut menjadi segmen pertumbuhan utama untuk perusahaan memandangkan interaksi bersemuka menambah satu dimensi yang amat menarik. Fungsi produk Video SDK Sinch mengukuhkan penglibatan pengguna kerana pengguna tidak perlu keluar daripada sesi aplikasi atau laman sesawang mereka untuk mengambil bahagian dalam panggilan video pada platform lain seperti WhatsApp, Skype atau Messenger.

Situasi penggunaan biasa termasuk interaksi dalam aplikasi bagi sektor penjagaan kesihatan, janji temu, sokongan pelanggan dan pendidikan, selain menggalakkan kolaborasi perusahaan bersama pasukan dan lokasi yang jauh.

Video SDK merangkumi ciri-ciri seperti sandaran proksi, berhenti seketika dan menyambung semula serta fungsi tangkapan skrin. Lebih-lebih lagi, SDK adalah unggul dari segi seni bina WebRTC, yang menggunakan resolusi adaptif dan kodek video. Hal ini menjamin standard perkhidmatan berkualiti seperti masa operasi dan resolusi imej HD.

Penyelesaian baharu Sinch disediakan melalui iOS, Android dan JavaScript SDK, memberikan instrumen kepada pembangun untuk menambah dengan pantas dan mudah fungsi panggilan video rakan ke rakan kepada aplikasi mereka, dan berfungsi sama ada melalui sambungan WiFi atau data mudah alih.

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global terkemuka bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat perusahaan berkomunikasi di seluruh dunia bersama orang ramai dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT) dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos. Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan sambungan mudah alih untuk IoT. CLX telah mengalami perkembangan yang  menguntungkan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara.

Saham CLX Communications didagangkan di NASDAQ Stockholm - XSTO: CLX.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: CLX Communications AB: http://www.clxcommunications.com 

Latar Belakang Sinch! http://www.sinch.com

Sinch (sebahagian daripada CLX Communications AB (publ)) ialah platform komunikasi mudah alih berasaskan awan yang menjadikan penambahan fungsi suara, video dan pengesahan ke dalam aplikasi lebih mudah berbanding sebelum ini. Asalnya ditubuhkan daripada Rebtel pada Mei 2014, pasukan Sinch mempunyai pengalaman pembangunan selama lebih 100 tahun dalam industri suara, dan memanfaatkan kemahiran dan kepakaran ini untuk rangkaian SDK dan API miliknya yang hebat untuk pembangun memuat turun dan menyepadukan.

Hubungkan dengan platform Sinch dan nikmati kemajuan infrastruktur mantap sambil memanfaatkan kepakaran kejuruteraan suara Sinch selama bertahun-tahun dan perkongsian yang dipercayai dengan syarikat telekomunikasi. Sinch menyingkirkan kerumitan membina dan mengekalkan infrastruktur komunikasi, menerusi SDK yang mudah disepadukan dan boleh digunakan oleh mana-mana pembangun.

 

Source: Sinch
Related Stocks:
Stockholm:CLX
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services