omniture

Pengerusi DAMAC Puji Perkembangan Sektor Pelancongan Croatia Semasa Pertemuan dengan Presiden

DAMAC Properties
2017-07-12 00:20 757

ZAGREB, Croatia dan DUBAI, UAE, 12 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Pengerusi DAMAC Hussain Sajwani lihat 'peluang pelaburan kukuh' ketika lawat negara tersebut; sektor pelancongan mampu tarik FDI lebih kukuh dan pacu pertumbuhan KDNK selanjutnya

Pengerusi DAMAC International, Hussain Sajwani, hari ini disambut oleh Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarović, setelah mengadakan lawatan ke negara itu di mana beliau mengunjungi beberapa bandar yang terkenal dalam kalangan pelancong di sepanjang pantai Adriatik yang indah di Croatia.

generated by system

"Ia adalah satu pertemuan yang menyeronokkan bersama Presiden Grabar-Kitarović. Kami membincangkan banyak peluang pelaburan yang dibawakan oleh Croatia, pada ketika ia terus menjadi tempat tumpuan dalam kalangan pelancong dari serata dunia, di samping menyediakan persekitaran mesra perniagaan yang menarik untuk syarikat-syarikat asing," kata Sajwani. "Croatia menawarkan pelbagai pilihan pelancongan yang membawakan pelbagai prospek pelaburan dalam sektor-sektor seperti pembangunan kediaman tepi pantai, hospitaliti, santai, sukan dan hiburan, selain perkhidmatan yang menyasarkan pelancong dalam negara. Kemampuannya untuk terus menarik jumlah pelancong yang semakin bertambah memperlihatkan daya tarikan negara terhadap kumpulan pelancong yang lebih luas dengan menyediakan pengalaman unik, selain persekitaran politik, ekonomi dan sosial stabil yang menggalakkan pelaburan langsung asing."

Croatia menjadi destinasi tumpuan utama buat pelancong dunia, disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang mengagumkan di Laut Adriatik. Sektor Perjalanan dan Pelancongan terus menjadi penyumbang penting KDNK, yang menyumbang kira-kira 10.1 peratus pada tahun 2016, menurut Laporan Daya Saing Perjalanan & Pelancongan 2017 Forum Ekonomi Dunia.

DAMAC terus meninjau peluang perluasan di bandar-bandar pintu masuk dan destinasi-destinasi pelancongan seluruh Eropah, berikutan kejayaan pembangunan kediaman AYKON London One setinggi 50 tingkat miliknya di United Kingdom, yang telahpun diprajual melebihi 45 peratus. AYKON London One bakal menjadi salah satu tempat kediaman paling berprestij di London dan merupakan yang pertama di Eropah yang direka hasil kerjasama dengan Versace Home.

Bulan lalu, DAMAC dipilih oleh Kerajaan Oman untuk membangunkan semula Pelabuhan Sultan Qaboos di Muscat, satu projek pembangunan induk bersejarah yang bernilai USD 1 bilion yang akan menyaksikan pelabuhan tersebut berubah menjadi pelabuhan pelancongan bersepadu dan destinasi gaya hidup yang menyediakan hotel, kediaman, selain kemudahan menjamu selera, perniagaan dan santai.

DAMAC telah menyiapkan lebih 18,500 kediaman dan mempunyai lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat pembangunan. Pengaruh Syarikat berada di serata Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan, United Kingdom dan Oman.

Dapatkan maklumat lanjut di www.damacproperties.com

DAMAC Properties telah mempelopori pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom.

Setakat 31 Mac 2017, DAMAC Properties telah menyerahkan hampir 18,500 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah untuk generasi akan datang.  

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube.

Source: DAMAC Properties
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel