omniture

EKSPO 2017 ASTANA: Foton Motor Sebagai Satu-satunya Pembekal Kenderaan Khusus Pavilion China

Foton
2017-05-18 10:31 814

BEIJING, 18 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 12 Mei 2017, "Majlis Menandatangani Perjanjian Foton Motor Group sebagai Penaja Pavilion China -- Ekspo 2017 Astana" diadakan di ibu pejabat Foton Motor Group. Sebagai "Penaja Emas" Pavilion China bagi Ekspo Dunia ini, Foton Motor akan menyediakan automobil TOANO, AUV, SAUVANA selaku satu-satunya pembekal kenderaan khusus untuk Pavilion China.

Foton Motor Group ialah “Penaja Emas” untuk Ekspo 2017 Astana Pavilion China; En. Wang Jinzhen (kiri), Timbalan Pengarah Jawatankuasa Penganjur Pavilion China dan Naib Pengerusi CCPIT; En. Chang Rui (kanan), Naib Presiden Foton Motor Group, Presiden Foton International
Foton Motor Group ialah “Penaja Emas” untuk Ekspo 2017 Astana Pavilion China; En. Wang Jinzhen (kiri), Timbalan Pengarah Jawatankuasa Penganjur Pavilion China dan Naib Pengerusi CCPIT; En. Chang Rui (kanan), Naib Presiden Foton Motor Group, Presiden Foton International

Mengikut piawaian perlindungan persekitaran hijau, Foton Motor akan menghantar produk-produk SAUVANA, TOANO dan AUV untuk menyediakan perkhidmatan kepada Pavilion China di Ekspo 2017 Astana. Semua produk berjaya menyediakan perkhidmatan berulang kali untuk persidangan dan acara antarabangsa. SAUVANA pada mulanya "dicabar" oleh Dakar Rally dan menamatkan pertandingan tersebut dengan lancar pada tahun 2016; TOANO membawa ketua-ketua negara semasa sambutan ulang tahun ke-70 Hari Kemenangan pada tahun 2015 dan turut berkhidmat sebagai kenderaan tetamu negara semasa Sidang Kemuncak G20 pada tahun 2016 selain menjadi kenderaan rasmi acara itu. Bas-bas AUV FOTON berkhidmat untuk para pegawai kerajaan berpangkat tinggi, tetamu negara dan juga wartawan tanpa sebarang kerosakan.

Kenderaan khusus Foton Motor untuk Pavilion China bagi Ekspo 2017 ASTANA: SAUVANA (kiri), AUV (tengah), TOANO (kanan)
Kenderaan khusus Foton Motor untuk Pavilion China bagi Ekspo 2017 ASTANA: SAUVANA (kiri), AUV (tengah), TOANO (kanan)

Ekspo 2017 Astana akan berlangsung mulai 10 Jun hingga 10 September 2017. Tema ekspo ini ialah "Tenaga Masa Depan". Ia akan menjadi salah satu pavilion terbesar di Ekspo manakala tema untuk Pavilion China ialah "Tenaga Masa Depan, Jalan Sutera Hijau". Selaku pelopor bagi inisiatif ini, Foton Motor merupakan salah sebuah syarikat perusahaan Cina terawal yang mula membangun dalam pasaran luar negara. Ia telah merealisasikan operasi perindustrian global dan melakar kejayaan cemerlang di negara-negara "Jalur & Jalan".

Sebagai projek pengangkutan bandar yang paling menonjolkan teknologi di Kazakhstan dan seluruh Asia Tengah, projek aliran ringan tanpa pemandu dan automatik Astana ialah projek model China dan Kazakhstan di bawah inisiatif "Jalur & Jalan". Setakat ini, Foton Motor telah bekerjasama dengan kontraktor projek bagi menyediakan jentera kejuruteraan yang relevan, produk trak tugas berat dan juga khidmat sokongan.

Selain itu, gerabak & bas AUV Foton berjaya mendapatkan 1,000 unit pesanan bagi bas tenaga bersih daripada pelanggan di Myanmar, menjadikannya kontrak eksport bas Asia Tenggara terbesar sejak dimulakan oleh China.

The first batch of the FOTON AUV 1000 bus order for Myanmar have arrived
The first batch of the FOTON AUV 1000 bus order for Myanmar have arrived

Selain itu, Foton Motor akan bergantung pada inovasi saintifik dan teknologi untuk menyetempatkan operasi. Disokong oleh teknologi dan pengalaman operasi dua usaha sama iaitu Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd. (BFDA) dan Beijing Foton Cummins Engine Co., Ltd (BFCEC), Foton Motor akan melaksanakan piawaian pengeluaran dan operasi automobil utama dunia ke kawasan-kawasan lain menerusi perniagaannya. Sewaktu menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi kepada pengguna tempatan, ia akan bertindak sebagai pelopor "pengeluaran pintar di China" dan perusahaan automobil utama peringkat antarbangsa yang dipacu oleh teknologi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170517/1854114-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170517/1854114-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170517/1854114-1-c

Source: Foton
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements