omniture

The Royal Mint Kilang Wang Pertama Dunia Capai Pematuhan Piawaian Shari'ah untuk Emas bagi Produk Bulion

The Royal Mint
2017-05-11 07:01 304

CARDIFF, Wales, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ --

The Royal Mint menjadi kilang wang pertama di dunia yang mencapai pematuhan menurut Piawaian Shari'ah untuk Emas bagi jualan runcit syiling dan bar bulion emas serta perak, membolehkannya menyediakan bekalan untuk kumpulan pelabur yang lebih luas melalui laman perdagangan http://www.royalmintbullion.com. Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi organisasi untuk dilihat sebagai 'penyelesaian bulion lengkap' – menawarkan pilihan produk bulion yang komprehensif, sesuai untuk pelbagai pelabur.

generated by system

Chris Howard, Pengarah Bulion untuk The Royal Mint berkata: "Pengenalan terbaharu di seluruh dunia bagi Piawaian Shari'ah untuk Emas membolehkan The Royal Mint mengambil langkah wajar yang seterusnya dalam usaha memperluas 'penyelesaian bulion lengkap'. Pematuhan Shari'ah membolehkan kami menjadikan bulion Royal Mint mudah diakses oleh pelbagai pelabur yang luas ketika pelaburan Islam mengalami pertumbuhan pesat di UK dan juga seluruh dunia."

Bulion Royal Mint telah disahkan patuh Shari'ah oleh organisasi penasihat Shari'ah, Amanie Advisors, selaras dengan Piawaian Shari'ah untuk Emas. Piawaian ini ditetapkan oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Emas Dunia (WGC) yang berpangkalan di London.

Bagi mendapatkan pengesahan ini, The Royal Mint menjalani proses penelitian dari segi cara ia memasarkan dan mengenakan bayaran untuk bulion miliknya. Tiada sebarang perubahan diperlukan terhadap rangkaian produk bulion The Royal Mint bagi menepati status patuh Shari'ah baharu, walau bagaimanapun, yang terpakai untuk syiling dan bar bulion emas dan perak Royal Mint, serta Signature Gold™ - perkhidmatan yang mudah dan menjimatkan kos yang membolehkan pihak pelabur memiliki pecahan bar emas 400oz mengikut nilai dan bukannya berat.

"Pertumbuhan pelaburan Islam seluruh dunia dan penjelasan sejauh mana emas dan perak boleh dimasukkan ke dalam pelaburan boleh mendorong pelaburan emas melebihi $20 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ini merupakan saat yang tepat untuk The Royal Mint memainkan peranannya bagi menarik pelaburan ke UK, dengan mendapatkan status patuh Shari'ah untuk produk bulionnya," kata Chris Howard.

Bulion emas dan perak patuh Shari'ah kini disediakan melalui laman sesawang perdagangan The Royal Mint http://www.royalmintbullion.com. Laman sesawang ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli, menyimpan dan menjual syiling dan bar bulion The Royal Mint dengan pantas dan selamat, 24 jam sehari, 365 hari setahun, The Vault™, kemudahan simpanan di lokasi milik The Royal Mint telah disambut baik oleh pihak pelabur yang mencari pilihan simpanan yang amat selamat.

Nota untuk editor

Dalam usaha untuk mencapai pematuhan menurut Piawaian Shari'ah untuk Emas terhadap produk bulionnya, The Royal Mint bekerjasama dengan Lembaga Penyeliaan Shari'ah Amanie Advisors. Piawaian Shari'ah untuk Emas ditetapkan oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Emas Dunia (WGC) yang berpangkalan di London. Piawaian Shari'ah untuk Emas menetapkan garis panduan untuk memasarkan emas dan perak dalam transaksi kewangan dan pelaburan untuk institusi kewangan serta pelabur Islam.

Amanie Advisors ialah sebuah firma penasihat Shari'ah utama yang mengkhusus dalam penyelesaian kewangan Islam mencakupi pelbagai perkhidmatan termasuk khidmat nasihat dan perundingan Shari'ah, latihan dan penyelidikan & pembangunan untuk pelanggan institusi dan korporat yang menumpu pada perkhidmatan kewangan Islam.

Imej-imej The Royal Mint dan produk-produknya disediakan atas permintaan. The Royal Mint mengekalkan pemilikan hak cipta © semua imej. Imej-imej ini hanya boleh digunakan untuk tujuan penyuntingan dan tidak boleh dijual atau digunakan untuk tujuan pemasaran lain tanpa kebenaran The Royal Mint.

 

Source: The Royal Mint
Keywords: Mining/Metals Precious Metals