BUSHMILLS, Ireland Utara, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ --
Jenama ikonik Bushmills® Irish Whiskey – kilang penyulingan berlesen tertua di Ireland – dan Lowden Guitars – salah sebuah pengilang gitar akustik terbaik dunia – telah mencipta gitar edisi terhad baharu diperbuat daripada tong wiski Irish Bushmills® dan kayu oak paya purba.
Kedua-dua ikon Ireland Utara ini yang terkenal dengan karakter dan kualiti kehalusan hasil buatan mereka yang teguh telah bekerjasama dalam pembuatan gitar 'Bushmills x Lowden' untuk meraikan mereka yang telah mewariskan kraf dan legasi mereka kepada generasi seterusnya.
Di Old Bushmills Distillery, keluarga Kane telah membuat tong selama empat generasi dan mewariskan kepakaran mereka selama bertahun-tahun untuk memastikan Bushmills memberikan kualiti wiski terbaik yang sama seperti tong yang mula-mula dibuatnya sejak 400 tahun lalu. Begitu juga dengan George Lowden, pengasas Lowden Guitars, yang telah merintis teknik pembuatan gitar akustik sejak tahun 1974 dengan memilih hanya kayu berkualiti tinggi untuk membuat gitarnya yang terkenal dan mewariskan kemahiran pembuatan gitar kepada anak lelakinya, untuk memastikan legasi Lowden berkekalan hingga ke generasi-generasi akan datang.
Edisi terhad gitar F-50 'Bushmills x Lowden', hanya 8 buah sahaja yang boleh dibeli, menggabungkan kemahiran ratusan tahun kesenian pembuat tong dan pembuat alat muzik bertali dengan tiga jenis kayu yang kaya dengan warisan dan karakter. George Lowden sendiri telah memilih kayu tong Bushmills® Irish Whiskey untuk fret ke-12 dan corak tatah dalam belakang, pengikat, roset dan lapik kepala; kayu oak paya purba bagi bahagian belakang dan tepi gitar; dan kayu merah dasar sungai untuk bod suara.
George dan anak lelakinya mengambil masa selama 40 jam untuk mereka bentuk dan membina gitar pertama dalam rangkaian terhad ini. Ciri-ciri lain dalam gitar yang unik ini termasuk simbol salib yang terbentuk dari tukul pembuat tong dan pahat pembuat alat muzik bertali, melambangkan penggabungan kedua-dua kraf ini. Di belakangnya, dua garisan melambangkan tongkat-tongkat yang terdapat di tong Bushmills® Irish Whiskey dan melambangkan pewarisan kemahiran dari satu generasi ke generasi seterusnya.
George Lowden, yang mempunyai gitar akustik yang telah digunakan oleh beberapa artis terkenal dunia, termasuk Gary Lightbody, Ed Sheeran dan Eric Clapton, berkata: "Kami mencari di seluruh dunia kayu nada terbaik yang merupakan 'bintang' sebenar dalam gitar kami, yang menentukan bagaimana bunyi, rasa, dan permainan mereka, jadi saya dan anak-anak mengambil peluang untuk bekerja dengan Pembuat Tong untuk memilih kayu tong terbaik dari Bushmills® Irish Whiskey untuk gitar ini. Ia adalah peluang terbaik untuk melihat secara lebih dekat bagaimana tong-tong ini dibuat dan bagaimana mereka memberikan warna dan rasa kepada wiski.
"Ketiga-tiga kayu yang digunakan untuk membuat gitar memainkan peranan penting dalam menjadikan Bushmills x Lowden unik. Kayu tong Bushmill® Irish Whiskey mempunyai lebih 400 tahun warisan dalam pembuatan wiski dan digunakan sepenuhnya untuk melengkapi kayu-kayu nada lain. Belakang dan tepi diperbuat daripada Oak Paya Purba untuk memberikan bunyi yang lunak dan mesra dan apabila dipadankan dengan Kayu Merah Dasar Sungai pada bod suara, ia membantu mengeluarkan bunyi yang jelas dan rancak untuk setiap not yang dihasilkan oleh gitar ini."
Colum Egan, Ketua Penyuling di Bushmills® Irish Whiskey, menambah: "Lowden Guitars terkenal dengan kehalusan hasil buatan dan kualiti, dan kami merasa bangga untuk bekerjasama dengan George dan anak-anak lelakinya dalam kerjasama yang menarik ini yang meraikan bagaimana kemahiran pakar kraftangan bukan dibeli, tetapi disempurnakan dengan peredaran masa dan diwariskan dari generasi ke generasi.
"Di Bushmills, kraf dan kemahiran pembuat-pembuat tong kami sama pentingnya kepada pembuatan wiski Irish seperti mana tong-tong oak yang dibuat oleh mereka, memastikan kami mengeluarkan wiski berkualiti premium yang sama seperti yang mula-mula dibuat sejak lebih 400 tahun lalu. Kami berbangga untuk bekerja dengan Lowden Guitars, yang seperti kami, memahami peranan penting kayu dalam menjadikan gitar mereka sesuatu yang amat unik."
Untuk melihat bagaimana Bushmills® Irish Whiskey dan Lowden Guitars bekerjasama untuk menghasilkan gitar-gitar ini, layari http://bit.ly/2r8JsY6
Lapan gitar 'Bushmills x Lowden' sedia untuk dibeli dengan harga runcit £8,500 setiap satu. Untuk mendaftar hasrat anda untuk membeli atau untuk lebih mengetahui layari http://www.lowdenguitars.com/bushmillsxlowden