omniture

Maison Perrier-Jouët Raikan Pembukaan Semula Tempat Bersejarahnya

Maison Perrier-Jouët
2017-07-10 14:19 665

PARIS, 10 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pintu dibuka, menyingkapkan dunia keanggunan, keindahan dan kehalusan. Dunia yang mengagumi masa lampau, meraikan masa kini dan menerima masa depan. Dunia yang mana alam semula jadi memberi ilham kepada seni dan seni mengubah alam semula jadi. Selamat datang ke dunia Maison Perrier-Jouët. Selamat datang ke Maison Belle Epoque. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8132051-maison-perrier-jouet-historic-home/

Dikelilingi empat dinding ini, kisah dua buah kediaman terungkap. Pertama sekali, kisah Maison Perrier-Jouët, yang diasaskan pada tahun 1811 hasil perkahwinan antara Pierre-Nicolas Perrier dan Rose-Adélaïde Jouët, yang menyatukan minat kedua-duanya terhadap seni dan alam semula jadi menjadi visi champagne yang unik. Kisah tersebut, tentang kediaman keluarga, dihuni oleh generasi keturunan mereka, dengan minat dan personaliti yang membentuk kediaman, koleksi seni, taman-taman serta bilik bawah tanah yang dibina di bawahnya. Ia mendapat nama berdasarkan hakikat bahawa ia menyimpan koleksi peribadi French Art Nouveau terbesar di Eropah, termasuk beberapa karya agung oleh Hector Guimard, Louis Majorelle, François-Rupert Carabin atau Emile Gallé, yang turut mencipta motif anemon ikonik yang menghiasi botol-botol champagne Perrier-Jouët Belle Epoque.

Sebagai kediaman generasi berturut-turut keluarga pengasasnya, Maison Belle Epoque kini menjadi simbol kehidupan, bukan sahaja hasil warisan selama 200 tahun Maison Perrier-Jouët, tetapi juga falsafahnya yang berkekalan dan visi champagne yang unik. Sambutan tentang kemampuan menyesuaikan diri (savoir-faire) dan pengetahuan tentang kehidupan (savoir-vivre), ia akan menyambut para tetamu istimewa Kediaman dalam persekitaran yang luar biasa, menawarkan mereka pemahaman yang mendalam tentang tradisi, hasil seni ketukangan serta dua sumber inspirasinya iaitu seni serta alam semula jadi.

Selepas mengubah suai dengan cermat dan teliti selama dua tahun, rumah agam yang anggun ini membuka pintunya kepada 150 tetamu – rakan-rakan Syarikat, rakan media antarabangsa dan selebriti termasuk peragawati Karolina Kurkova, yang merasakan pertalian istimewa dengan art de vivre Maison Perrier-Jouët yang halus.

Sewaktu tiba di Epernay, para tetamu diundang memasuki Maison Belle Epoque dan mereka berpeluang menghayati bilik-bilik yang dihiasi semula dengan begitu cantik. Ketika menuju ke taman, mereka dapat melihat khemah besar yang ditempah, menerusi gaya astaka kaca abad baharu, menawarkan hidangan masakan yang enak, hiburan yang meriah dan pastinya, seleksi champagne Perrier-Jouët.

Para tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan inovatif yang dicipta oleh cef Akrame yang dianugerah bintang Michelin – salah seorang bakat kulinari terhebat di Paris – untuk mengiringi Perrier-Jouët Blanc de Blancs baharu yang bersemangat dan cuvee legenda Perrier-Jouët Belle Epoque. Antara gandingan makanan lazat yang berdaya cipta ialah tomato carpaccio, sosej udang karang, ikan kerisi tartare dan nanas panggang, menawarkan visi moden sepenunhnya bagi art de vivre Perancis.

Sambutan berakhir dalam set secara langsung oleh DJ Polo & Pan – cara yang paling sesuai untuk mengakhiri malam penuh keajaiban dengan seni dan alam semula jadi, warisan dan kemodenan digabung dengan harmoni bagi menonjolkan etos Maison Perrier-Jouët.

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/530475/Maison_Perrier_Jouet.jpg )

Source: Maison Perrier-Jouët
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services