omniture

Pameran CBD (Guangzhou) 2017 Akan Kembali, Bakal Tonjolkan Rekaan Kediaman Pintar dan Reka Bentuk Semula Tempahan Khas

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2017-05-23 14:43 936

GUANGZHOU, China, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) (Pameran CBD (Guangzhou) atau "Pameran"), pameran industri hiasan bangunan terbesar di dunia, menjangkakan seramai 2,400 peserta pameran antarabangsa dan 130,000 pengunjung profesional dari seluruh dunia. Pameran ini kembali ke Kompleks Pameran Canton dan Ekspo PWTC dari 8 hingga 11 Julai 2017.

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair is returning from July 8 to 11, 2017, with expected 2,400 international exhibitors and 130,000 professional visitors from around the world.
The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair is returning from July 8 to 11, 2017, with expected 2,400 international exhibitors and 130,000 professional visitors from around the world.

Pameran CBD (Shanghai) 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) yang berlangsung dari 23 – 26 Mac telah mencipta kejayaan yang memberangsangkan. "Lebih daripada 400 buah syarikat menyertai CBD-IBCTF (Shanghai), menarik seramai 56,002 pengunjung, menandakan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 33.43%," kata Presiden Li daripada pihak Penganjur.

Pameran Hiasan Bangunan Terbesar Dunia

Pameran CBD (Guangzhou) 2017 akan meliputi ruang pameran seluas 380,000 meter persegi (93 ekar), menjadikannya pameran hiasan bangunan terbesar di dunia. Selain daripada mempamerkan konsep rekaan hiasan terkini, Pameran ini menyediakan empat tema bagi susun atur pameran dan membuka seksyen D baharu (Ekspo PWTC) pada tahun 2016 untuk mempamerkan produk pengguna mewah yang termasuk pintu kayu, penyelesaian kelengkapan seluruh kayu dan hiasan dalaman mewah bagi villa-villa.

Kediaman Pintar

Kawasan A Pameran ini akan mempamerkan penyelesaian kediaman pintar terkini. Pembeli dan pengunjung boleh meneroka beberapa kawasan bertema bagi produk kediaman pintar terkini:

  • Pavilion Kediaman Pintar Antarabangsa
  •  Pavilion Ekologi Kediaman
  • Pavilion Rak Dobi Pintar.

Kelengkapan Tempahan Khas dan Pintu & Tingkap

Kelengkapan tempahan khas akan dipamerkan di Kawasan B, di mana perusahaan-perusahaan tempahan khas almari pakaian terkemuka akan menyertai jenama silang yang khusus dalam pembuatan almari, pintu kayu, perabot, jubin lantai, hiasan dalaman dan papan dinding gabungan untuk mempamerkan produk-produk baharu. Sementara itu, Kawasan C akan mempamerkan sistem pintu dan tingkap yang canggih dan terkemuka di dunia.

"Rakan-rakan kongsi kami benar-benar berminat untuk berkongsi pandangan tentang aliran industri serta pengalaman dan idea-idea berharga mereka. Kami akan berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan persekitaran pameran yang bagus untuk memenuhi kehendak semua pengunjung."

Latar Belakang Pameran CBD (Guangzhou)

Pameran CBD telah dimulakan pada tahun 1999. Ia diadakan sebanyak dua kali setahun sejak tahun 2015. Pameran CBD (Guangzhou) diadakan di Kompleks Pameran Kanton dan Ekspo PWTC pada bulan Julai. Ia telah menjadi "Platform Sulung bagi Perusahaan-perusahaan Berjaya". Selain itu, ia juga merupakan sebuah pertunjukan industri hiasan bangunan terbesar dunia dengan keseluruhan kawasan pameran seluas 380,000 meter persegi dan lebih daripada 2,400 peserta pameran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cbd-china.com

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857429-1

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Keywords: Construction/Building Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news