omniture

Pemaju hartanah Cina Country Garden capai 50% sasaran jualan tahun ini dalam empat bulan pertama

Prestasi unggul terus menarik perhatian rakan media dan pemerhati industri yang memperhatikan pertumbuhan besar-besaran syarikat
Country Garden Holdings
2017-05-19 06:40 726

SHUNDE, China, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Surat khabar yang berpusat di Hong Kong, Ta Kung Pao menyiarkan artikel pada 12 Mei 2017, menyebutkan bahawa pemaju hartanah Cina, Country Garden Holdings Company Limited melaporkan jualan sebanyak 150.7 bilion yuan (kira-kira US$21.8 bilion) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2017, mengekalkan taraf kepimpinan industrinya. Sebulan kemudian. syarikat mencapai satu lagi keputusan penting. Berikut merupakan artikel penuh:

Country Garden Holdings headquarters in Shunde Guangdong China
Country Garden Holdings headquarters in Shunde Guangdong China

Country Garden Holdings Company berkata baru-baru ini dalam satu pengumuman yang diterbitkan dalam laman sesawang berita Bursa Saham Hong Kong, HKEXnews, bahawa dalam tempoh empat bulan yang berakhir pada 30 April 2017, syarikat dan subsidiarinya, usaha sama dan syarikat bersekutu, meraih jualan berkontrak sebanyak 204.2 bilion yuan. Jualan tersebut mewakili kawasan lantai kasar (GFA) beragregat kira-kira 22.56 juta meter persegi. Jualan berkontrak dan GFA jualan berkontrak yang diagihkan kepada para pemilik syarikat selama empat bulan itu masing-masing mencecah 146.4 bilion yuan dan 16.67 juta meter persegi. 

Pada awal tahun 2017, apabila syarikat menyiarkan keputusan kewangannya bagi tahun 2016, pengerusi Yeung Kwok Keung dan presiden Mo Bin, berkata syarikat menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 400 bilion yuan (kira-kira US$58 bilion) tahun ini. Setakat ini, syarikat telahpun mencapai lebih 50 peratus daripada sasaran jualan tahunan.

Apakah rahsia di sebalik pertumbuhan besar-besarannya? Penilaian terhadap strategi Country Garden menunjukkan bagaiman syarikat memilih dengan bijak untuk menumpu pada pembangunan dalam tiga segmen, seperti yang dijelaskan oleh Zhu Jianmin, jurucakap dan naib presiden syarikat: pembangunan hartanah tradisional, projek hartanah di luar pasaran tempatan pemaju dan pusat-pusat bandar yang mengintegrasikan secara bijak dengan komuniti kediaman, termasuk Forest City dan beberapa Bandar Teknologi.

Strategi pemerolehan tanah yang agresif bagi tahun 2017

Country Garden menetapkan belanjawan sebanyak 150 bilion yuan bagi pemerolehan tanah baharu pada awal tahun 2017 demi mendorong sasaran jualan sepanjang tahunnya. Dalam tempoh empat bulan pertama, syarikat tersebut bertindak secara agresif dengan memperoleh lot-lot tanah di bandar- bandar Cina pada semua peringkat.

Menurut surat berita Country Garden, syarikat memperoleh lot tanah di beberapa wilayah Cina, termasuk Anhui, Guangdong, Henan, Hunan, Jiangsu dan Zhejiang pada suku pertama tahun ini, dengan sasaran GFA sebanyak 20.35 juta meter persegi dinilai dalam agregat sebanyak kira-kira 67 bilion yuan. Sasaran tersebut akan memberikan GFA yang diagihkan kepada para pemilik syarikat seluas 16.04 juta meter persegi dengan nilai 59 bilion yuan. Pemaju hartanah Cina ini telah mengukuhkan kedudukan di lebih 400 bandar dan kota di seluruh negara.

