omniture

100 Tahun Hidup Sihat - Adakah Kanak-kanak Bersedia?

Merck
2017-05-19 16:00 711

DARMSTADT, Jerman, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ --

  • Debat Tahunan Kesihatan Pengguna Merck: perbincangan pakar dunia mengenai cara mempersiapkan kanak-kanak untuk hidup selama 100 tahun dengan sihat
  • Kajian global oleh Economist Intelligence Unit: kanak-kanak masa kini akan menjadi kurang sihat berbanding golongan dewasa hari ini berusia lebih 65 tahun apabila mereka mencecah usia tersebut
  • Penyelarasan lebih baik pada semua peringkat diperlukan untuk membuatkan kanak-kanak menyedari hubungan antara gaya hidup mereka dengan kesihatan di kemudian hari

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, menghimpunkan pakar-pakar daripada pelbagai pertubuhan berwibawa seperti PBB, UNICEF, UNAIDS, Persekutuan Obesiti Dunia dan McKinsey di ibu pejabat syarikat bertempat di Darmstadt, Jerman untuk membahaskan beberapa persoalan yang relevan seperti: Apakah ancaman paling mendesak terhadap kesihatan jangka panjang anak-anak kita? Apakah yang boleh dilakukan di dalam dan luar bilik darjah? Dan sejauh mana sekolah, ibu bapa dan masyarakat dapat berkongsi tanggungjawab?

generated by system

Memandangkan jangka hayat global terus meningkat, statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan kanak-kanak masa kini cenderung menjadi yang pertama untuk hidup selama 100 tahun. Namun begitu, hidup selama 100 tahun dengan sihat – dengan kecergasan dan pergerakan – serta cabaran untuk mempersiapkan kanak-kanak berbuat demikian, adalah subjek bagi 'Debat Kesihatan Pengguna Global' tahunan kali kedua semalam.

Uta Kemmerich-Keil, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden perniagaan Kesihatan Pengguna Merck mengulas: "Seperkara yang pasti: lebih awal kita mula berusaha bersama anak-anak kita mengenai cara untuk menjaga diri mereka sendiri, kesan jangka panjangnya adalah lebih baik. Sekiranya perdebatan ini dapat membantu mengukuhkan pendidikan kanak-kanak untuk anak-anak saya di Jerman ini, sama seperti kanak-kanak dari Brazil hingga India, maka usaha kita untuk membina masa depan dunia dengan golongan dewasa yang sihat, yang berpeluang menikmati kehidupan yang panjang secara sepenuhnya menjadi bertambah baik."

Acara ini turut menyiarkan dapatan kertas putih Economist Intelligence Unit (EIU): "Kanak-Kanak dan Usia Tua" ("Kids and Old Age"). Kajian seluruh dunia ini menjelaskan keadaan semasa: Apakah yang dapat dilakukan, menurut pandangan ibu bapa, pendidik, penggubal dasar, institusi penyelidikan dan pengusaha pembangunan, untuk mempersiapkan kanak-kanak dengan lebih baik demi menjalani kehidupan yang panjang dan sihat? Dapatan penting termasuk:

  • Kanak-kanak masa kini akan menjadi kurang sihat berbanding dewasa masa kini yang berusia lebih 65 tahun apabila mereka mencecah usia tersebut.
  • Masalah berkaitan gaya hidup berkemungkinan menyumbang terhadap penyakit kronik di kemudian hari dan telahpun menyebabkan berlakunya masalah kesihatan dalam kalangan kanak-kanak.
  • Dalam lima negara yang dikaji selidik, sekolah-sekolah menyasarkan masalah yang dilihat sebagai punca utama, seperti kurang bersenam, tetapi mengabaikan isu-isu kesihatan mental.
  • Hanya sedikit bukti menunjukkan program pendidikan sekolah tersebut berusaha membendung peningkatan kadar obesiti dan gangguan mental.

Dengan membawakan lebih ramai pihak pelaksana bersama, perdebatan ini 'dapat menghubungkan titik' antara semua pihak yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak, dan mewujudkan kesepakatan berhubung pemikiran kolaboratif dan matlamat yang sama. 

Namun begitu, perdebatan ini - dan kepelbagaian pihak pelaksana dan pendapat - menekankan sejauh mana pengajaran zaman kanak-kanak kita diambil melangkaui rumah dan sekolah kita, seperti usaha kemasyarakatan dan sokongan peringkat dasar. Pengajaran utama ialah dengan bekerja bersama-sama menerusi usaha yang saling melengkapi, anak-anak kita akan dapat dipersiapkan dengan lebih baik demi menjadi golongan dewasa dan warga emas yang sihat pada masa depan.

Barisan panel antarabangsa terdiri daripada suara-suara yang pelbagai termasuk wakil-wakil kerajaan Afrika Selatan (Kementerian Pendidikan Asas), wakil-wakil pendidikan PBB, pertubuhan kanak-kanak dan kesihatan (UNICEF, Every Woman for Every Child/UN, UNAIDS), pertubuhan berasaskan komuniti di Brazil dan India (Inmed Brazil, Smile Foundation)  memberi impak besar terhadap isu berkaitan, perunding perniagaan kepada industri kesihatan (McKinsey), serta Persekutuan Obesiti Dunia.

Acara ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan Segmen Kesihatan Pengguna Merck untuk "Mempersiapkan masyarakat mendepani era baharu manusia hidup selama 100 tahun yang sihat". Tujuan perniagaan ini menjadi keutamaan gerakan WE100® Segmen Kesihatan Pengguna Merck, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup yang sihat, untuk semua peringkat usia. Walaupun laporan dan perdebatan ini membantu memberi tumpuan terhadap perbincangan global, lebih penting nampaknya untuk membuat dan mengambil tindakan. WE100 merupakan komitmen Merck untuk merealisasikannya.

Nota untuk editor:

Latar Belakang perniagaan Kesihatan Pengguna Merck

Jenama-jenama dalam perniagaan Kesihatan Pengguna, seperti Neurobion®, Bion®, Nasivin®, Seven Seas®, Dolo-Neurobion® dan Femibion® merupakan peneraju inovatif dalam pasaran utama, disokong oleh sains dan dipercayai oleh pengguna seluruh dunia. Perniagaan Kesihatan Pengguna bergiat aktif bersama lebih 3,800 kakitangan di seluruh dunia dalam lebih 40 pasaran. Portfolio ini terdiri daripada jenama-jenama dengan jumlah jualan tahunan mencecah kira-kira $ 1 bilion. Kesihatan Pengguna merupakan perniagaan dalam sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck Group dengan ibu pejabat globalnya terletak di Darmstadt, Jerman.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi http://www.merck-consumer-health.com atau http://www.twitter.com/merck_ch.

Semua Siaran Berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah € 15.0 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Sila Hubungi: Lars Atorf, +49-6151-856-3114

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Children-related news Trade show news