omniture

Ketidaktentuan Politik dan Ekonomi Dunia Wujudkan Kumpulan Penginovasi Digital Baharu, Dapatan Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG

Harvey Nash and KPMG
2017-05-24 00:46 777

LONDON, 24 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Meskipun dua pertiga (64 peratus) daripada organisasi mengamalkan strategi teknologi mereka disebabkan oleh ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia, 89 peratus masih mengekalkan atau meningkatkan pelaburan dalam inovasi, termasuk tenaga kerja digital. Lebih separuh (52 peratus) melabur dalam platform teknologi yang lebih tangkas bagi membantu organisasi-organisasi mereka menginovasi dan beradaptasi.

generated by system

Perkara ini didedahkan menurut Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG 2017, tinjauan kepimpinan IT terbesar di dunia. Walaupun ketidaktentuan ekonomi menjadikan perancangan perniagaan sukar buat kebanyakan organisasi, strategi-strategi digital yang jelas telah menembusi perniagaan serata dunia pada tahap yang benar-benar baharu. Peratusan organisasi yang ditinjau yang mempunyai strategi digital untuk seluruh perusahaan meningkat 52 peratus dalam tempoh hanya dua tahun, dan organisasi-organisasi yang mempunyai Ketua Pegawai Digital meningkat 39 peratus berbanding tahun lalu. Bagi membantu mendorong strategi digital yang kompleks ini, organisasi-organisasi turut melaporkan permintaan tinggi terhadap Arkitek Perusahaan – kemahiran teknologi paling pesat berkembang tahun ini, meningkat 26 peratus berbanding tahun 2016.

Kelemahan keselamatan siber berada pada paras yang tinggi, dengan satu pertiga daripada pemimpin IT (32 peratus) melaporkan organisasi-organisasi mereka telah menjadi sasaran serangan siber utama dalam tempoh 24 bulan lalu – meningkat 45 peratus berbanding pada tahun 2013. Hanya satu dalam lima (21 peratus) menyatakan mereka "amat" bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap serangan tersebut, menurun daripada 29 peratus pada tahun 2014. Walaupun berlakunya serangan amat jelas yang menjadi tajuk utama seperti serangan perisian tebusan WannaCry, peningkatan tertinggi serangan adalah daripada serangan dalaman, yang meningkat daripada 40 peratus menjadi 47 peratus berbanding tahun lalu.

Lihat siaran akhbar penuh di sini

Latar Belakang Tinjauan

Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG 2017 ialah tinjauan kepimpinan IT terbesar di dunia dari segi jumlah responden. Tinjauan terhadap 4,498 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan pemimpin teknologi dijalankan antara 19 Disember 2016 dan 3 April 2017 di 86 negara.

Untuk maklumat lanjut tentang tinjauan tersebut dan untuk mendapatkan salinan penuh keputusan, sila layari http://www.hnkpmgciosurvey.com atau hubungi:

Michelle Smith
Harvey Nash
michelle.smith@harveynash.com
+44(20)7333-2677

Amy Greenshields
KPMG International
+1-416-777-8749
amygreenshields@kpmg.ca

Source: Harvey Nash and KPMG
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Survey, Polls & Research