omniture

Country Garden Perkenal Logo Baharu Sambut Ulang Tahun ke-25 Syarikat

Country Garden Holdings
2017-07-01 02:06 1116

SHENZHEN, China, 1 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings ("Country Garden" atau "Syarikat") (Kod Saham: 2007.HK), pemaju hartanah terkemuka yang berpangkalan di China, memperkenalkan logo baharu sempena ulang tahun ke-25 Syarikat.

Mo Bin, Chief executive officer of Country Garden, presenting annual results
Mo Bin, Chief executive officer of Country Garden, presenting annual results

 

Reka bentuk baharu ini mengekalkan motif "burung phoenix" yang terdapat pada logo terdahulu dan sebahagian besarnya mempunyai tiga warna iaitu jingga, biru diraja dan kuning keemasan. Walau bagaimanapun, reka bentuk bahagian tepinya telah diringkaskan, dan menerusi warna pada bahagian leher, koronet dan ekor yang diterangkan, "burung phoenix" kelihatan lebih bertenaga, menonjolkan pertumbuhan pesat syarikat dengan lebih baik.

Era Baharu

Selain menandakan ulang tahunnya yang penting, pelancaran logo baharu menunjukkan syarikat memasuki era baharu, dipacu oleh pertumbuhan pesat dan kejayaan perluasan menembusi pasaran-pasaran baharu. Beberapa pencapaian terbaru termasuk:

  • Pembinaan Forest City eko-pintar seluas 20 kilometer persegi (4,900 ekar) di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, yang terletak bersebelahan Singapura.
  • Memenangi jualan berkontrak pada tahun 2016 sebanyak lebih 308.84 bilion yuan (kira-kira US $45 bilion), yang menjadikan Syarikat mengungguli kedudukan ke-273 dalam senarai 2,000 global 2017 Forbes bagi syarikat-syarikat senaraian awan terbesar di dunia. Ini merupakan satu lonjakan sebanyak 171 anak tangga berbanding kedudukan tahun lalu dan meletakkan Country Garden dalam kalangan pemaju hartanah dengan kedudukan teratas bersama-sama China Vanke, Brookfield Property Partners dan Sun Hung Kai Properties.
  • Dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2017, Country Garden memperoleh RMB 244.22 bilion (kira-kira US$35.7 bilion) jualan berkontrak dan 27.27 juta meter persegi (293 juta kaki persegi) bagi Kawasan Lantai Kasar (GFA) yang terjual. Keputusan positif ini membolehkan syarikat mengekalkan kedudukannya yang terkemuka di dunia dalam penunjuk utama ini.
  • Tahun ini, syarikat menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 400 bilion yuan (kira-kira US$58 bilion) dan menetapkan belanjawan sebanyak 150 bilion yuan (kira-kira US$ 21.9 bilion) untuk pengambilan tanah baharu.
  • Country Garden turut melaksanakan amalan dan konsep pembinaan komuniti di Australia dan Indonesia, selain merancang untuk terus memperluas pengaruhnya ke dalam pasaran-pasaran lain, termasuk India, Thailand, Vietnam berserta United Kingdom dan Rusia.

Sejarah Inovasi

Diasaskan pada tahun 1992 di Foshan yang terletak di wilayah selatan Guangdong, China, Country Garden berkembang daripada sebuah syarikat perusahaan tempatan menjadi syarikat gergasi hartanah global, menerusi projek-projek pembangunannya, sentiasa mencuba untuk menggalakkan kategori urbanisasi baharu. Kebiasaannya, kawasan perumahan yang dibinanya mempunyai kemudahan awam komuniti yang lengkap, reka bentuk landskap yang indah, kesemuanya dalam persekitaran kediaman yang selamat dan selesa. Ia membawa visi pertumbuhan pintar dan mesra alam ke lebih 400 bandar dan pekan di China, selain terlibat dalam 918 projek di serata dunia.

"Country Garden akan terus memanfaatkan urbanisasi China demi mengembangkan perniagaan kami di negara ini, berusaha mencapai pulangan tunai yang pantas dengan kadar pusing ganti yang tinggi," kata Mo Bin, Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden. "Kami akan turut mempromosikan perniagaan antarabangsa kami memandangkan ia merupakan pemacu pertumbuhan baharu dan akan terus berusaha menjadi salah satu syarikat perusahaan paling kompetitif di dunia."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Country Garden, sila layari http://en.bgy.com.cn/news.aspx?type=11

Latar Belakang Country Garden Holdings

Country Garden Holdings (Kod Saham: 2007.HK) mengungguli kedudukan antara tiga syarikat perusahaan hartanah terbaik di dunia. Syarikat ini bukan sahaja merupakan pemaju dan pengendali komuniti kediaman, ia turut membina dan mengendalikan bandar-bandar hijau yang berunsur sistem ekologi dan pintar. Pada tahun 2016, jualan hartanah kediaman Country Garden melebihi US$43 bilion dan merangkumi kawasan seluas kira-kira 293 juta kaki persegi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170629/1887957-1-a
Logo -
https://photos.prnasia.com/prnh/20170629/1887957-1-LOGO

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate New products/services