Kempen "Anda Mempunyai Kuasa" Ditujukan pada Industri Kewangan dan Teknologi
ALEXANDRIA, Virginia dan SINGAPURA, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Ruang siber ialah tempat di mana lebih daripada satu juta imej kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual dan eksploitasi di seluruh dunia. Dalam usaha untuk menewaskan perusahaan haram pornografi kanak-kanak, Pusat Antarabangsa bagi Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi (ICMEC) hari ini mengumumkan kempen kesedaran digital baharu yang menumpukan kepada usaha melibatkan industri kewangan dan teknologi di seluruh rantau Asia Pasifik, menggalakkan mereka untuk mengambil tindakan bagi melindungi sistem mereka daripada orang-orang yang cuba untuk melakukan penderaan seksual dan mengeksploitasi kanak-kanak.
Sejak ICMEC membentuk Gabungan Kewangan Asia Pasifik Menentang Pornografi Kanak-Kanak (APAC-FCACP) pada tahun 2009, ia telah menjadi satu kuasa perlindungan kanak-kanak yang penting di rantau ini, menyediakan platform bagi bank-bank, syarikat kad kredit, rangkaian pembayaran elektronik, sistem pembayaran pihak ketiga dalam talian, syarikat Internet, syarikat teknologi, platform rangkaian sosial, persatuan industri, penguatkuasa undang-undang, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi dan memaksimumkan kemahiran, pengalaman dan kesungguhan mereka untuk menghalang usaha mereka yang cuba untuk membahayakan kanak-kanak.
Objektif kempen baharu ini ialah untuk memaklumkan kepada institusi kewangan dan teknologi di rantau Asia-Pasifik mengenai penggunaan haram platform korporat yang sah untuk memudahkan penjualan, pembelian dan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian. ICMEC percaya kempen ini akan merangsang tindakan untuk menangani isu mendesak ini dan untuk menggalakkan industri untuk menyertai APAC-FCACP.
"Dengan mengetengahkan isu ini, kami mendidik orang ramai tentang masalah dengan sistem pembayaran dalam talian dan bagaimana mereka boleh menghentikan mereka yang mendapat keuntungan daripada pengeksploitasian kanak-kanak," kata Duta Maura Harty, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ICMEC.
Kempen ini secara rasminya akan bermula pada hari Selasa, 9 Mei dan melibatkan pelbagai aset media digital, termasuklah video menarik, siaran media sosial yang boleh dikongsi dengan statistik dan gesaan untuk mengambil tindakan, dan bahan-bahan sumber pendidikan digital. Mesej kempen akan dikongsi oleh ICMEC dan pelbagai rakan kongsi perlindungan kanak-kanak lain di rantau Asia-Pasifik.
Mengapa Syarikat Perlu Turut Serta
APAC-FCACP menggalakkan dialog yang berterusan antara syarikat-syarikat, penguatkuasa undang-undang, NGO dan agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan pendekatan dan penyelesaian yang praktikal.
Manfaat kepada syarikat-syarikat termasuk akses kepada: data/trend berharga untuk memantau sistem dalaman; alatan dan vendor yang disyorkan yang "merayap" di laman sesawang bagi kemungkinan pencabulan yang berkaitan dengan jenama tertentu; dialog yang lebih dipertingkat dengan penguatkuasaan undang-undang; saluran komunikasi yang konstruktif dengan industri lain; dan risikan masa sebenar yang padu tentang hala tuju perniagaan pornografi kanak-kanak.
Sebagai langkah pertama, syarikat-syarikat dalam sektor kewangan dan teknologi perlu memastikan terma perkhidmatan mereka dengan jelas menyatakan bahawa pelanggan yang berdagang atau menjual pornografi kanak-kanak, atau melibatkan diri dalam lain-lain jenis eksploitasi seksual kanak-kanak, akan dikeluarkan daripada perkhidmatan dan dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang pada bila-bila masa.
Institusi-institusi ini mempunyai kuasa untuk membantu memastikan keselamatan kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ICMEC dan bagaimana untuk menewaskan rangkaian-rangkaian haram ini, sila layari laman sesawang: Youhavethepower.icmec.org
Latar Belakang ICMEC
Pusat Antarabangsa bagi Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi ialah pertubuhan peribadi 501(c)(3) bukan kerajaan, bukan berasaskan keuntungan. Selama lebih daripada 16 tahun, ICMEC telah menjadi peneraju dalam mengenal pasti jurang dalam keupayaan komuniti global untuk melindungi kanak-kanak daripada penculikan, penderaan seksual dan eksploitasi, dan dengan berkepakaran mengumpulkan orang ramai, sumber dan alatan yang diperlukan untuk mengisi jurang tersebut. ICMEC memberi tumpuan kepada program-program yang memberi kesan kepada menangani isu-isu berkaitan kanak-kanak hilang, penculikan kanak-kanak, penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak.
Hubungan Media:
Susan Kriskey, susan@kriskeylane.com
Marni Lane, marni@kriskeylane.com
Kriskey Lane Communications