omniture

Honeywell Bakal Peroleh Peneraju Perisian Keselamatan Siber Perindustrian Nextnine

Honeywell
2017-06-20 20:59 653

Perluas penawaran keselamatan siber perindustrian hadapi peningkatan ancaman kepada kemudahan industri dan infrastruktur kritikal

/PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE: HON) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk membeli Nextnine, penyedia penyelesaian pengurusan keselamatan dan teknologi untuk keselamatan siber perindustrian milik persendirian. Penambahan penyelesaian keselamatan dan keupayaan perkhidmatan jarak jauh yang selamat Nextnine yang meneraju industri akan meningkatkan kepelbagaian teknologi keselamatan siber inovatif sedia ada Syarikat dan meningkatkan kumpulan pelanggan keselamatan siber Honeywell Connected Plant dengan ketara.

Honeywell bakal peroleh Nextnine
Honeywell bakal peroleh Nextnine

MORRIS PLAINS, New Jersey, 20 Jun 2017, Teknologi utama Nextnine, ICS Shield, melindungi tapak perindustrian daripada serangan keselamatan siber dan membolehkan pemantauan jarak jauh aset-aset. Ia melengkapkan portfolio keselamatan siber Honeywell yang menyeluruh dengan penyelesaian yang digunakan di lebih daripada 6,200 tapak perindustrian secara global merentasi sektor minyak dan gas, utiliti, kimia, perlombongan dan perkilangan. Sebelum ini, ICS Shield dilaksanakan secara berasingan bagi setiap vendor sistem kawalan, menyebabkan berbilang pemasangan yang berasingan di tapak tunggal pelanggan. Dengan pemerolehan ini, para pelanggan akan dapat melaksanakan dan mengendalikan satu sistem tunggal yang memudahkan dan dapat melindungi keseluruhan tapak mereka dengan lebih baik dengan keupayaan terbukti Honeywell untuk menyediakan penyelesaian berbilang vendor.

Ditubuhkan pada tahun 1998, Nextnine sehingga kini disokong oleh Infinity VC, XT Hi-Tech dan beberapa pelabur lain yang terkenal.

"Setiap hari, jumlah cubaan serangan siber pada kemudahan perindustrian dan infrastruktur kritikal di seluruh dunia meningkat," kata Vimal Kapur, Presiden Honeywell Process Solutions. "Pemerolehan ini menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan portfolio komprehensif penyelesaian keselamatan siber untuk melindungi dan mempertahankan sistem kawalan perindustrian dan rangkaian kawalan proses. Capaian global Honeywell yang meluas akan meningkatkan ketersediaan Nextnine kepada pelanggan yang lebih pelbagai."

Penyelesaian keselamatan Nextnine juga akan menjadi pendaya utama Honeywell Connected Plant, yang menggabungkan kepakaran, perisian dan teknologi digital perindustrian Honeywell yang tidak dapat ditandingi, untuk menjadikan operasi pelanggannya lebih andal, menguntungkan dan selamat berbanding sebelum ini. Keselamatan siber ialah satu bahagian yang penting dalam program tersebut.

Honeywell mempunyai keupayaan penyelidikan keselamatan siber perindustrian terbesar dalam industri dan terus meningkatkan penawaran keselamatan siber perindustriannya. Dua penyelesaian tersebut ialah Pengurus Risiko, penyelesaian yang pertama dalam industri untuk memantau, mengukur dan mengurus risiko keselamatan siber perindustrian secara proaktif, dan Pertukaran Media Selamat (SMX), yang melindungi kilang daripada ancaman media boleh alih seperti pemacu kilat USB.

Honeywell Process Solutions (www.honeywellprocess.com ) merupakan perintis dalam kawalan automasi, peralatan dan perkhidmatan untuk industri minyak dan gas; penapisan; pulpa dan kertas; penjanaan kuasa perindustrian; bahan kimia dan petrokimia; bahan bakar bio; sains hayat; serta industri logam, mineral dan perlombongan. Ia juga merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian perisian dan peralatan yang membantu pengeluar mendapat nilai dan kelebihan daya saing melalui Honeywell Connected Plant, penyelesaian Internet Komunikasi Benda Perindustrian (IIoT) Honeywell. Process Solutions merupakan sebahagian daripada kumpulan perniagaan strategik Bahan dan Teknologi Prestasi Honeywell, yang juga termasuk Honeywell UOP ( www.uop.com ), pembekal dan pelesen antarabangsa terkemuka bagi teknologi proses, pemangkin, penjerap, peralatan, dan khidmat rundingan untuk industri penapisan petroleum, petrokimia, serta pemprosesan gas.

Honeywell ( www.honeywell.com ) ialah syarikat perisian-perindustrian Fortune 100 yang memberikan penyelesaian khusus untuk industri termasuk produk dan perkhidmatan untuk industri aeroangkasa dan automotif; teknologi kawalan untuk bangunan, rumah, dan industri; dan bahan prestasi di peringkat global. Teknologi kami membantu semua aspek bermula dengan pesawat, kereta, rumah dan bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan, dan pekerja menjadi lebih terhubung demi mewujudkan dunia kita yang lebih pintar, selamat dan lestari. Untuk mendapatkan berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom .   

Hubungi:
Don Empie
+1 832.252.3619
donald.empie@honeywell.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170619/1878861-1

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Awards