omniture

Ningbo Perkukuh Hubungan Dagangan 'Jalur dan Jalan' Di Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC ke-3

CEEC Organization Committee Office
2017-06-09 12:02 920

NINGBO, China9 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC kali ke-3 bakal diadakan di Ningbo, wilayah Zhejiang, mulai 8 hingga 12 Jun 2017. Mempamerkan produk-produk daripada negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEE), acara ini akan menonjolkan pencapaian Ningbo dalam membina hubungan dagangan bersama negara-negara CEE selain bertindak sebagai sebuah platform untuk menjalin kerjasama.

Expo Scene from Last Year
Expo Scene from Last Year

Ningbo, sebuah bandar pelabuhan terkenal dan penting di China, ialah salah satu titik permulaan Jalan Sutera Maritim purba. Sejak Inisiatif Jalur dan Jalan diperkenalkan buat julung kali pada tahun 2013, Ningbo telah meningkatkan usaha untuk membuka peluang dalam sektor perniagaannya kepada pelaburan, persaingan dan kepakaran luar negara.

Acara lima hari itu akan menyaksikan lebih 3,000 produk unik daripada 16 negara CEE dipamerkan di Pusat Persidangan Antarabangsa Ningbo. Acara-acara kemuncak lain termasuk forum tentang kerjasama kastam antara China dengan negara-negara CEE yang bertujuan untuk memudahkan urusan logistik, sidang kemuncak datuk-datuk bandar bagi membincangkan pengangkutan "pintar" serta acara pemadanan perniagaan yang menumpu pada e-dagang rentas sempadan.

Selaku bandar tuan rumah untuk acara ini sejak tahun 2015, Ningbo telah menikmati pertumbuhan kukuh dari segi perdagangan dengan negara-negara CEE. Menjelang akhir tahun 2016, jumlah nilai kesemua import dan eksport antara bandar ini dengan 16 negara CEE mencecah US$2.4 bilion. Ningbo mempunyai 78 projek yang dibangunkan oleh pihak pelabur dari negara-negara CEE.

Acara ini turut merangsang perdagangan antarabangsa serta membawakan lebih banyak peluang kerjasama untuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Ningbo serta negara-negara CEE. Hungary telah menubuhkan kemudahan perdagangan dan kebudayaan di Taman Perindustrian Ningbo-CEEC. Di Pusat Komoditi Import Ningbo pula, ahli perniagaan dari dalam dan luar negara menubuhkan pavilion bertemakan negara yang menjual produk-produk dari negara-negara CEE.

"Dengan menawarkan lebih banyak peluang dan platform untuk mengukuhkan hubungan, kami akan memajukan Ningbo menjadi gerbang pengimportan pilihan utama dan hab untuk membawa masuk lebih banyak komoditi dari negara-negara CEE," kata Yijun Tang, timbalan ketua Parti daripada kerajaan wilayah Zhejiang dan ketua Parti kerajaan perbandaran Ningbo.

Latar Belakang Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC

Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC (negara-negara Eropah Tengah & Timur) ialah sebuah projek utama yang diisytiharkan dalam Panduan Belgrade dan Panduan Suzhou bagi Kerjasama antara China dengan Negara-negara Eropah Tengah & Timur. Ia juga merupakan ekspo pertama yang memberi tumpuan terhadap perdagangan dan pelaburan antara China dengan negara-negara CEE.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871419-1

Source: CEEC Organization Committee Office
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Trade show news