omniture

Pameran Pencahayaan Guzhen ke-20 dibuka untuk pra-pendaftaran

China (Guzhen) International Lighting Fair
2017-07-05 00:30 636

GUZHEN, China, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen China (Pameran Pencahayaan) telah dimulakan pada tahun 1999 dan acara terkini akan diadakan pada 22-26 Oktober 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen, Pusat Pencahayaan, di Zhongshan, Wilayah Guangdong. Sementara itu, "Ekspo Pembuatan, Pembekalan dan Perkhidmatan Pencahayaan Guzhen 2017 (Musim Luruh)" (GMS) akan diadakan, dengan 800 perusahaan dan pembekal yang berkualiti, menyediakan platform komprehensif bagi perniagaan, perdagangan, komunikasi dan pertukaran semua industri bagi pembeli profesional dari lebih 100 buah negara dan rantau di seluruh dunia.

Pameran Pencahayaan bersaiz mega berasaskan sumber industri.
Pameran Pencahayaan bersaiz mega berasaskan sumber industri.

Sebagai pusat pembuatan dan pasaran borong pencahayaan profesional yang terbesar di China, serta salah satu daripada pasaran dunia khusus dalam pencahayaan, Guzhen memperoleh nilai pengeluaran kasar sebanyak RMB 19.03 bilion pada tahun 2016, menyumbang kepada 70% daripada bahagian pasaran pencahayaan domestik dan jualan produknya di lebih 130 negara dan rantau di seluruh dunia. Bersandarkan kepada sumber perindustrian Guzhen, Pameran Pancahayaan (Musim Luruh) lebih menumpukan kepada eksport. Produk-produk yang terdapat di Pameran Pencahayaan Guzhen meliputi keseluruhan rantaian bekalan. Daripada produk huluan seperti bahan mentah, jentera & peralatan, aksesori & komponen lampu kepada produk akhir seperti lampu hiasan, lampu kediaman, lampu komersial, Lampu & Teknologi LED, Pameran Pencahayaan Guzhen menawarkan profesional pencahayaan dengan segala yang mereka perlukan.

Pameran Pencahayaan Guzhen ke-20 kekal membawakan pameran penuh di "1 + 6 Lokasi", kerana enam pusat beli-belah profesional terbesar di bandar ini akan mengadakan pameran bersama yang melibatkan 2,000 penjual, meliputi kawasan melebihi 1.5 juta meter persegi. Jenama-jenama terkemuka dan pelbagai produk pencahayaan khas dan istimewa akan dipamerkan. Selain gergasi perindustrian dan berita perindustrian terkini, terdapat juga aktiviti rekreasi dan santai bagi pengunjung. Ia merupakan pertunjukan pencahayaan yang menggegarkan bandar ini dengan pesona pencahayaan dan keseronokan.

Pada masa ini, Pesta Pencahayaan Guzhen ke-20 dibuka untuk pra-pendaftaran. Layari laman sesawang rasmi Pameran Pencahayaan Guzhen dan isi butiran peribadi, pelawat akan jimat RMB 100 untuk pendaftaran di lokasi selepas melengkapkan pendaftaran, dan dapat menikmati perkhidmatan VIP yang disediakan oleh penganjur. Selain itu, mereka akan dimaklumkan mengenai berita, petua dan notis terkini dan peringatan masa mengenai Pesta Pencahayaan dengan e-mel berulang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.gzlightingfair.com/en/Home

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170630/1888991-1 

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news