omniture

Usain Bolt, Lelaki Terpantas Dunia, Bawakan Kepantasan dan Kepintaran dalam Poker menerusi Perkongsian Dengan PokerStars

PokerStars
2017-06-12 09:04 584

ONCHAN, Isle of Man, 12 Jun 2017/PRNewswire/ --

Sewaktu hampir bersara daripada pertandingan balapan, juara Olimpik jadi duta PokerStars

Usain Bolt, pelari pecut yang memecah rekod dan lelaki paling pantas di dunia yang tidak dapat disangkalkan lagi, akan mempromosikan permainan poker sebagai sebahagian daripada satu perkongsian baharu dengan PokerStars, sebuah jenama Amaya Inc. (Nasdaq: AYA; TSX: AYA). Bolt, pemenang pingat emas lapan kali Sukan Olimpik, mengumumkan perkongsian baharu beliau melalui satu perbualan media sosial bersama rakan beliau dan bintang handalan Hollywood Kevin Hart, yang kini merupakan pelawak paling berjaya di dunia dan awal tahun ini memeterai perjanjian dengan PokerStars yang mengesahkan beliau akan "Make Poker Fun" ("Membuatkan Poker Menyeronokkan").  

generated by system

Bolt berkata: "PokerStars sememangnya hebat dan saya berasa gembira dapat menyertai Kevin bagi membantu membawakan poker dan PokerStars kepada khalayak ramai. Ia merupakan permainan mencabar yang menyeronokkan, dengan elemen sosial dan berdaya saing, dengan itu saya berbesar hati kerana berpeluang memperkenalkannya kepada para peminat saya dan orang ramai di seluruh dunia."

Bolt akan mewakili PokerStars dalam kempen-kempen pemasaran dan penampilan secara langsung yang bertujuan untuk memperkenalkan poker kepada khalayak baharu, kata Eric Hollreiser, Naib Presiden Komunikasi Korporat PokerStars.

"Usain Bolt ialah pesaing sengit yang mencabar batas permainan sehingga ke titik akhir," kata Hollreiser. "Namun begitu, beliau juga seorang atlet yang disenangi ramai di dunia. Ikutan global beliau yang mantap dan personaliti yang menarik akan membantu kami memperkenalkan permainan poker dengan cara yang menyeronokkan, sosial dan pantas."

Latar Belakang PokerStars 

PokerStars mengendalikan laman poker dalam talian paling popular di dunia, disediakan untuk komuniti poker global. Sejak dilancarkan pada tahun 2001, PokerStars menjadi pilihan utama para pemain seluruh dunia, yang mempunyai lebih banyak pertandingan setiap hari berbanding laman-laman lain, selain mempunyai tahap keselamatan dalam talian terbaik. Lebih 165 bilion daun terup telah dikocok melalui PokerStars, iaitu lebih banyak berbanding laman-laman lain.

PokerStars ialah jenama kebanggaan Rational Group, yang secara dasarnya dimiliki oleh Amaya Inc. (Nasdaq: AYA; TSX: AYA) serta memiliki permainan dan perniagaan serta jenama berkaitan, termasuk PokerStars, PokerStars Casino, BetStars, Full Tilt, StarsDraft, serta jenama-jenama jelajah poker langsung Kejohanan PokerStars serta Festival PokerStars (melibatkan Jelajah Poker Eropah, Kembara Caribbean PokerStars, Jelajah Poker Amerika dan Jelajah Poker Asia Pasifik). PokerStars ialah jenama permainan dalam talian paling banyak mendapat lesen di dunia, memegang lesen atau mendapat kelulusan operasi berkaitan di 17 negara. PokerStars.com dan PokerStars.eu beroperasi di seluruh dunia, masing-masing di bawah lesen daripada kerajaan Isle of Man dan Malta.

Main Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab! Untuk maklumat lanjut tentang permainan dengan rasa tanggungjawab sila layari laman sesawang kami di http://www.pokerstars.com/about/responsible-gaming/

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: press@pokerstars.com

Sumber: PokerStars

Source: PokerStars
Keywords: Entertainment Licensing/marketing agreements