omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Upacara Pecah Tanah Verdezyne di Malaysia Sambut Permulaan Pembinaan Kilang DDDA Berasaskan Bio Pertama Dunia

2017-08-01 09:42

Kilang VerdePalm Bakal Gunakan Bahan Berasaskan Minyak Sawit Lestari Hasilkan Komponen Campuran Asid Dwibes FerroShield™untuk Perencatan Kakisan Terunggul  

CARLSBAD, California dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Verdezyne Inc., sebuah syarikat biologi sintetik yang menghasilkan bahan-bahan kimia berasaskan bio, hari ini mengumumkan sebuah upacara pecah tanah telah diadakan pada 30 Julai untuk kilang VerdePalm, iaitu kemudahan pengeluaran bahan-bahan kimia boleh diperbaharui berskala komersial yang pertama Verdezyne, di taman bioteknologi dan ekosistem unggul Bio-XCell di Nusajaya, Iskandar, di bahagian selatan Malaysia. Kemudahan baharu ini direka untuk menghasilkan dwiasid rantai panjang berasaskan bio melalui penapaian yis proprietari Verdezyne yang direkayasa untuk menggunakan biojisim bukan makanan bagi menghasilkan bahan-bahan kimia bernilai tinggi. Produk pertama yang bakal dihasilkan di VerdePalm ialah asid dodekanedioik (DDDA), dwiasid 12-karbon yang merupakan komponen dalam banyak produk pengguna yang kini diperbuat daripada petroleum. DDDA ialah blok binaan FerroShield™, iaitu campuran asid dwibes bebas nitrat Verdezyne yang digunakan dalam pelbagai aplikasi perencat kakisan.

Majlis pecah tanah untuk kilang VerdePalm ini dianjurkan bersama Chad Waite, Pengerusi Lembaga Pengarah Verdezyne dan YBhg. Tan Sri Dato' Abdul Ghani Othman, Pengerusi Lembaga Sime Darby Berhad, pelabur terbesar dalam Verdezyne Inc. Para hadirin terdiri daripada orang kenamaan dan wakil Malaysia daripada kalangan rakan-rakan kongsi Verdezyne, Bio-XCell Malaysia dan Malaysian Biotechnology Corporation. Tetamu Kehornat, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, menyampaikan Ucapan Perasmian.

Kilang VerdePalm dijangka siap dalam tempoh 12-18 bulan. VerdePalm akan menjadi kilang berasaskan bio pertama di dunia untuk penghasilan DDDA. "Paling utama, bahan pemula yis akan dihasilkan daripada biojisim yang telah digunakan, terhasil daripada pemprosesan minyak sawit," ujar Waite. "Minyak sawit mentah dan hasil sampingan sawit, selain bahan-bahan mentah berasaskan tumbuhan lain, akan digunakan untuk menghasilkan kira-kira 6,000 tan metrik DDDA bergred perindustrian setiap tahun. Teknologi Verdezyne akan membolehkan produk sampingan bernilai amat rendah daripada pemprosesan minyak sawit menjadi produk "mesra alam" bernilai tinggi yang dapat mengurangkan penggunaan petroleum."

"Kami berasa teruja produk yang dibuat oleh Verdezyne dan rakan-rakan kongsi Malaysia kami akan dihantar ke seluruh dunia untuk digunakan sebagai bahan alternatif kepada bahan-bahan kimia perantaraan yang biasanya diperoleh daripada petroleum," kata E. William Radany, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Verdezyne. "Kilang VerdePalm merupakan sebahagian daripada strategi peluasan komprehensif kami menembusi Asia, dan merupakan langkah utama kami menuju matlamat kami untuk menggantikan bahan-bahan kimia yang diperoleh daripada petroleum dengan bahan pengganti sedia ada yang boleh diperbaharui," kata beliau.

"Malaysia berbangga dapat menjadi tuan rumah untuk kilang pengeluaran komersial pertama Verdezyne, yang terletak di taman Bio-XCell Malaysia. Saya percaya ekosistem yang disediakan oleh taman ini akan menjadi padanan yang amat baik untuk kemudahan VerdePalm. Malaysia akan terus memberi komitmen terhadap kemajuan bioteknologi yang berterusan di negara ini. Upacara pecah tanah ini menandakan kesediaan Verdezyne untuk bekerjasama dengan Malaysia dan menonjolkan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kami untuk menambah nilai kepada industri sawit menggunakan bioteknologi sebagai pemangkin," kata Zainal Azman B. Abu Kasim, Naib Presiden Kanan BioIndustrials, Bioeconomy Corporation di Malaysia.

DDDA ialah komponen utama FerroShield yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi perencat kakisan termasuk cecair kerja logam, penyejuk enjin, pencuci logam, agen pelepas tuangan terap dan cecair hidraulik akueus. "Pemasaran FerroShield dilancarkan pada bulan Februari tahun ini," tambah Dr. Radany. "Industri perencatan karat memerlukan campuran asid dwibes berprestasi tinggi yang boleh digabungkan dengan mudah ke dalam formula pelanggan sedia ada. Kami menjangkakan permintaan kukuh terhadap FerroShield daripada sejumlah besar negara di Asia dan Eropah, selain di A.S. dan juga Kanada."

Latar Belakang Verdezyne 
Verdezyne ialah syarikat biologi sintetik menawarkan bahan-bahan kimia berasaskan bio yang dihasilkan melalui penapaian sel-sel yis proprietari. Syarikat ini mempunyai dua produk komersial, BIOLON™ DDDA (asid dodekanedioik) dan campuran asid dwibes. Pelabur-pelabur semasa dalam Verdezyne termasuk BP Ventures, DSM Venturing B.V., OVP Venture Partners, Monitor Ventures dan Sime Darby. Untuk maklumat lanjut, layari www.verdezyne.com atau berhubung dengan syarikat melalui Twitter, LinkedIn atau Facebook.

Untuk mendapatkan sampel, pesanan atau maklumat lanjut tentang FerroShield Verdezyne, sila hubungi:

Maklumat Perhubungan Media Verdezyne:

Jenna Ngian
Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Global
JNgian@Verdezyne.com
760-707-5288

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/414701/Verdezyne___Logo.jpg

Source: Verdezyne
Related Links:
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Agriculture

Biotechnology

Chemical

Health Care/Hospital

Conference call announcements

Corporate Expansion

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us