omniture

ZTE Meterai Kerjasama Strategik bersama Telenet bagi 5G dan IoT

ZTE Corporation
2017-06-05 08:32 623

Perdana Menteri Li Keqiang dan Charles Michel rasmi acara pemeteraian perjanjian ZTE dan Telenet di Brussels

BRUSSELS, 5 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), pembekal utama antarabangsa bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pelanggan Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Strategik 5G dan IoT bersama Telenet, mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua syarikat dalam teknologi generasi akan datang.

Dalam satu acara yang diadakan di Istana Val-Duchesse di Brussels yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Charles Michel dan Perdana Menteri Li Keqiang, Ketua Pegawai Teknologi Telenet Micha Berger dan Naib Presiden Kanan ZTE Xiao Ming menandatangani perjanjian baharu yang mengembangkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat merangkumi inovasi rangkaian akan datang.

En. Berger berkata: "Kami telah terlibat dengan ZTE selama dua bulan dan amat gembira dengannya. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membolehkan kami menawarkan kualiti rangkaian mudah alih terbaik bagi keperluan sedia ada dan akan datang di seluruh Belgium."

Telenet adalah sebuah pembekal perkhidmatan jalur lebar kabel terbesar di Belgium, tersenarai dalam Bursa Saham Euronext di bawah kod TNET, menyediakan rangkaian televisyen digital, perkhidmatan tetap dan mudah alih kepada penduduk setempat dan pelanggan-pelanggan perniagaan di seluruh Belgium dan Luxembourg.

Pada bulan Ogos 2016, Telenet telah memilih ZTE untuk menambah baik rangkaian mudah alih kebangsaan dengan menggunakan teknologi Uni-RAN ZTE yang bertaraf dunia. Projek pemodenan rangkaian bukan hanya menghasilkan peningkatan ketara dalam prestasi dan kualiti perkhidmatan bagi pelanggan Telenet tetapi juga memberikan keupayaan yang dipertingkat dalam pengurusan operasinya.

ZTE telah membantu Telenet menukar stesen pangkalan 2G dan mengoptimumkan liputan 3G dan 4G, menyediakan kapasiti rangkaian tambahan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, dan menyokong evolusi teknologi rangkaian akan datang.

Dengan teknologi peneraju industri ZTE, Telenet telah melengkapkan ujian lapangan dan menetapkan rekod baharu kelajuan rangkaian di Eropah, mencapai kelajuan muat turun 1.3 Gigabits sesaat, empat kali lebih laju berbanding perkhidmatan 4G sedia ada.

Bersama-sama dengan ZTE, Telenet sedang meneroka teknologi penyelesaian bagi perkhidmatan IoT dan penyelesaian berkapasiti tinggi menggunakan penyelesaian LTE MIMO Besar dan LTE Broadcast.

Sebagai sebuah peneraju dunia dalam teknologi 5G, ZTE kini komited untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi-teknologi teras 5G termasuk MIMO Besar, MUSA (akses perkongsian berbilang pengguna), FB-OFDM (bank tapisan OFDM), Virtual Cell dan penghirisan rangkaian.

ZTE merupakan peserta dan penyumbang utama kepada teknologi dan piawaian 5G dunia. Syarikat ini ialah ahli kepada lebih daripada 70 buah organisasi, perikatan dan forum piawaian, termasuk ITU, 3GPP, IEEE, NGMN dan IMT-2020 (5G) Promotion Group.

"ZTE teruja dengan perjanjian strategik bersama Telenet," kata En. Xiao. "Perjanjian ini menyediakan asas yang kukuh bagi Telenet dan ZTE untuk mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama ke arah era baharu 5G."

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah pembekal sistem telekomunikasi lanjutan, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk para pelanggan, pembawa, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi bersepadu hujung ke hujung untuk memberi kecemerlangan dan nilai apabila sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bergabung. Disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod  saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 buah negara.  ZTE menyediakan 10 peratus daripada pendapatan tahunan kepada penyelidikan dan pembangunan dan bertanggungjawab dalam memimpin organisasi-organisasi penetapan piawaian antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan adalah ahli Global Compact PBB. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Latar Belakang Telenet

Telenet Group Holding NV adalah pembekal perkhidmatan media dan komunikasi kepada sektor awam dan swasta yang berpangkalan di Belgium. Ia menumpu kepada televisyen (TV), Internet dan telefoni. Portfolio produk syarikat ini merangkumi siaran saluran TV kabel, perkhidmatan capaian Internet, telefoni talian tetap, telefoni mudah alih, perkhidmatan perniagaan, seperti transmisi suara dan data melalui kabel gentian optik, kabel sepaksi, dan infrastruktur tanpa wayar yang dikhaskan terutamanya untuk kemudahan awam, kesihatan, dan pendidikan, dan pembekal-pembekal perkhidmatan suara, data dan Internet, antara lain. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk dan perkhidmatan kepada berbagai syarikat, organisasi kerajaan, institusi-institusi kesihatan dan pendidikan, serta perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana. Ia menggunakan Lycamobile sebagai rangkaian mudah alihnya.

Hubungan Akhbar ZTE

Margrete Ma

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775207

Tel: +852-36651008

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements