omniture

"Pemadanan Iris" DERMALOG Cemerlang dengan Ketepatan dan Kemudahan

Dermalog Identification Systems GmbH
2017-05-22 09:33 491

HAMBURG, Jerman, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ --

8.5 juta Padanan - hanya sekelip mata

Penyelesaian Iris biometrik daripada DERMALOG memberikan tahap kelajuan lebih 8.5 juta Padanan sesaat, disahkan oleh SGS-TÜV Saar. Beroperasi bersama imej iris digital, Pengecaman Iris memperlihatkan ketepatan yang diberikan menggunakan set data yang luas. Imej iris yang dikumpul dan butiran (templat) yang diproses digunakan untuk tujuan pendaftaran, pengesahan dan pengenalpastian.

generated by system

Penyedia berbilang biometrik utama Jerman dan penyepadu sistem DERMALOG telah memohon untuk mendapatkan pengesahan kualiti "Pemadanan Iris" tersebut. Pengesahan daripada SGS-TÜV Saar membuktikan tahap kelajuan: Pemadanan Iris mencapai lebih 8.5 juta "Padanan" sesaat pada satu bilah termasuk 40 CPU-teras.

Pengarah urusan DERMALOG Günther Mull berkata: "Pengenalpastian dan pengesahan individu menggunakan sifat-sifat iris memperlihatkan ketepatan yang tinggi. Selain itu, teknologi biometrik ini adalah tanpa sentuhan, menjadikan ia sangat bersih dan hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan. Khususnya pemasangan yang besar seperti pangkalan data ID, pihak berkuasa kastam dan kemudahan Kawalan Sempadan dapat memanfaatkan penyelesaian yang pantas dan andal ini."

Selain itu, penyelesaian DERMALOG menyokong siri kamera iris inframerah. Antara ciri lain yang diberikan oleh cahaya inframerah ialah merakam warna mata gelap - butiran yang mencukupi boleh dilihat. Selain itu, gambar boleh diambil tanpa masa persediaan yang panjang dan dari jarak yang lebih jauh. Günther Mull: "Perisian Pengecaman Iris DERMALOG mampu memproses rakaman berkualiti rendah. Pengecaman Iris ialah teknologi kalis masa depan bagi tujuan pemadanan data biometrik - satu inovasi Buatan Jerman."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan inovasi DERMALOG biometrik yang inovatif - sila layari http://www.dermalog.com.

Maklumat perhubungan akhbar:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Perhubungan Media
Jan Runzheimer
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biometrics Health Care/Hospital