omniture

Starcor Bawakan Penyelesaian Video Hibrid Terkini di BroadcastAsia2017

Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
2017-05-17 10:00 800

SINGAPURA, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- BroadcastAsia2017, pameran info-komunikasi dan teknologi penyiaran paling menyeluruh di Asia, akan bermula di Singapura pada 23 Mei di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura dan akan berlangsung selama tiga hari.

Starcor - Pembekal Perkhidmatan IPTV, OTT
Starcor - Pembekal Perkhidmatan IPTV, OTT

Starcor, pembekal antarabangsa utama bagi penyelesaian video dan perkhidmatan data besar bagi pelanggan-pelanggan global, akan mempamerkan Penyelesaian Video Hibrid (HVS) baharunya bagi IPTV, OTT dan perniagaan DVB di Reruai 6D3-04. Pengunjung boleh melihat bagaimana Starcor membantu pelanggan-pelanggan yang mencari peralihan yang lancar kepada infrastruktur berpusatkan IP untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan dan mencapai lebih banyak peranti dengan memanfaatkan infrastruktur legasi sedia ada dan enjin analitik lanjutan data besar.

Latar Belakang Penyelesaian Video Hibrid (HVS)

Penyelesaian Video Hibrid menawarkan platform bersepadu bagi perniagaan-perniagaan bertumpu IPTV, OTT dan DVB. Penyelesaian yang menjimatkan kos ini menyediakan modul-modul pengewangan yang fleksibel kepada pengendali-pengendali yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan televisyen lanjutan seperti EPG, Live TV, PPV, Time-shift TV, Catch-up TV, VOD, dan lain-lain, pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai peranti. Sehingga kini, HVS Starcor telah berjaya dilancarkan di CNTV, MANGO TV, TOPWAY TV dan lebih lagi, yang diiktiraf oleh pengendali-pengendali di China. Dengan usaha HVS Starcor untuk mempromosi pembangunan dan evolusi teknologi penggabungan media, pengendali-pengendali telah menyingkirkan halangan teknikal pengembangan perkhidmatan bergabung.

Latar Belakang Starcor

Ditubuhkan dalam tahun 2009, Starcor bertekad untuk membangunkan penyelesaian hujung-ke-hujung OTT/IPTV, penyetempatan operasi dan perkhidmatan video data besar bagi syarikat-syarikat telekomunikasi dunia, pengendali-pengendali kabel dan penyiar-penyiar. Lebih daripada 30 juta pengguna di seluruh dunia menikmati perkhidmatan yang menarik dikuasakan oleh platform Starcor setiap hari. Starcor memperkasakan pelanggan untuk memaksimumkan keuntungan dan mendapatkan hasil kewangan daripada perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starcor.com/en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170511/1849369-1

Source: Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
Keywords: Broadcast Technology Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Television New products/services Trade show news