omniture

Diageo Global Travel: Marc McArthur ke Peringkat Akhir Global dalam Pertandingan Pelayan Bar Terbesar Dunia

Diageo Global Travel
2017-06-22 11:52 739

MIAMI, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Peringkat akhir pertandingan pelayan bar terbesar dunia semakin menghampiri dan di peringkat separuh akhir berprestij yang berlangsung malam tadi di Miami, Marc McArthur dari Norwegian Cruise Line telah memikat panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka industri untuk dinobatkan sebagai pelayan bar kapal persiaran terbaik dunia.  

generated by system

Pelabuhan seterusnya bagi Marc, 28 tahun, dari Afrika Selatan, adalah peringkat akhir dunia bagi salah satu pertandingan pelayan bar terkemuka dan paling dihormati di dunia – pertandingan Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS di Bandar Raya Mexico pada 20 – 24 Ogos 2017. Di sini, beliau akan mewakili kapal persiaran dan bertarung dengan 56 pelayan bar terbaik dunia untuk gelaran "Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS".

Pemenang tahun lepas, Jennifer Le Nechet dari Perancis telah mengalami perjalanan yang mengubah kehidupan dan kini menikmati penjelajahan seluruh dunia, menjadi hakim bagi pertandingan-pertandingan peringkat akhir pelayan bar terkemuka. Jennifer ialah salah seorang panel penghakiman malam tadi dan telah menyaksikan bakat dan keaslian Marc.

Marc mengalahkan saingan daripada pelayan-pelayan bar kapal persiaran yang berbakat dari tiga kapal persiaran utama dunia dalam beberapa siri saringan, sebelum tiga pesaing terakhir mengadun minuman mereka dalam kelas mewah Bar Diageo 396 di Miami malam tadi.

Jennifer Le Nechet menilai pertandingan itu bersama rakan elit industri; Enrique De Colsa, Pakar Penyuling dari TEQUILA DON JULIO dan Ben Potts, salah seorang pelayan bar terbaik di Miami.

Ia tidak hanya bergantung kepada rasa; para juri memerhatikan kreativiti, pengetahuan, persembahan dan keseluruhan pengalaman minuman yang dihidang setiap peserta separuh akhir. Marc menarik perhatian para juri di sepanjang 'Cabaran Kotak Misteri' dan 'Cabaran Menentang Masa Koktel', menggabungkan koktel unik dengan produk terbaik daripada koleksi DIAGEO RESERVE.

Marc McArthur, Ketua Pengadun Minuman di atas Norwegian Escape, berkata: "Saya tidak dapat menzahirkan betapa bermaknanya pencapaian ini kepada saya. Saya banyak berlatih dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertandingan ini, dan kejayaan ke peringkat separuh akhir merupakan pengalaman luar biasa, tetapi untuk dihakimi oleh juara tahun lepas dan berjaya mewakili industri pelayaran dalam peringkat akhir bagi Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS - tanpa ragu-ragu ia ialah kemuncak kerjaya saya. Saya tidak sabar untuk bertanding dengan mereka yang terbaik dan membawakan keyakinan dan kemahiran yang telah saya kembangkan melalui program WORLD CLASS ke Bandar Raya Mexico City."

Marcos Bibas, Pengarah Komersil, DIAGEO Americas berkata: "Program WORLD CLASS ini diadakan untuk mendidik dan menginspirasi pelayan-pelayan bar untuk memberikan pengalaman minum terbaik, dan saya gembira dapat menawarkan pengalaman ini kepada pelayan-pelayan bar kapal-kapal persiaran di atas kapal-kapal rakan kongsi kami. Malam tadi, kami telah menyaksikan pertandingan hebat yang mempersembahkan standard kehalusan kerja tangan dan kreativiti yang luar biasa. Kami mahu mengucapkan tahniah kepada para peserta peringkat akhir ini dan mengucapkan selamat berjaya kepada Marc di Peringkat Akhir Global WORLD CLASS pada bulan Ogos."

Wes Cort, Pengarah Kanan, Pembangunan dan Operasi Restoran dan Minuman di Norwegian Cruise Line, berkata: "Kami amat gembira dengan Marc dan pencapaian beliau. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dalam Peringkat Akhir WORLD CLASS dan yakin dengan kehalusan kerja tangan dan bakat beliau dapat menarik perhatian para juri sekali lagi. Kami ingin menyampaikan rasa terhutang budi kami kepada WORLD CLASS kerana menganjurkan acara hebat ini dan melatih pelayan-pelayan bar kami dalam seni dan sains dalam mencipta koktel yang tidak dapat dilupakan, menggunakan minuman keras yang memenangi anugerah daripada koleksi DIAGEO RESERVE. Rakan kongsi kami menawarkan tetamu Norwegian Cruise Line dengan pengalaman minum terbaik, menjadikan kenangan percutian pelayaran yang tidak dapat dilupakan tetamu kami."

Sila minum dengan berhemah, layari DINKiQ.com.

Source: Diageo Global Travel
Related Stocks:
LSE:DGE NYSE:DEO
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sporting Events