omniture

Xpress Money dan TerraPay Jalin Kerjasama Dayakan Pemindahan Wang Antarabangsa Masa Sebenar kepada Dompet Mudah Alih di Afrika

TerraPay
2017-07-13 12:17 1066

DUBAI, United Arab Emirates, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ --

  • Pelancaran perkhidmatan peringkat awal termasuk kiriman wang kepada semua dompet mudah alih di Tanzania dan semua nombor mudah alih di Nigeria

Xpress Money, salah satu jenama pemindahan wang yang paling boleh dipercayai di dunia, bekerjasama dengan TerraPay, perkhidmatan pertukaran pembayaran mudah alih pertama dunia, bagi mendayakan pemindahan wang antarabangsa pada masa sebenar kepada dompet mudah alih di Afrika. Dikuasakan oleh perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian global TerraPay untuk dompet mudah alih, perkongsian ini akan menjadikan penghantaran wang lebih pantas dan mudah untuk pengguna Xpress Money kepada akaun mudah alih, pada masa sebenar.

Melalui rangkaian luas Xpress Money yang merangkumi lebih 200,000 lokasi ejen di 165 negara, migran di seluruh dunia akan berpeluang menghantar kiriman wang dengan selamat dan serta merta kepada perkhidmatan Wang Mudah Alih yang digunakan secara meluas di Afrika. Pada awal pelancarannya, pelanggan boleh menghantar kiriman wang kepada mana-mana nombor mudah alih atau bank akaun di Nigeria selain terus kepada dompet-dompet Vodacom M-Pesa, Tigo Pesa, Airtel Money dan Zantel Ezy Pesa di Tanzania dengan mengunjungi outlet wang Xpress terdekat dalam 165 negara.

Ambar Sur, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay mengulas, "TerraPay telah memperkenalkan arus dompet mudah alih dengan menghubungkannya dengan rangkaian global Xpress Money yang luas untuk pemindahan wang rentas sempadan. Perkongsian kami ini akan memainkan peranan penting dalam memperluas kehadiran kami dalam pasaran-pasaran baharu dan membantu rakan-rakan serta keluarga pekerja migran menerima sedikit kiriman wang secara kerap melalui perkhidmatan yang berkesan kos dan mudah."

Mengulas tentang perkongsian ini, Sudhesh Giriyan, Ketua Pegawai Operasi, Xpress Money berkata, "Ciri kemudahan dompet mudah alih perlahan-lahan mengubah corak pengiriman wang pelanggan kami. Kelebihannya tidak hanya terhad kepada kemudahannya, malah turut menawarkan pelanggan dengan bayaran yang lebih rendah serta rangkuman kewangan. Pada masa kini di Afrika, Dompet Mudah Alih dilihat sebagai akaun bank maya yang membolehkan pelanggan membayar bil dan berurus niaga, sama seperti menggunakan akaun bank fizikal; ia berfungsi amat baik di tempat-tempat yang mempunyai jaringan bank fizikal yang terhad. Xpress Money terus melabur dalam sektor perkhidmatan mudah alih - sama ada melalui inovasi daripada syarikat mahupun melalui jalinan kerjasama dengan para penyedia sedia ada yang mempunyai teknologi-teknologi terbukti seperti TerraPay demi menyediakan penyelesaian kiriman wang yang mudah kepada khalayak yang lebih luas."

TerraPay telahpun bekerjasama dengan Paga, syarikat perkhidmatan pembayaran dan kewangan rintis di Nigeria, dan juga Selcom, agregator wang mudah alih utama di Tanzania bagi melancarkan perkhidmatan kiriman wang rentas sempadan kepada akaun wang mudah alih, masing-masing di Nigeria dan Tanzania.

Hubungi:
Sundeep Mehta
contactus@terrapay.com

Sumber: TerraPay

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Joint ventures New products/services