omniture

CLX Teruskan Strategi Pertumbuhan Agresif Dengan Pengambilalihan Dialogue Group

CLX Communications
2017-05-11 23:01 802

STOCKHOLM, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Pengambilalihan terkini bakal percepat peluasan CLX di rantau APAC, perkukuh peluasan rangkaian dan tingkatkan keupayaan produk keselamatan utama.  

CLX Communications ("CLX") (XSTO: CLX), penyedia utama bagi penyelesaian komunikasi berasaskan awan bertaraf global, semalam mengumumkan pengambilalihan penyedia khidmat pesanan mudah alih dan keselamatan global Dialogue Group Ltd ("Dialogue") sebanyak £32 juta GBP secara tunai dan tanpa hutang.

Pengambilalihan Dialogue yang mempunyai pejabat-pejabat di Sheffield, London, Sydney dan Singapura, akan membantu CLX mempercepatkan usaha penembusan ke dalam pasaran-pasaran utama di rantau Asia Pasifik, sambil menambah banyak pengendali mudah alih tambahan dalam Rangkaian Super Tahap Satunya, yang kini telahpun melebihi 200 rakan pembawa.

Perjanjian ini memperlihatkan fasa terkini dalam strategi CLX untuk membangunkan syarikat komunikasi berasaskan awan terbesar di dunia. Dialogue ialah pengambilalihan keempat oleh syarikat sejak IPO pada tahun 2015, diikuti dengan Mblox dan Sinch pada tahun 2016, dan Xura Secure Communications awal tahun ini.

Johan Hedberg, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CLX Communications berkata: "Visi kami adalah jelas; kami berusaha membangunkan syarikat CPaaS (Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan) yang terbesar dan terkemuka di dunia. Pengambilalihan Dialogue ialah langkah penting yang seterusnya dalam usaha melaksanakan strategi yang kami gariskan sewaktu IPO kami."

"Dialogue ialah salah sebuah syarikat khidmat pesanan mudah alih dan komunikasi selamat terkemuka di dunia, yang mempunyai rangkaian Tahap Satu yang amat kukuh di Rantau Asia Pasifik. Menggabungkan syarikat ini ke dalam kumpulan CLX yang semakin berkembang akan mengukuhkan kumpulan pelanggan kami di UK dan Australia selain menambah hubungan pengendali Tahap Satu di New Zealand, Singapura, Malaysia, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Jepun, Filipina, Indonesia dan Mesir."

Pengambilalihan ini akan mendorong cita-cita kepimpinan CLX di rantau Asia Pasifik yang pantas berkembang, meneruskan kedudukan kepimpinannya di Eropah dan Amerika Utara. Asia Pasifik menjadi semakin penting memandangkan banyak syarikat multinasional yang berpangkalan di AS berhasrat untuk menembusi pasaran-pasaran baru muncul dan mempertimbangkan CLX untuk menyediakan satu penyelesaian yang benar-benar bersifat global demi keperluan komunikasi Perusahaan mereka.

Selain itu, CLX juga akan menambahkan Penyelesaian Keselamatan Sentinel yang hebat dan inovatif daripada Dialogue ke dalam portfolio produk sedia adanya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pembekal utama pasaran bagi penyelesaian penipuan dan keselamatan untuk pengendali mudah alih seluruh dunia. Penyelesaian ini, apabila diperkenalkan kepada seluruh pengendali di dunia akan menawarkan pengurangan ketara masalah penipuan dalam industri seperti penipuan tajuk global untuk membantu pengendali memperoleh hasil yang ketara dan menurunkan kadar aduan pelanggan dengan ketara seiring dengan pengurangan jumlah spam dan penipuan. Sentinel, digabungkan dengan penyelesaian keselamatan sedia ada CLX, akan menjadi salah satu kotak peralatan pengesanan dan pencegahan ancaman yang paling hebat dalam industri masa kini.

Hugh Spear, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama di Dialogue Communications, menambah: "Saya berbesar hati kerana kami dapat memuktamadkan perjanjian ini, meningkatkan lagi pertumbuhan CLX yang sudahpun mengagumkan dan cara urus niaga ini memanfaatkan kedudukan kukuh kami di APAC."

"Ia akan menyediakan pelanggan kami dengan akses kepada rangkaian Tahap 1 terbesar dalam industri dan terus meningkatkan kualiti, keandalan dan keselamatan perkhidmatan kami. Ia memberi peluang kepada kakitangan kami untuk meningkat maju dalam sebuah syarikat yang menarik dan bercita-cita tinggi."

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat berkomunikasi di seluruh dunia bersama pelanggan dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT) dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos.

Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan sambungan mudah alih untuk IoT. CLX mencapai pengembangan yang menguntungkan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara.

Saham CLX Communications didagangkan di NASDAQ Stockholm - XSTO: CLX.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.clxcommunications.com

Latar Belakang Dialogue 

Dialogue Group ialah syarikat khidmat pesanan SMS A2P bertaraf antarabangsa yang paling lama bertapak yang telah membantu pelanggan sejak tahun 1994. Syarikat ini mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam semua aspek pasaran A2P dan melalui Hab PINTAR A2P – penyelesaian unik yang membantu pengendali menapis dan mengawal trafik A2P mereka – syarikat membolehkan MNO (pengendali rangkaian mudah alih) mendapatkan keuntungan dengan jayanya daripada trafik A2P dan memperoleh berjuta-juta dolar menerusi pendapatan tambahan yang mampan.

Kini, Dialogue Group bekerjasama dengan lebih 50 rangkaian mudah alih terkemuka Dunia dalam empat belas pasaran termasuk negara-negara yang berbeza seperti Jepun, Kemboja, Bangladesh, Mesir, Ireland, UK, Australia dan New Zealand.

Dialogue Group ialah ahli GSMA yang mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Beribu pejabat di London UK, syarikat mempunyai pejabat-pejabat di Sheffield, Sydney dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.dialogue.net.

Source: CLX Communications
Related Stocks:
Stockholm:CLX
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers