ISTANBUL, 21 Ogos 2017 /PRNewswire/ --
Pengangkutan Antarabangsa Terbaik Afrika Hantar Kapal Terbang Kargo Kedua Sarat Bekalan Makanan Selamatkan Nyawa.
Dengan penerbangan ke lebih banyak negara berbanding syarikat penerbangan lain, Turkish Airlines merupakan peneraju dari segi perkhidmatannya di destinasi antarabangsa dan merupakan pengangkutan antarabangsa terbaik Afrika dengan 51 laluan di benua tersebut. Kini, syarikat penerbangan pemenang anugerah ini pantas menjadi peneraju dalam membalas jasa di negara-negara tersebut - di beberapa kawasan yang mencabar di dunia.
Menyokong kumpulan Love Army for Somalia (diterajui oleh bintang media sosial Jerome Jarre, Casey Neistat dan pelakon Ben Stiller), Turkish Airlines terlibat dalam memberikan bantuan untuk menangani kebuluran dan kemarau di Somalia. Beratus-ratus tan bekalan telah dihantar kepada rakyat Somalia sejak permulaan pergerakan ini pada bulan Mac, 2017.
Syarikat penerbangan yang menghubungkan benua, budaya dan orang ramai ini ialah jenama yang terkenal dengan projek tanggungjawab korporatnya di seluruh Afrika. Projek-projek terkini yang direalisasikan oleh Turkish Airlines di 24 negara Afrika termasuk membina dan mengubah suai sekolah, rumah anak yatim, klinik serta menyediakan pendidikan dan penggerudian telaga air. Pemasangan panel solar untuk klinik yang terletak di luar bandar dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital untuk menyediakan bantuan perubatan juga merupakan antara projek tanggungjawab korporat Turkish Airlines.
Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa yang terbang ke Somalia, Turkish Airlines mempunyai akses unik untuk mendapatkan sokongan makanan kecemasan yang sangat diperlukan di negara ini, yang sedang mengalami kemarau yang dahsyat. Berjuta-juta kanak-kanak berdepan risiko kekurangan zat makanan yang teruk.
Apabila selebriti media sosial Jerome Jarre menghantar Tweet kepada Turkish Airlines bertanyakan secara langsung sama ada mereka akan menghantar kapal terbang kargo yang dipenuhi dengan makanan ke Somalia, syarikat, memberikan balasan yang pantas - dengan tegas mengatakan ya. Penghantaran pertama berlaku pada bulan Mac, di mana 60 tan tambahan pemakanan yang direka khas untuk kanak-kanak telah dihantar ke Mogadishu untuk diedarkan dengan segera.
Kini, mereka bermula sekali lagi. Satu lagi penghantaran makanan, penambahan 60 tan tambahan pemakanan untuk kanak-kanak, telah dihantar ke Somalia pada hari Selasa, 15 Ogos.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Turkish Airlines En. M. İlker Aycı berkata; "Sebaik sahaja panggilan pertama untuk membantu Somalia bergema di media sosial, Turkish Airlines segera ambil perhatian. Kami dengan rela hati menyertai gerakan global #LoveArmyForSomalia, menyumbang penerbangan kargo serta makanan dan bekalan kepada rakyat Somalia. Kini, kami melakukannya sekali lagi, kali ini menghantar 60 tan makanan khas untuk kanak-kanak Somalia. Kami bangga dapat menghubungkan Afrika kepada dunia, kami juga berbangga dengan projek tanggungjawab korporat kami yang memberikan bantuan kepada rakyat Afrika."
Berkongsi pandangannya mengenai pergerakan global tersebut, bintang media sosial Jerome Jarre berkata; "Perkara yang mendorong pergerakan ini ialah orang ramai di seluruh dunia yang bersatu padu. Kami bersatu dengan idea bahawa semuanya mungkin jika kita bekerjasama untuk menjayakannya."
Berikutan ketibaan bekalan di Mogadishu, pertubuhan bukan kerajaan termasuk ARC telah menyediakan logistik dan bimbingan di lapangan, memastikan bahawa makanan tambahan yang akan menyelamatkan nyawa ini mencapai kanak-kanak dan keluarga mereka yang paling memerlukannya.
Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa yang terbang ke Somalia, Turkish Airlines akan terus berdiri bersama-sama rakyat Somalia pada masa mereka memerlukan bantuan.
Turkish Airlines, Inc.
Hubungan Media
Turkish Airlines Inc.
Pejabat Hubungan Media
General Management Building
34149, Yesilköy-Istanbul
Tel: +90(212)463-63-63 - 11153 / 11173
Fax: +90(212)465-2078
press@thy.com