omniture

Media Sosial Galakkan Utiliti Elektrik di Asia Perbaiki Khidmat Pelanggan

Clarion Events
2017-05-11 09:02 596

BANGKOK, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Ditetapkan untuk berlangsung di IMPACT, Bangkok pada 25-27 Mei 2017, Minggu Utiliti Asia adalah ekspo berskala besar yang direka bagi utiliti Asia yang berusaha untuk mengubah model perniagaan utiliti mereka untuk merangkumi pemboleh digital.

Tema teras ekspo ini ialah transformasi utiliti elektrik di Asia menjadi perusahaan yang mengutamakan pelanggan. Perubahan ini dipermudahkan oleh teknologi digital tetapi didorong oleh rejim pasaran tenaga berdaya saing yang dimulakan di Singapura, Filipina dan Vietnam dan juga melalui maklum balas media sosial. Pelanggan boleh berkongsi kekecewaan mereka dengan lebih mudah tentang perkhidmatan dalam talian yang lemah. Utiliti kini menyesuaikan tawaran perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik. Hal ini amat ketara dalam pasaran tenaga komersial dan perindustrian yang lebih terkesan dengan peraturan yang memaksa peningkatan kecekapan tenaga dan pengurusan karbon.

Barisan penceramah menampilkan lebih 180 pakar teknologi tenaga termasuklah:

Samuel Tan, Ketua Pegawai Digital, SP Group, Singapura
Datuk Seri Azman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia
Waiboon Chanchio, Ketua Pegawai Maklumat, Electricity Generating Authority of Thailand, Thailand
Adrian Clark, Ketua Pegawai Eksekutif, Australia, New Zealand & Asia Tenggara, Landis & Gyr, Australia
Takako Okuda, Pengurus Besar, Pejabat Promosi CS, TEPCO Energy Partner, Jepun
Rajeev Kharyal, Pengurus Besar, Ketua Hubungan Perdagangan & Pengurusan Meter, TATA Power, India
Ramil Ruaro, Pengurus Kanan, Penyelesaian Pelanggan & Pembangunan Produk, Meralco, Filipina
Nguyen The Vinh , Pakar Kanan, Jabatan Perniagaan, Vietnam Electricity (EVN), Vietnam
Bert Deprest, Naib Presiden Penyelesaian Tenaga, Senoko Energy, Singapura

Pengarah Acara, Roderic Mclauchlan berkata:

Kemahiran media sosial bagi utiliti kini menjadi keperluan. Selain terbukti bernilai dalam pengurusan krisis, media sosial juga menyokong matlamat utiliti yang penting. Pelanggan akan membina reputasi untuk anda jika anda tidak berada di sana untuk berkongsi fakta. Apabila kejadian media sosial berlaku, anda perlu bertindak balas segera dan melakukannya dengan betul pada ketika pertama kali ia berlaku. Media sosial dijangka bertambah penting dalam tempoh lima tahun akan datang, sebagai salah satu cara untuk melibatkan pelanggan domestik dan komersial dalam perbualan sekitar kecekapan tenaga dan pengurusan karbon - dua isu yang memerlukan pelanggan untuk mengubah kelakuan mereka. Minggu Utiliti Asia kini percuma bagi kedua-dua syarikat perkhidmatan tenaga dan vendor untuk sektor ini. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan perniagaan dalam sektor utiliti Asia untuk menemui eksekutif utiliti utama di rantau ini yang mencari pemboleh yang mengutamakan pelanggan.

Penganjur:
Clarion Events

Pertanyaan Media:
Khairunnisa Abd-llah
Pengurus Kanan Pemasaran
+65-6590-3965
Khairunnisa.Abd-llah@clarionevents.com

Source: Clarion Events
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Social Media Utilities Trade show news