Sedekad lalu, ketika syarikat didagangkan secara umum di Hong Kong, Country Garden ialah pembangun bersaiz sederhana dari dalam negara yang berpangkalan di wilayah Guangdong dengan jualan tahunan hanya sebanyak 15.8 bilion yuan. Lima tahun kemudian, pada tahun 2012, jualan tahunan telahpun meningkat kepada 49.2 bilion yuan. Lima tahun berikutnya menyaksikan jualan meningkat daripada kurang 50 bilion yuan kepada lebih 300 bilion yuan pada tahun 2016, syarikat melaporkan jualan sebanyak 308.8 bilion yuan, memperlihatkan pertumbuhan jualan sebanyak lebih 100 peratus dan menjamin kedudukannya sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka di China.

Country Garden, yang selama beberapa tahun, menjadi peneraju dalam memulakan projek-projek di bandar-bandar peringkat ketiga dan keempat China, menukar strategi sejak beberapa tahun lalu untuk mengusahakan peluasan di bandar-bandar peringkat pertama dan peringkat kedua. Pemaju membelanjakan 70 peratus daripada belanjawan pemerolehan tanahnya untuk membeli tanah di bandar-bandar peringkat pertama dan peringkat kedua pada suku tahun pertama, dan baki 30 peratus dikhususkan untuk pembelian di bandar-bandar peringkat ketiga dan keempat.

Tumpuan membangunkan beberapa projek Bandar Teknologi seluruh China

Pertumbuhan besar-besar Country Garden adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Salah satu fokus syarikat adalah untuk membangunkan beberapa Bandar Teknologi di seluruh China, pada dasanya, bandar-bandar kecil dibangunkan untuk menarik firma-firma teknologi baharu, dan menempatkan syarikat-syarikat tersebut dalam kluster agar dapat saling memberi manfaat antara satu sama lain, di samping terus membangunkan dan melaksanakan projek-projek tradisional. Pada Ogos 2016, Country Garden memperkenalkan strategi Penyepaduan Kediaman-Industri dengan tujuan untuk membangunkan bandar-bandar yang dapat menghimpunkan semua sumber yang diperlukan oleh penduduk dan syarikat yang memilih untuk menetap atau memulakan operasi di salah sebuah bandar tersebut, dan disusuli dengan pelancaran projek Bandar Teknologi. Syarikat merancang untuk melabur lebih 100 bilion yuan (kira-kira US$14.5 bilion) bagi membangunkan beberapa Bandar Teknologi di kawasan-kawasan pinggir bandar bersebelahan dengan bandar-bandar peringkat pertama dan kawasan-kawasan utama yang dibangunkan di bandar-bandar peringkat kedua di seluruh China.

Kini, syarikat telah menyediakan rancangan awal untuk projek-projek Bandar Teknologinya di kawasan Delta Mutiara dan Sungai Yangtze, serta di wilayah Beijing, Tianjin dan Hebei. Selain itu, Country Garden turut menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan lebih 30 organisasi utama dari dalam dan luar negara, termasuk Cisco - syarikat gergasi teknologi Silicon Valley, Tsinghua University dan Beijing Advanced Sciences and Innovation Center of Chinese Academy of Sciences, dengan matlamat untuk membangunkan platform yang memacu pertumbuhan ekonomi di seluruh China. Bandar Inovasi Country Garden di Huizhou, wilayah Guangdong diberikan satu bahagian tanah untuk peringkat awal projek ini. Menurut perancangan, 70 peratus daripada tanah ini akan diperuntukkan untuk perniagaan, dan baki 30 peratus dikhususkan untuk projek-projek kediaman.

"Kami memberi keutamaan kepada perniagaan berbanding kediaman. Kediaman tidak mempunyai nilai tanpa kejayaan perniagaan-perniagaan setempat," kata Lin Zhaoxian, ketua pegawai strategi dan pengurus besar Pusat Pembangunan Strategik di Country Garden Group. Terdahulu, Xiang Junbo, pembantu presiden dan pengurus besar unit perniagaan penyepaduan kediaman-industri di syarikat, mendedahkan bahawa syarikat berhasrat untuk mengenal pasti industri-industri utama, dan bagi setiap Bandar Teknologi, menghimpunkan beberapa firma teknologi terkemuka dalam salah satu industri yang dikenal pasti bagi membentuk kluster industri.

