omniture

Jam City Bawakan Keajaiban Peanuts untuk Pemain dan Canine Companions dengan Pelancaran Permainan Penembak Buih Baharu, Snoopy Pop

Jam City
2017-07-11 21:00 620

Pasukan Jam City dan Peanuts Worldwide Bantu Canine Companions for Independence®, Pertubuhan Bukan Untung yang Sediakan Anjing Bantuan untuk Kanak-kanak, Orang Dewasa dan Veteran Kurang Upaya Fizikal

LOS ANGELES, 11 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, Jam City dan Peanuts Worldwide mengumumkan pelancaran seluruh dunia bagi Snoopy Pop, permainan penembak buih serba baharu yang dibintangi oleh watak-watak kesayangan Peanuts dan ego ganti Snoopy daripada komik klasik oleh Charles M. Schulz. Selain itu, turut diumumkan bahawa Jam City, sebagai penghormatan kepada legasi Peanuts dan Schulz, akan menyumbang sebanyak $100,000 kepada Canine Companions for Independence, pembekal anjing bantuan terbesar untuk kanak-kanak, orang dewasa dan veteran kurang upaya, termasuk orang dewasa yang pekak atau sukar mendengar dan golongan profesional yang bekerja dengan kumpulan individu kurang upaya.

Jam City's Snoopy Pop
Jam City's Snoopy Pop

Diwujudkan dengan kerjasama erat bersama para artis, juruanimasi dan pencerita Peanuts Worldwide, Snoopy Pop memberikan sesiapa sahaia yang mempunyai peranti mudah alih dengan keupayaan untuk membantu menyelamatkan Woodstock dan kawanan burung yang terperangkap dalam buih. Permainan yang boleh dimainkan secara percuma ini disediakan di App Store (http://jamcity.me/SP_PR_iOS) dan melalui Google Play (http://jamcity.me/SP_PR_GP).

"Jam City berbangga dapat melancarkan permainan bersama salah satu jenama paling ikonik di dunia. Penghasilan permainan bersama Snoopy dan geng Peanuts merupakan usaha yang dibuat kerana minat para artis, pencerita dan pasukan teknikal kami," kata Josh Yguado, pengasas bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Jam City. "Selain itu, sebagai penghormatan kepada legasi Charles M. Schulz dan kekaguman terhadap misi organisasi tersebut, Jam City terpanggil untuk menyokong usaha penting oleh Canine Companions for Independence melalui Snoopy Pop.  Canine Companions meningkatkan kebebasan dengan menyediakan anjing bantuan yang amat terlatih untuk para Veteran dan individu kurang upaya."

"Sokongan untuk Canine Companions for Independence adalah suatu yang begitu istimewa di hati saya dan kolaborasi Snoopy Pop ini ialah cara yang menyeronokkan untuk menunjukkan sokongan saya," kata Jean Schulz, Ahli Lembaga Kebangsaan dan Pengerusi Emeritus Canine Companions for Independence  yang juga merupakan isteri Charles M. Schulz.

Geng Peanuts Kembali!
Ciri-ciri permainan Snoopy Pop termasuk:

  • Teka-teki yang menyeronokkan, pelbagai, dinamik dan mencabar
  • Tahap serba baharu, watak, dunia dan peristiwa ditambah secara berkala
  • Koleksi kepingan permainan watak, penggalak dan banyak lagi
  • Watak unik mengikut tambahan kuasa, seperti Layang-layang Charlie Brown
  • Mod permainan membawakan persona gantian berwarna warni Snoopy, seperti The Flying Ace dan Masked Marvel
  • Peristiwa-peristiwa berdasarkan jalan cerita klasik dan istimewa musim perayaan
  • Peta, halangan dan penggalak yang menggambarkan semangat Peanuts
  • Muzik asli berlesen daripada koleksi istimewa musim perayaan Peanuts

"Snoopy Pop hanyalah sejenis permainan interaktif yang kami gemari, yang menghubungkan Peanuts dengan dunia digital baharu ini," kata Roz Nowicki, Naib Presiden Eksekutif Peanuts Worldwide. "Kami turut berasa teruja Jam City menyokong Canine Companions for Independence, sebuah badan amal yang begitu dekat di hati Charles dan Jeannie Schulz. Permintaan terhadap anjing bantuan yang amat terlatih masih berterusan serta meningkat dan ini akan membantu CCI membawa anjing-anjing tambahan untuk mereka yang memerlukan."

Jam City telah mencipta suatu kemajuan dengan mengubah beberapa francais dan jenama hiburan terbesar di dunia menjadi permainan mudah alih yang berjaya. Penerbit permainan mudah alih ini ialah pencipta bagi 6 daripada 100 Permainan dengan Perolehan Tertinggi yang dimainkan di seluruh negara melalui peranti iPhone dan Android, termasuk Panda Pop, permainan penembak buih Nombor 1 di A.S.

Latar Belakang Jam City
Jam City ialah penerbit permainan mudah alih yang berpangkalan di Los Angeles dengan capaian global. Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh mantan pengasas bersama MySpace, Chris DeWolfe, Aber Whitcomb, dan mantan pegawai eksekutif Twentieth Century Fox Josh Yguado, Jam City ialah pencipta bagi 6 daripada 100 Permainan dengan Perolehan Tertinggi daripada kedai aplikasi Apple dan Google di AS. Portfolio judulnya—termasuk Cookie Jam, Panda Pop, Genies & Gems, Family Guy: the Quest for Stuff dan Marvel Avengers Academy--dimuat turun lebih 800 juta kali dan kerap dimainkan oleh lebih 50 juta orang sebulan. Jam City memiliki studio di Seattle, San Francisco, San Diego dan Buenos Aires.

Latar Belakang Peanuts Worldwide
Watak-watak PEANUTS dan harta intelek yang berkaitan dimiliki oleh Peanuts Worldwide LLC, satu usaha sama yang 80% dimiliki oleh DHX Media Ltd. dan 20% dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Charles M. Schulz.

Latar Belakang Canine Companions for Independence
Canine Companions for Independence merupakan organisasi bukan untung yang menyediakan anjing bantuan yang amat terlatih secara percuma untuk kanak-kanak, golongan dewasa dan veteran kurang upaya. Ditubuhkan pada tahun 1975, Canine Companions telah melatih lebih 5,400 pasukan anjing bantuan, selain memiliki enam pusat latihan di serata negara termasuk California Utara, California Selatan, Florida, New York, Ohio dan Texas, serta mempunyai lebih 3,000 sukarelawan di seluruh negara. Canine Companions diiktiraf di seluruh dunia atas kecemerlangan anjing-anjingnya, dan kualiti serta hubungan yang panjang bagi padanan yang dibuat olehnya antara anjing dan manusia. Hasilnya ialah kehidupan dengan peningkatan kebebasan sepenuhnya dan persahabatan penuh kasih sayang. Untuk maklumat lanjut, sila layari cci.org atau hubungi 1-800-572-BARK.

NOTA UNTUK EDITOR:

 

 

Jam City Brings the Magic of Peanuts to Players and Canine Companions with Launch of New Bubble Shooter Game, Snoopy Pop
Jam City Brings the Magic of Peanuts to Players and Canine Companions with Launch of New Bubble Shooter Game, Snoopy Pop

 

Jam City's Snoopy Pop
Jam City's Snoopy Pop

 

Video - http://www.youtube.com/watch?v=dGp4w7LfCp0&feature=youtu.be
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/531387/Jam_City_Snoopy_Pop_Logo.jpg
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/490381/Jam_City_Logo.jpg
Video - http://www.youtube.com/watch?v=8xCykAfdwDw
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/490380/Snoopy_Pop_splash.jpg

 

Source: Jam City
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Corporate Social Responsibility New products/services