omniture

KEYMILE Tumpu Sistem Jalur Lebar

KEYMILE
2017-07-04 17:32 706

HANOVER, Jerman, 4 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Ekoran jualan portfolio produk bagi rangkaian komunikasi misi kritikal kepada ABB Group, KEYMILE bakal menumpu secara eksklusif terhadap sistem jalur lebar.

Pada masa depan, KEYMILE bakal menyediakan penyelesaian untuk pengendali rangkaian jalur lebar. Sebelum ini, portfolio KEYMILE terdiri daripada sistem untuk akses jalur lebar dan penghantaran data dalam rangkaian komunikasi dengan misi kritikal. Ekoran pembelian perniagaan misi kritikal oleh ABB Group, KEYMILE kini mengasah profilnya sebagai salah satu pembekal utama sistem jalur lebar. Syarikat mempunyai jaringan cawangan global berserta rakan kongsi dan pelanggan dari lebih 100 negara yang menggunakan produk-produk KEYMILE.

Permintaan dalam pasaran jalur lebar terus berkembang dengan amat pesat sekali. Atas sebab inilah pengendali rangkaian komunikasi ingin memperluas dan membangunkan infrastruktur rangkaian dalam rangkaian akses serta pengangkutan. Produk-produk KEYMILE membolehkan pengendali rangkaian menawarkan pengguna akhir mereka dengan pelbagai perkhidmatan suara dan data menerusi semua jenis seni bina rangkaian FTTx secara berkesan kos. KEYMILE mempunyai penyelesaian pemvektoran VDSL- dan G.fast- dalam portfolionya bagi memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur tembaga. Menerusi sistem dengan sambungan optik, pengendali rangkaian boleh mewujudkan seni bina GPON- dan P2P- pada tahap ketumpatan port yang tinggi. IP-MSAN MileGate membolehkan penggunaan serentak Eternet/IP dan TDM- tradisional selain teknologi SDH-/PDH- daripada satu elemen rangkaian tunggal. Ia menyediakan asas untuk perpindahan berkesan kos teknologi suara dan data yang dahulunya berasaskan sambungan kepada rangkaian berasaskan paket.

Sebagai sebuah syarikat bersaiz sederhana dengan tradisi yang masih bertahan lama, KEYMILE mengkhusus dalam penyelesaian boleh disesuaikan. Para pelanggan menyukai syarikat ini kerana ia merupakan rakan kongsi dipercayai yang berbeza dari segi keanjalannya yang luar biasa, kebolehan mendengar keperluan pelanggan dan pendekatan yang berpandukan kualiti. KEYMILE memiliki kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pembuatannya sendiri, selain makmal EMC yang diperakui. Ekoran jualan perniagaan rangkaian komunikasi misi kritikal kepada ABB, KEYMILE kini dapat menumpu sepenuhnya terhadap pelaburan penyelidikan dan pembangunannya dalam sektor jalur lebar. Syarikat akan memperluas portfolionya secara khusus serta turut menambah teknologi baharu, dengan tumpuan khusus diberikan terhadap rangkaian optik pasif.

"KEYMILE menawarkan sokongan dan penyelesaian terbaik menerusi portfolio komprehensif untuk pengendali rangkaian jalur lebar seluruh dunia. Para pelanggan mempercayai kami kerana kami menyediakan produk dan perkhidmatan yang bersifat inovatif dan berkualiti tinggi, mudah diakses dan menyokong mereka dalam rancangan mereka terhadap perluasan rangkaian," ulas Rolf Unterberger, Ketua Pegawai Eksekutif KEYMILE. "Perniagaan jalur lebar KEYMILE menggalakkan pertumbuhan yang menguntungkan, membolehkan kami bersiap sedia demi masa depan, dan kami berharap dapat bekerjasama erat dengan para pelanggan jalur lebar kami."

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://www.keymile.com.

Maklumat perhubungan akhbar:
KEYMILE GmbH
Marion Baumann
Pengurus Komunikasi Pemasaran
No. Telefon +49(0)511/6747205

PR-COM GmbH
Hanna Greve
Pengarah Akaun

Sumber: KEYMILE

Source: KEYMILE
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services