ZURICH, 10 Julai 2017/PRNewswire/ --
Untuk meraikan Deklarasi Rasmi 7 Keajaiban Dunia Baru pada 07.07.07, hari antarabangsa yang baharu telah diisytiharkan. "Pada 7 Julai (07.07) tahun ini, dan setiap tahun, dunia akan meraikan Hari 7 Keajaiban," kata Bernard Weber, Pengasas New7Wonders.
Selepas lebih 100 juta undi dibuang, New7Wonders telah diisytiharkan secara rasminya pada 07.07.07 di Lisbon, Portugal. Ia diumumkan dalam susunan geografi:
7 kanon dikembangkan dengan pemilihan 7 Keajaiban Alam pada 2011 dan Bandar-bandar New7Wonders pada tahun 2014, dengan undian tambahan sebanyak 550 juta undi.
"New7Wonders setakat ini menghasilkan nilai promosi ekonomi, pelancongan dan nasional bernilai lebih US$5 bilion bagi lokasi yang terlibat dalam kempennya," kata Jean-Paul de la Fuente, Pengarah New7Wonders. Dalam sepuluh tahun sejak 07.07.07, kehidupan rakyat di seluruh dunia terus diperkayakan secara langsung, katanya: "Ini merupakan bukti utama berskala global bahawa konsep berasaskan dinamik dalam talian maya secara besar-besaran mewujudkan hasil ekonomi yang konkrit."
Untuk menghormati Hari 7 Keajaiban, satu set poster dan video yang menayangkan Keajaiban-keajaiban ini sedia untuk dimuat turun di 7wondersday.com
7 Simbol Keamanan: Kempen New7Wonders seterusnya
Bermula 21 September, Hari Keamanan Sedunia, orang ramai dari semua benua, budaya, suku dan kesenian dijemput untuk mengemukakan cadangan mereka melalui peranti mudah alih. Matlamatnya ialah untuk memilih 7 simbol paling popular yang paling sesuai dikaitkan dengan keamanan.
"Semakin banyak kita bertindak bersama-sama, semakin kurang masa kita bergaduh antara satu sama lain," kata Bernard Weber, peneraju kempen 7 Simbol Keamanan. Layari: www.new7wonders.com
Hubungan Akhbar:
Eamonn Fitzgerald
fitzgerald@n7w.com
+49-151-22680088