omniture

Modul PV Trina Beroperasi di Bandar Lestari di Dubai

Trina Solar Limited
2017-08-15 03:11 1012

- Pemasangan solar 10MW bakal memberi kuasa kepada beberapa kemudahan, termasuk vila kediaman dan kompleks santai

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 15 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Modul PV Trina Solar telah memulakan operasinya di Bandar Lestari 10MW di Dubai, satu projek inovatif yang menjadi bukti jelas bahawa pembangunan komuniti dengan keperluan tenaga yang keseluruhannya dipenuhi menerusi sumber tenaga bersih mampu dilaksanakan. Menerusi beberapa kemudahan, termasuk 500 vila kediaman, hotel dengan 170 bilik, masjid, sekolah, kolam renang dan kelab serta trek menunggang kuda, kompleks kediaman dan komersial yang dicadangkan ini dianggap sebagai salah satu bandar lestari terbesar yang beroperasi di Timur Tengah setakat ini.  

Modul PV Trina Beroperasi di Bandar Lestari di Dubai
Modul PV Trina Beroperasi di Bandar Lestari di Dubai

Memandangkan keadaan alam sekitar yang buruk di Timur Tengah, pemasangan ini akan dibuat menggunakan 40,000 panel Duomax – satu penyelesaian yang telah lama terkenal dengan ketahanan dan keandalannya. Panel-panel Duomax membawakan reka bentuk tanpa bingkai yang pertama daripada kategorinya, yang memastikan tiada pengumpulan habuk dan memerlukan hanya sedikit pembersihan serta mematuhi piawaian reka bentuk bandar yang lestari dan mesra alam. Reka bentuk dwikaca Duomax itu menjamin hayat reka bentuk projek selama 30 tahun yang disokong oleh jaminan prestasi Trina.

Dibangunkan oleh Diamond Developers, salah sebuah syarikat pertama di Dubai yang menembusi industri hartanah pegangan bebas dan pembangunan hartanah sejak memperkenalkan pemilikan hartanah pegangan bebas pada tahun 2002, Bandar Lestari disenaraikan sebagai komuniti lestari pertama yang berfungsi di Timur Tengah, dibangunkan di kompleks berkeluasan 5 juta kaki persegi yang terletak 18 batu dari Bandar Dubai dan dijangka akan menempatkan sekitar 2000 penduduk. Dengan beberapa pemasangan berskala besar menggunakan namanya, Trina Solar menjadi pilihan pihak pemaju untuk 40,000 panel solar yang pelbagai, dijangka mengeluarkan sekitar 16GWh setahun.

"Trina Solar amat berbangga dapat menjadi penyumbang utama terhadap keperluan tenaga komuniti ini," kata Cik Helena Li, Presiden, Asia Pasifik & Timur Tengah. "Kuasa solar dijangka menjadi penyumbang penting terhadap cita-cita Dubai untuk menjadi bandar paling lestari di dunia menjelang tahun 2020. Hasilnya, kerajaan memandang ke arah inisiatif kehidupan yang lebih pintar, khususnya dalam kawasan padang pasir dan kami berbesar hati dapat menyokong mereka untuk mencapai visi tenaga bersih ini menerusi produk solar kami yang inovatif. Bandar Lestari merupakan inisiatif rintis yang menjamin pertumbuhan dan pembangunan bandar ini diteruskan dengan bertanggungjawab. Menerusi bekalan Trina Solar, sebahagian besar keperluan tenaga penduduk dapat dipenuhi demi masa depan yang lebih bersih, dengan kos yang lebih rendah dan lebih lestari."

Anwar Zabin, Ketua Pegawai Eksekutif City Solar mengulas: "Penyiapan fasa 1 adalah satu peristiwa bersejarah dalam hasil kerja kami dalam Bandar Lestari menerusi pemasangan 24,170 panel solar setakat ini. Kerja-kerja kami diteruskan dan kami berharap dapat memulakan fasa kedua, yang akan menyaksikan pemasangan 15,000 panel solar tambahan. Kami akan meneruskan sasaran kami yang berjumlah 40,000 panel solar, yang akhirnya dapat menghasilkan sehingga 10 MW kuasa pada kapasiti maksimum. Tenaga yang dijana setiap tahun adalah bersamaan 16,000 MW yang menyumbang kepada pengurangan emisi karbon sebanyak 8,000 tan setahun."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com. E-mel: press@trinasolar.com

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20170814/1919344-1

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services