omniture

SANY tembusi pasaran berkualiti tinggi Australia dengan rancak

SANY
2017-07-18 18:43 709

SYDNEY, 18 Julai 2017 /PRNewswire/ -- SANY Group, pengeluar jentera pembinaan terkemuka China, telah membuat kemajuan memberangsangkan di rantau Asia Pasifik sejak menembusi pasaran-pasaran tempatan pada tahun 2007. Setelah menubuhkan pejabat cawangannya di Sydney, SANY terus giat berusaha untuk membangunkan perniagaan di Australia.

SANY tembusi pasaran berkualiti tinggi Australia dengan rancak
SANY tembusi pasaran berkualiti tinggi Australia dengan rancak

Rangkaian produk SANY yang luas turut digunakan dalam projek-projek utama bagi pasaran Australia. Pada Ogos 2015, tiga kren rangkak SANY seberat 300 tan diserahkan untuk projek LNG Wheatstone di Ashburton North, Australia Barat. Sebagai salah satu pembangunan sumber terbesar Australia, ia dijangka menghasilkan LNG sebanyak 8.9 juta tan setahun (MTPA) yang akan memberi bekalan elektrik kepada 1.8 juta kediaman tempatan.

Selain projek-projek super, pengorek kompak dan sederhana SANY telah digunakan secara meluas dalam pembinaan bandar, pertanian dan kegunaan landskap di seluruh Australia. Setelah membuktikan prestasi dan keandalannya yang tiada tandingan, pengorek SANY telah mendapat sokongan pasaran arus perdana Australia bagi jentera pembinaan.

Ekoran perniagaan e-dagang yang berkembang pesat, SANY melancarkan jualan dalam talian pengorek mini di Australia dan New Zealand pada pertengahan Mei, yang telah menarik minat yang tinggi daripada pelanggan tempatan. Ketika mereka mengunjungi kemudahan pengeluaran SANY di China, mereka semua berasa kagum dengan ciri-ciri kecekapan dan nilai tambah yang luar biasa pada pengorek-pengorek tersebut.

"Saya pernah mendengar tentang SANY di Australia sebelum ini. Kali ini, saya memeriksa produk-produknya secara terperinci dan mendapati produk-produk ini merupakan jentera dengan kualiti yang amat baik," kata En. Buckley.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpegang pada strategi "pelaburan ke luar negara", SANY telah menjalankan usaha proaktif untuk berkembang dalam pasaran-pasaran global. Prestasi luar negaranya meningkat 20% setiap tahun, mencatatkan kira-kira 43% daripada jumlah pendapatan syarikat. Di samping itu, SANY turut menembusi sektor-sektor perniagaan baharu, seperti tenaga angin, pemasangsiapan dan internet komunikasi benda, meningkatkan pertumbuhan SANY di serata dunia.

Latar Belakang SANY 
SANY Group (SANY) ialah pengeluar terkemuka jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, selain segmen perniagaan syarikat yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Lisa Li 
+86-10-6073-7444
lixm20@sanygroup.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170717/1900167-1

Source: SANY
Keywords: Banking/Financial Service Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Expansion