omniture

Pereka Profesional Berkumpul di Guangzhou, China untuk Bincangkan Rekaan Berpusatkan Manusia, Inovasi dan Bandar Pintar

Hitachi Elevator (China) Co., Ltd.
2017-05-23 11:58 891

GUANGZHOU, China, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Hitachi Elevator (China) Co., Ltd.  menganjurkan salun dan pameran dengan tema "Smart City x Innovation Design x Human Friendly" ("Bandar Pintar x Rekaan Inovasi x Mesra Manusia") di Pusat Pameran Hitachi Elevator (China) di Bandar Sains Guangzhou pada 17 Mei 2017.

The“Smart City x Innovation Design x Human Friendly”-themed salon
The“Smart City x Innovation Design x Human Friendly”-themed salon

Mereka yang dijemput untuk perbincangan ini ialah pereka industri Jepun yang terkenal di peringkat antarabangsa Naoto Fukasawa, pakar teori dan sejarah reka bentuk Wang Shouzhi, veteran reka bentuk dan kajian kejuruteraan Ni Yang, wartawan kanan dan industri pembinaan Guan Ming dan naib presiden dan ketua jurutera Hitachi Elevator (China), Jia Yuhui. Lebih daripada 150 profesional dari sektor rekaan dan pembinaan mengambil bahagian dalam acara ini.

Naoto Fukasawa menyampaikan ucapan dasar Quality of Comfort (Kualiti Keselesaan), di mana beliau menyokong dan mempamerkan pendekatan revolusioner untuk reka bentuk perindustrian bagi ruang yang biasanya tidak pernah menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang. Orang ramai akan mengambil perhatian apabila mereka melihat ruang awam yang sudah sedia diterima sebagai sesuatu yang akan kekal diabaikan tiba-tiba berubah menjadi ruang yang bersih dan tersusun. Kualiti Keselesaan mentakrifkan unsur fikiran bawah sedar orang ramai yang secara perlahan-lahan menyedari dan menilai kualiti sebuah bandar.

Salun ini memberi tumpuan kepada Bandar Pintar, Rekaan Inovasi dan konsep Mesra Manusia dari segi reka bentuk produk industri, yang berkait rapat dengan kualiti kehidupan seharian. Empat pereka bentuk profesional beberapa kali menyebut istilah Mesra Manusia dan penggunaannya dalam produk, ruangan dan bandar-bandar.

Konsep Mesra Manusia telah diperkenalkan oleh Hitachi Elevator (China) di Ekspo Elevator & Eskalator Dunia 2016. Berdasarkan konsep ini, Fukasawa muncul dengan reka bentuk HF-1, sejenis lif baharu, untuk Hitachi Elevator (China). Salun sekali lagi menjadi konsep tersebut sebagai fokus.

Fukasawa menegaskan bahawa reka bentuk ruang awam seperti lif, ialah sesuatu yang diterima tanpa sedar. "Pada beberapa tahap fikiran bawah sedar, semua orang akan teruja untuk melihat ruang awam yang diabaikan diubah menjadi sesuatu yang lebih baik." Projek konsep lif HF-1 ialah berdasarkan pandangan yang diperoleh daripada pemahaman maksud penuh Mesra Manusia dengan lebih baik. Kepentingan yang lebih ketara tentang projek ini ialah untuk membolehkan orang ramai menyedari bagaimana kuasa reka bentuk fikiran bawah sedar boleh menjadikan hidup yang lebih baik," jelas Fukasawa.

Wang Shouzhi berkata, "'Sedikit itu Lebih Banyak' tidak bermakna 'semakin kurang anda lakukan, semakin cantiklah ia' tetapi sebaliknya, 'pelaburan yang sedikit boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang.' Reka bentuk yang berfungsi kepada masyarakat dan mengambil kira kebaikan yang lebih besar merupakan apa yang kami panggil 'Mesra Manusia.'"

Memetik konsep lif HF-1 Fukasawa sebagai contoh, Ni Yang memuji pereka Jepun yang memberi tumpuan kepada sifat benda, meneroka dengan lebih halus tentang isu yang dihadapi, mengambil inspirasi daripada kehidupan bagi reka bentuk kreatif dan secara tradisinya lebih mengetahui dan peka terhadap unsur manusia. Reka bentuk Jepun mempunyai implikasi yang besar bagi pereka Cina kerana kedua-dua Jepun dan China banyak berkongsi dari segi sejarah budaya dan didikan.

Jia Yuhui berkata Hitachi Elevator komited untuk membuatkan orang ramai berasa lebih selesa semasa bergerak dalam ruang bandar melalui penggunaan konsep Mesra Manusia. Dalam kes lif, data besar boleh digunakan untuk memendekkan masa di dalam lif dan berhenti secara berlebihan di berbilang tingkat boleh dielakkan dengan menggunakan perisian bijak yang memperuntukkan pengguna kepada lif tertentu dalam bank lif. Peningkatan reka bentuk yang sebegini mempertingkatkan rasa senang hati dan perasaan komuniti bahawa organisasi-organisasi yang sepatutnya menjaga mereka sebenar-benarnya mengambil berat tentang keselesaan mereka, dan ia merupakan bahagian penting pembangunan bandar pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170519/1856304-1  

Source: Hitachi Elevator (China) Co., Ltd.
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Environmental Issues Trade show news