omniture

Peraduan Fotografi CGAP 2017 Cari Penyertaan Rangkuman Kewangan, Mikrokewangan dan Kewangan Digital

CGAP (The Consultative Group to Assist the Poor)
2017-07-25 12:00 611

WASHINGTON, 25 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Bantulah untuk merakam dan berkongsi impak rangkuman kewangan di seluruh dunia dengan menghantar foto ke Peraduan Fotografi CGAP 2017, kini dibuka untuk penyertaan.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/7878252-cgap-finance-photo-contest-entries-2017/

Perkhidmatan kewangan memainkan peranan penting dalam membantu membasmi kemiskinan tegar dan menggalakkan kemakmuran, namun seramai dua bilion penduduk terus terpinggir dari segi kewangan. Mereka kekurangan akses kepada perkhidmatan kewangan asas seperti akaun simpanan dan kredit. CGAP, badan pemikir rangkuman kewangan yang berpusat di World Bank, berusaha menggambarkan impak rangkuman kewangan dan mikrokewangan dalam meningkatkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah melalui peraduan fotografi tahunannya, yang kini memasuki tahun ke-12. 

Tahun ini, CGAP mencari penyertaan foto yang menunjukkan sejauh mana penduduk di kawasan pedalaman dan bandar memanfaatkan kewangan digital dengan cara yang inovatif bagi membina daya tahan yang lebih tinggi menerusi instrumen kewangan dan menjalani kehidupan kewangan mereka. Kami juga ingin melihat sejauh mana perkhidmatan kewangan membantu mereka menghadapi krisis kemanusiaan. Selain itu, para peserta digalakkan untuk menghantar imej yang menggambarkan sejauh mana kumpulan terpinggir secara tradisi seperti golongan wanita dan belia berhubung dengan kewangan digital.

"Orang ramai dan masyarakat di serata dunia yang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan memanfaatkannya bagi membina kehidupan yang lebih baik. Menerusi pertandingan fotografi tersebut, para penyumbang dapat membantu menunjukkan impak ini menerusi lensa kamera mereka," kata Greta Bull, Ketua Pegawai Eksekutif CGAP. "Tahun ini, kami berasa amat teruja untuk melihat penyertaan yang menggambarkan peningkatan penggunaan telefon pintar dan hasil inovasi dalam kewangan digital. Bagaimana telefon pintar menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan miskin mengurus kewangan harian mereka? Bagaimana inovasi digital memungkinkan golongan wanita berpendapatan rendah untuk mengembangkan perniagaan, atau untuk bertindak balas terhadap kecemasan?"

Barisan hakim kami terdiri daripada jurugambar dan editor visual pemenang anugerah bagi dokumentari, majalah, dan penulisan berita yang akan memilih para pemenang berdasarkan lima segmen peraduan: Hadiah Utama, Kategori, Tumpuan Serantau, Anugerah Kehormat Hakim dan Pilihan Ramai. Penyertaan yang berjaya dari dua rantau – Timur Tengah dan Afrika Utara serta Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean – akan diberikan pengiktirafan istimewa.

Semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum jam 11:59 malam US ET pada 29 September 2017.

Hantarkan penyertaan dan ketahui lebih lanjut tentang Peraduan Fotografi CGAP 2017:

https://photocontest.cgap.org/

https://twitter.com/CGAP

https://www.facebook.com/ConsultativeGroupToAssistThePoor

CGAP (Consultative Group to Assist the Poor) ialah satu perkongsian peringkat global yang terdiri daripada lebih 30 organisasi terkemuka yang berusaha memajukan agenda rangkuman kewangan. CGAP membangunkan penyelesaian inovatif melalui kajian praktikal dan penglibatan aktif bersama penyedia perkhidmatan kewangan, pembuat dasar dan juga pembiaya bagi melaksanakan pendekatan secara meluas. Berpusat di World Bank, CGAP menggabungkan pendekatan pragmatik demi menjayakan pembangunan pasaran yang berhemah melalui platform sokongan berasaskan bukti untuk meningkatkan akses perkhidmatan kewangan yang diperlukan oleh golongan miskin untuk mengubah hidup mereka. Maklumat lanjut di www.cgap.org.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151216/296527LOGO

 

Source: CGAP (The Consultative Group to Assist the Poor)
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Broadcast feed announcements