omniture

Xiamen Airlines Lancar Penerbangan Tanpa Henti Xiamen-Los Angeles

Xiamen Airlines
2017-06-28 08:00 692

XIAMEN, China dan LOS ANGELES, 28 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pada 27 Jun, Xiamen Airlines dengan rasminya melancarkan penerbangan Xiamen-Los Angeles, laluan Amerika ketiga selepas penerbangan Xiamen-Shenzhen-Seattle dan Fuzhou-New York. Pembukaan laluan ini bermakna Xiamen Airlines bakal mempunyai 10 penerbangan antara wilayah Fujian China dan AS setiap minggu, mencipta hubungan udara yang memudahkan pengukuhan hubungan ekonomi dan perdagangan dan meningkatkan pertukaran budaya antara AS dan China.

Xiamen Airlines Lancar Penerbangan Tanpa Henti Xiamen-Los Angeles
Xiamen Airlines Lancar Penerbangan Tanpa Henti Xiamen-Los Angeles

Dengan perluasan berterusan laluan antarabangsa dan rentas benua dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Xiamen Airlines kini berada di laluan yang tepat untuk menjadi penggiat utama di persada dunia. Ramai peminat sukan menganggap Los Angeles sebagai sebuah pusat bola keranjang dunia. Pada 18 Jun, Xiamen Airlines memeterai perkongsian strategik dengan Yayasan Yao di Beijing, untuk sama-sama membangunkan jenama perkhidmatan awam Egret Dreams yang akan membantu belia Cina dan Amerika yang meminati sukan menjadikan impian mereka satu kenyataan. Di Los Angeles, syarikat penerbangan ini bekerjasama dengan Boys & Girls Clubs of America dan China Enterprise Council untuk menyokong kembara "Terokai China" 2017 bagi belia tempatan, membantu mempromosi kempen dan acara perkhidmatan awam di China dan AS selain mencipta peluang kerjasama baharu.

Xiamen Airlines akan beroperasi di laluan baharu dengan menggunakan Boeing 787-9 Dreamliner. Penerbangan MF829 berlepas dari Xiamen pada jam 8 malam setiap Selasa, Khamis dan Ahad,  dan akan tiba di Los Angeles pada jam 6 petang pada hari yang sama. Penerbangan MF830 berlepas dari Los Angeles pada jam 12:15 pagi setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, dan akan tiba di Xiamen pada jam 5:30 pagi hari berikutnya (semua waktu tempatan).

Los Angeles merupakan destinasi keempat Xiamen Airlines di Amerika Utara. Para penumpang kini boleh terbang tanpa henti ke Los Angeles, Seattle, Vancouver dan New York, selain melakukan persinggahan lancar ke 74 destinasi di Amerika Utara menerusi rakan kongsi syarikat penerbangan ini. Xiamen Airlines terus memperluas rangkaian rakan kongsi dan bilangan bandar persinggahannya.  Bagi memastikan persinggahan di Xiamen lebih pantas dan lebih mudah, Xiamen Airlines melancarkan beberapa perkhidmatan persinggahan termasuk penginapan hotel percuma, balai singgah percuma dan pemeriksaan bagasi menerusi terminal T3 miliknya yang diurus sendiri di Lapangan Terbang Xiamen.

Berikutan pembukaan laluan Xiamen-Los Angeles, Xiamen Airlines bakal memacu usaha globalisasinya dengan lebih pantas. Syarikat penerbangan ini merancang untuk melancarkan penerbangan Los Angeles-Qingdao-Xiamen pada bulan Disember tahun ini, meluaskan lagi rangkaian laluan penerbangan ke Los Angeles.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170623/1882567-1

Source: Xiamen Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services