omniture

Starcor Pamer Penyelesaian Video Hibrid Terkini di BroadcastAsia 2017

Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
2017-06-08 11:11 643

SINGAPURA, 8 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Starcor, pembekal antarabangsa utama bagi penyelesaian video dan perkhidmatan data besar video untuk pelanggan global, mempamerkan penyelesaian video hibrid terkini untuk perkhidmatan IPTV, OTT dan DVB sempena BroadcastAsia2017  bermula pada 23 hingga 25 Mei lalu, pameran info-komunikasi dan teknologi penyiaran paling komprehensif di Asia. Bertemakan "Imaginasi Tanpa Batasan", pameran tersebut berjaya menarik lebih 40,000 pengunjung perdagangan dengan 45% daripada mereka merupakan pengunjung dari luar negara. Pengendali global dan pengunjung daripada syarikat telekomunikasi turut mengunjungi reruai Starcor dan menyaksikan bagaimana Starcor membantu pelanggan yang inginkan peralihan lancar kepada infrastruktur berpusatkan IP demi meningkatkan tawaran perkhidmatan dan mencapai lebih banyak peranti dengan memanfaatkan infrastruktur legasi sedia ada dan juga enjin analitik data besar yang canggih.

Starcor di BroadcastAsia 2017
Starcor di BroadcastAsia 2017

Penyelesaian video hibrid daripada Starcor menyediakan penyelesaian tertumpu bagi perkhidmatan IPTV, OTT dan DVB melalui platform bersepadu yang mampu menawarkan pengguna dengan pengalaman pengguna yang tekal merentasi pelbagai sumber kandungan, rangkaian, aplikasi dan juga peranti. Ia juga dapat membantu pengendali meningkatkan penembusan pasaran, meningkatkan hasil pendapatan dan membina kesetiaan pelanggan. Berasaskan seni bina Apache Hadoop, penyelesaian ini menawarkan penyelesaian analitik data besar video untuk pengendali dengan menarik persona pelanggan, mendorong transformasi daripada operasi tradisional kepada operasi pintar menerusi keputusan yang dipacu oleh data.

Latar Belakang Starcor

Diasaskan pada tahun 2009, Starcor mengkhusus untuk membangunkan penyelesaian OTT/IPTV hujung-ke-hujung, operasi penyetempatan dan perkhidmatan data besar video untuk syarikat-syarikat telekomunikasi global, para pengendali kabel dan juga para penyiar. Lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia menikmati perkhidmatan televisyen menarik yang dikuasakan oleh platform Starcor setiap hari, Starcor memperkasa para pelanggan untuk memaksimumkan keuntungan dan mendapatkan hasil daripada perniagaan.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.starcor.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170606/1869080-1

Source: Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news