Pusat Pembangunan Inovasi Industri di Bandar Inovasi Country Garden dijadual akan menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan dibuka pada akhir Julai, dan syarikat-syarikat yang telahpun bersetuju untuk turut serta bersiap sedia untuk berpindah ke ruang pertama yang siap untuk kegunaan komersial sejurus pembinaan kawasan ini selesai. Penyempurnaan projek dijadual pada separuh pertama tahun 2018.  

Forest City merupakan usaha pertama yang serupa dalam rancangan projek pembangunan Country Garden di luar pasaran tempatan.

Selain untuk terus memperluas pengaruhnya dalam pasaran tempatan, Country Garden juga mula menembusi pasaran-pasaran luar negara, termasuk Malaysia, Australia dan Indonesia, selain negara-negara lain dalam laluan Satu Jalur, Satu Jalan.

Khususnya, Forest City, projek penanda aras syarikat, dengan lokasinya di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang terletak di seberang selat Singapura, ialah model pembangunan sedemikian pada masa depan. Dicipta untuk menjadi sebuah bandar yang menyediakan kapasiti perindustrian yang dipertingkat di peringkat antarabangsa, Forest City memberikan kemudahan penginapan yang unggul, di samping memberi tumpuan terhadap perancangan dan pembangunan lapan industri terpilih: konvensyen dan pameran, pendidikan dan latihan, penjagaan kesihatan, kewangan pesisir pantai, kediaman untuk syarikat-syarikat luar negara, e-dagang, teknologi baru muncul, selain perkhidmatan alam sekitar dan teknologi hijau. Tidak seperti pembangunan yang serupa di China, Forest City mempunyai akses terhadap kumpulan pembeli yang jauh lebih pelbagai dari 23 negara serata dunia, termasuk AS, Rusia, UK, Perancis, Australia, Jepun dan Indonesia.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Country Garden, pangsapuri pertama diserahkan kepada pemiliknya pada 1 Mei 2017, dengan para pemilik mengambil milikan kediaman yang baru sahaja siap di Country Garden Kylin Apartments, terletak di kawasan Forest City Phoenix Hotel. Setelah siap, para pemilik kediaman baharu akan menduduki 132 pangsapuri dengan taman-taman yang menghadap ke laut, suatu yang sukar didapati oleh pembeli. Para pemilik kediaman menerima pangsapuri baharu mereka hanya dalam tempoh setahun setelah membuat pembelian. Penyerahan yang tepat pada masanya memperlihatkan kesungguhan Country Garden untuk memenuhi komitmennya selain prestasi cemerlang dari segi perkhidmatan. Pembinaan padang golf bertaraf dunia, yang merupakan sebahagian daripada fasa projek seterusnya, Forest City Fasa Kedua, akan dimulakan tidak lama lagi setelah pangsapuri yang pertama siap diserahkan. Country Garden menandatangani perjanjian dengan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap pembinaan projek Fasa Kedua di ibu pejabatnya di Shunde, wilayah Guangdong, China pada 11 Mac. Sultan Johor dan ahli kerabat diraja Malaysia, Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar menghadiri majlis menandatangani perjanjian ini.

Country Garden kini beroperasi seperti yang dirancang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan Forest City mengikut jadual, di samping terus mara menerusi pembangunan berterusan bagi tiga perniagaan terasnya. Menjelang beberapa tahun akan datang, syarikat amat berharap dapat terus mencapai keputusan positif yang sama seperti mana yang telah dicapai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Innovation town in Huizhou China
Innovation town in Huizhou China

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1852812-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1852812-1-b

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Sales reports