omniture

Vertu Tandatangani Perjanjian dengan Syarikat Gergasi Teknologi TCL Communication Bawakan Teknologi Inovatif untuk Telefon Bimbit Mewah

Vertu
2017-06-20 14:49 701

PARIS, 20 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Vertu, pengeluar utama dunia bagi telefon bimbit mewah, dengan sukacitanya mengumumkan ia telah menandatangani satu perjanjian utama dengan TCL Communication. Ini merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh Vertu sejak syarikat dibeli oleh usahawan Hakan Uzan pada pertengahan Mac 2017. Perjanjian ini, yang bernilai $40 juta, akan membolehkan Vertu menggunakan teknologi canggih dan inovatif daripada TCL Communication untuk 30,000 telefon buatan tangan Vertu, untuk dikeluarkan di kemudahan Vertu yang terletak di Church Crookham, Hampshire.

generated by system

generated by system

Bercakap daripada pejabat korporat baharu Vertu AK France di Paris, Hakan mengulas, "Kami berbesar hati dapat menandatangani perjanjian ini dengan TCL Communication. Ini merupakan pelaburan pertama daripada banyak pelaburan besar yang kami susun untuk perniagaan ini. TCL Communication ialah rakan kongsi penting untuk Vertu dan kami berharap hal ini dapat menjadi satu permulaan kepada lembaran baharu yang membuahkan hasil dalam jalinan kerjasama kami."

Pengumuman hari ini dilihat sebagai langkah pertama dalam usaha membantu Vertu mendayakan potensi penuhnya sebagai jenama global yang hebat. Di bawah naungan dan kepimpinan baharu Hakan, Vertu sedang menjalani proses penstrukturan semula dan pemodenan secara besar-besaran untuk semua unit perniagaannya, sambil mengekalkan warisan dan mutu ketukangannya yang dikenali di seluruh dunia.

"Pelanggan akan mendapat akses kepada produk-produk Constellation X edisi terhad dan istimewa seawal pertengahan Julai, dengan peningkatan penuh menjelang awal September ini. Generasi baharu Khidmat Rencam Vertu akan mula diperkenalkan pada pertengahan Julai dalam pasaran terhad, berserta portfolio Produk Gaya Hidup Vertu baharu yang luas dan bakal disediakan di Butik Vertu pada awal September ini," tambah Hakan.

"Sebagai penginovasi telefon pintar utama, TCL Communication amat berbesar hati dapat melanjutkan hubungan yang berjaya kami dengan Vertu," kata Alain Lejeune, Naib Presiden Kanan TCL Communication. "Dengan menggabungkan teknologi telefon pintar canggih kami dengan mutu ketukangan luar biasa Vertu serta komitmennya terhadap reka bentuk dan prestasi terunggul, ia akan membantu mewujudkan pengalaman yang mengagumkan untuk para pelanggannya yang arif."

Vertu AK France, syarikat induknya, menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan dan produk baharu pada bulan September, selain turut mengumumkan beberapa perkongsian yang eksklusif dan mewah bersama jenama-jenama global yang terkemuka. Produk-produk baharu akan dijual dalam pasaran mewah utama melibatkan Perancis, UK, China, Asia, Rusia, Eropah Barat dan juga Timur Tengah.

Meskipun syarikat telah memindahkan pejabat korporatnya ke Paris, semua produk Vertu direka bentuk dan dikeluarkan di UK, dengan sekitar 90 peratus dikhususkan untuk pasaran eksport. Syarikat telah beroperasi dari pangkalannya di Hampshire sejak tahun 2000 dan menghantar telefon bimbit pertamanya pada tahun 2002. Setakat ini, Vertu telah menjual lebih 500,000 peranti di seluruh dunia. Telefon bimbit baharu Vertu dijual dengan harga jualan permulaan £7,500 dan syarikat mempunyai lebih 225,000 pengguna berdaftar.

Nota untuk editor:

Latar Belakang Vertu

Vertu menyasarkan untuk memberikan pengalaman telefon bimbit mewah yang terbaik di dunia untuk pelanggannya dengan menggabungkan mutu ketukangan berkepakaran dan bahan-bahan tiada tandingan dengan teknologi yang bersifat inovatif serta perkhidmatan tersendiri. Hari ini, Vertu menerajui pasaran yang dirintis olehnya lebih sedekad lalu.

Rangkaian telefon bimbit Vertu terdiri daripada empat model berbeza - Signature S, Signature Touch, Aster, dan bakal dilancarkan tidak lama lagi, Constellation X. Koleksi Audio Vertu pula merangkumi Fon Kepala V (HP-1V) dan Pembesar Suara V (SP-1V). Telefon bimbit Vertu dibuat sendiri di England menggunakan bahan-bahan terbaik di dunia.

Vertu terkenal dengan perkhidmatannya yang dipilih susun; himpunan tawaran eksklusif yang dipilih teliti, kandungan serta bantuan yang dipilih khusus bagi meningkatkan gaya hidup pelanggan Vertu. Elemen utama perkhidmatan ini ialah KHIDMAT RENCAM Vertu, menawarkan bantuan dan nilai pengayaan gaya hidup serba mewah. Generasi baharu Khidmat Rencam Vertu akan dimulakan dalam segmen perkhidmatan baharu untuk pelanggan arif dan eksklusif kepada pengguna Vertu.

Vertu boleh didapati daripada sekitar 300 kedai, termasuk 56 Butik Vertu di 62 negara.

Latar Belakang TCL Communication 

TCL Communication Technology Holdings Limited (TCL Communication) mereka bentuk, mengeluarkan dan memasar portfolio yang sedang berkembang bagi produk serta perkhidmatan mudah alih dan internet seluruh dunia menerusi tiga jenama utama - TCL, Alcatel dan BlackBerry. Portfolio produk syarikat kini dijual di lebih 160 negara di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. TCL Communication tersenarai sebagai 10 pengeluar telefon pintar global terbaik oleh IDC. Beribu pejabat di Hong Kong, TCL Communication mengendalikan sembilan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di seluruh dunia, menggaji lebih 12,000 kakitangan di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tclcom.com.

TCL ialah tanda dagangan berdaftar TCL Corporation. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Danielle Silvester - Vertu AK
Pengarah Jenama & Komunikasi
Emel: danielle.silvester@vertu.com

Dominic McCarthy - Neville McCarthy Associates
Emel: Dominic@nevillemccarthy.com
No. Telefon: +44(0)
207-940-2900

Kate Ng - TCL Communication
Emel: globalpr@tcl.com

Sumber: Vertu

Source: Vertu
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors Telecommunications Contracts Licensing/marketing agreements