omniture

TUTC Dipilih 'Syarikat Perkhemahan Mewah Utama Asia' buat Tahun Kedua Berturut-turut oleh World Travel Awards

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2017-06-08 12:11 626

MUMBAI, 8 Jun 2017 /PRNewswire/ --

The Ultimate Travelling Camp (TUTC) dipilih sebagai Syarikat Perkhemahan Mewah Utama Asia sempena World Travel Awards Tahunan kali ke-24 yang disampaikan dalam majlis gilang gemilang di Shanghai, China. TUTC, yang meraih pelbagai pengiktirafan, mempertahankan gelaran ini buat tahun kedua berturut-turut, yang dipercayai merupakan pengiktirafan terunggul dalam industri pengembaraan.

generated by system

Berucap dalam majlis, Rajnish Sabharwal, Ketua Pegawai Operasi, TUTC berkata, "Hebat rasanya apabila diiktiraf oleh tetamu dan rakan industri menerusi platform yang begitu berprestij, bukan sekali tetapi dua kali. Industri pengembaraan mewah berkembang begitu pesat dan bagi memastikan kami kekal bersaing, usaha berterusan kami adalah untuk menawarkan pengembara dengan pengalaman yang direka dengan amat cemerlang yang tiada tandingannya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah menyokong dan menggalakkan kami dalam meniti perjalanan ini."

Terkenal kerana memperkenalkan 'glamping' di landskap-landskap mencabar di India, kem nomad super mewah oleh TUTC di Thiksey dan Diskit, Ladakh serta Kohima di Nagaland bukan sekadar menghidangkan pengembaraan yang berbeza buat para tetamu, dilatari dengan landskap yang memukau, malah turut menawarkan pengalaman mengasyikkan yang meraikan elemen kebudayaan, festival, makanan, sukan serta identiti penduduk pribumi di rantau itu. Kem Chamba di Ladakh menyediakan perkhidmatan untuk meneroka pelbagai aspek cara hidup Ladakh dan Buddha. Begitu juga dengan kem di Kohima yang bertujuan untuk memulihkan, melindungi dan memulihara kekayaan serta keunikan 16 suku kaum asli Nagaland. Kem-kem bermusim TUTC di Leh dan Lembah Nubra mula beroperasi mulai 15 Mei 2017 hingga akhir September, saat yang sesuai untuk mengunjungi Ladakh.

Kunjungi kami di http://www.tutc.com untuk mengetahui lebih lanjut.

World Travel Awards umum dianggap sebagai 'Oscar untuk Industri Pengembaraan' yang meraikan kualiti kecemerlangan dalam industri pelancongan global. Majlis-majlis penyampaian anugerah ini diterima umum sebagai peluang jalinan kerjasama terbaik dalam industri pengembaraan dan pelancongan, dihadiri oleh individu-individu ternama dalam industri pengembaraan.

 Untuk pertanyaan lanjut, emel kami melalui info@tutc.com.

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel