omniture

TerraPay Bekerjasama Dengan YES BANK untuk Dayakan Khidmat Pindahan Wang Rentas Sempadan Segera 24x7 ke Akaun Bank di India

TerraPay
2017-06-16 12:35 602

NEW DELHI, 16 Jun 2017/PRNewswire/ --

Migran India di seluruh dunia kini boleh menghantar wang kepada keluarga dan rakan-rakan mereka di rumah, dengan segera dalam sebarang akaun bank

TerraPay, pertukaran pembayaran mudah alih yang pertama di dunia, bekerjasama dengan YES BANK, bank sektor swasta keempat terbesar di India, untuk mendayakan pemindahan wang antarabangsa masa sebenar ke akaun bank di India. Didayakan oleh perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian global TerraPay, kerjasama ini menjadikan penghantaran wang kepada mana-mana akaun bank lebih cepat dan mudah bagi pengguna.

TerraPay telah bekerjasama dengan YES BANK dalam Pengaturan Pengeluaran Rupee yang membolehkan rakan kongsi rangkaian TerraPay membuat pemindahan wang merentas sempadan dengan segera ke akaun bank di India. Ini bermakna migran India di seluruh dunia boleh pergi ke kedai rakan kongsi TerraPay pada bila-bila masa dan menghantar wang kepada keluarga dan rakan-rakan di rumah, dan terus masuk ke akaun bank mereka dengan serta merta. Bagi akaun bank selain daripada akaun YES BANK, YES BANK akan mengagihkan wang menggunakan perkhidmatan pembayaran serta-merta, yang lebih dikenali sebagai IMPS. Perkhidmatan ini boleh didapati 24X7.

Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay mengulas, "India ialah penerima kiriman wang terbesar di dunia. Menurut laporan Bank Dunia, migran India menghantar USD 62.7 bilion dalam Tahun Fiskal 2016-2017, yang lebih besar daripada aliran masuk Pelaburan Langsung Asing ke India. Aliran masuk kiriman wang daripada komuniti di dalam dan luar India telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi makro dan mikro di negara ini. Kerjasama kami dengan YES BANK akan membantu kami memudahkan migran dengan menyediakan pengalaman perkhidmatan masa sebenar, 24 jam sehari setiap hari dan pemindahan wang yang lancar."

Arun Agrawal, Presiden Kumpulan dan Ketua Global, Perbankan Antarabangsa, YES BANK mengulas, "Sejak penubuhannya, YES BANK telah memanfaatkan inovasi dan teknologi untuk merevolusikan pengalaman perbankan di India. Kami gembira dapat bekerjasama dengan TerraPay untuk membolehkan, pilihan tanpa tunai yang mudah bagi migran yang ingin memindahkan wang ke India. Perkhidmatan 24x7 ini disokong oleh platform Perbankan API canggih YES BANK dan protokol keselamatan yang hebat, dan akan membantu meningkatkan aliran masuk Pertukaran Asing kecil-kecilan ke India. "

Latar Belakang TerraPay 

TerraPay, pertukaran pembayaran mudah alih yang pertama di dunia, ialah perkhidmatan pemprosesan, penjelasan dan penyelesaian urus niaga global bagi dompet mudah alih. Ia menyediakan enjin saling boleh operasi yang membolehkan pelanggan menghantar dan menerima transaksi masa sebenar melalui pelbagai alat, platform, dan rantau pembayaran. Syarikat mempercayai kuasa peranti mudah alih dan sedang membina landasan pembayaran digital bagi memenuhi visi mereka untuk membolehkan pengguna menghantar wang kepada mana-mana telefon mudah alih.

TerraPay ialah syarikat B2B yang dibangunkan oleh Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian kewangan mudah alih dan merupakan sebahagian daripada USD 18 bilion Mahindra Group. Ia didaftarkan dan dikawal selia dalam beberapa bidang kuasa. Di UK, ia dikawal oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA).

Latar Belakang YES BANK 

YES BANK, bank sektor swasta keempat terbesar di India dengan kehadiran pan-India di semua 29 negeri dan 7 Wilayah Kesatuan India, yang beribu pejabat di Daerah Inovasi Lower Parel (LPID) Mumbai, merupakan hasil daripada komitmen profesional dan keusahawanan pengasasnya Rana Kapoor dan pasukan pengurusan tertingginya, untuk menubuhkan bank India swasta yang berkualiti tinggi, yang berfokuskan pelanggan serta didorong oleh perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan perniagaan masa depan India.

YES BANK telah menerima pakai amalan terbaik antarabangsa, piawaian tertinggi dalam kualiti perkhidmatan dan kecemerlangan operasi, dan menawarkan penyelesaian perbankan dan kewangan yang komprehensif kepada semua pelanggan yang dihargai.

YES BANK mempunyai pendekatan yang didorong oleh pengetahuan terhadap perbankan, dan menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat dalam peruncitan, korporat dan pelanggan perbankan korporat baru muncul. YES BANK semakin berkembang sebagai Bank Profesional India dengan misi jangka panjang untuk menjadi 'Bank Besar Berkualiti Terbaik di India menjelang 2020'.

Perhubungan Awam:
Sundeep Mehta
Pengurus Perhubungan Awam Global
TerraPay, Belanda
E-mel - contactus@terrapay.com

Sumber: TerraPay

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet