HONG KONG, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- LUI Che Woo Prize - Hadiah untuk Tamadun Dunia ("LUI Che Woo Prize" atau "Hadiah") mengumumkan para pemenang tahun 2017 pada 22 Ogos 2017 (waktu Hong Kong) dan Bidang Tumpuan Khusus bagi setiap Kategori Hadiah 2018.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/lcw_201708.shtml
Para pemenang LUI Che Woo Prize 2017 ialah:
Kategori Hadiah 1: Pembangunan mampan di dunia (Hadiah Kemampanan)
Bidang Tumpuan Khusus: Pencegahan Perubahan Iklim
Pemenang: XIE Zhenhua
En. Xie Zhenhua dianugerahkan dengan Hadiah Kemampanan atas peranan penting beliau dalam memperjuangkan rundingan antarabangsa, memuncak dengan pencapaian persetujuan yang berjaya dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, dan usaha-usaha beliau dalam memimpin dan menggalakkan pencegahan perubahan iklim di China, seterusnya menjadi model untuk negara-negara ekonomi lain yang sedang membangun. En. Xie turut memberi sumbangan luar biasa dalam usaha pencegahan perubahan iklim.
Kategori Hadiah 2: Peningkatan kebajikan manusia (Hadiah Peningkatan Kebajikan)
Bidang Tumpuan Khusus: Pembasmian Kemiskinan
Pemenang: Landesa
Landesa dianugerahkan dengan Hadiah Peningkatan Kebajikan atas galakan yang diberikan terhadap idea "hak milikan tanah untuk petani" dan kejayaannya dalam mendapatkan hak tanah untuk lebih 120 juta keluarga paling miskin di dunia di lebih 50 negara sepanjang tempoh 50 tahun yang lalu. Landesa membuat sumbangan hebat dalam pembasmian kemiskinan dengan melaksanakan konsep "bantu orang ramai untuk bantu diri mereka".
Kategori Hadiah 3: Galakan sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga positif (Hadiah Tenaga Positif)
Bidang Tumpuan Khusus: Pemupukan Keharmonian dalam Kumpulan yang Pelbagai
Pemenang: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa ("IPC") dianugerahkan dengan Hadiah Tenaga Positif atas hasil kerja cemerlangnya dalam menggalakkan secara proaktif atlet-atlet Paralimpik dalam perayaan dan penyertaan kompetitif dalam sukan, memberi harapan untuk mereka yang mengalami kekurangan fizikal, dan mengubah sikap bias yang telah lama tertanam dalam kalangan masyarakat terhadap mereka. IPC berjaya memupuk keharmonian dalam kalangan kumpulan yang pelbagai dan menyebarkan tenaga positif ke seluruh dunia.
Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi LUI Che Woo Prize berkata, "Bagi pihak Lembaga Gabenor dan seluruh kumpulan adjudikasi Hadiah, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kami kepada ketiga-tiga pemenang, yang merupakan yang terbaik dalam bidang masing-masing. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga pemenang atas sumbangan mereka kepada dunia, dan benar-benar berharap mereka akan meneruskan usaha mereka dan menjadi contoh tauladan yang berpengaruh untuk tamaduan dunia, memberi manfaat kepada lebih ramai orang pada masa depan."
En. Xie Zhenhua berkata, "Saya amat berbesar hati dianugerahkan dengan LUI Che Woo Prize. Ia merupakan satu penghormatan besar buat saya, pasukan saya dan paling utama, terhadap negara kami untuk dasar-dasar, langkah-langkah, tindakan dan khususnya, kemajuan yang dicapai dalam bidang ini. Sememangnya ia memberikan pengesahan, dorongan serta motivasi bagi memacu kami untuk mencapai hasil yang lebih baik pada masa akan datang."
En. Chris Jochnick, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Landesa berkata, "Berita penerimaan LUI Che Woo Prize adalah suatu yang tidak diduga dan amat mengujakan buat kami. Apa yang menonjol tentang LUI Che Woo Prize - Hadiah Peningkatan Kebajikan ialah kefleksibelan dan peluang untuk berbakti kepada mereka yang paling memerlukan. Ini membolehkan kami melaksanakan kerja yang kami fikirkan paling penting dan paling berkesan untuk meningkatkan taraf hidup buat golongan wanita dan lelaki yang paling miskin di dunia."
Sir Philip Craven, Presiden IPC berkata, "Sangat gembira! Untuk organisasi kami menerima Hadiah Tenaga Positif dan diiktiraf oleh anugerah yang begitu terkemuka, dan oleh sekumpulan individu yang memilih anugerah tersebut, serta menjadi sebahagian daripada proses pemikiran En. Lui adalah suatu yang benar-benar luar biasa. Anugerah ini percaya daya penggerak utama kami adalah semangat Paralimpik kami, tetapi satu lagi nama untuk semangat Paralimpik ini ialah 'Tenaga Positif'. Oleh itu, penyatuan kedua-dua set pemikir dan penggerak ini adalah suatu yang hebat. Ia benar-benar satu penghormatan yang besar."
Professor Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Cadangan Hadiah, berkata, "Struktur tiga peringkat ini memastikan pemenang Hadiah dinilai dengan teliti dari segi merit dan sumbangan mereka, dan benar-benar layak menerima penghormatan luar biasa ini. Kami berharap mereka akan menerima anugerah ini sebagai tanda galakan untuk meneruskan misi masing-masing."
LUI Che Woo Prize ialah hadiah bertaraf antarabangsa, bersifat rentas sektor dan inovatif yang berkembang maju mengikut peredaran masa. Bagi menangani keperluan dan cabaran global yang terus berubah, Hadiah tersebut akan menyediakan Bidang Tumpuan Khusus di bawah setiap Kategori Hadiah setiap tahun.
Bidang Tumpuan Khusus 2018 bagi setiap Kategori Hadiah ialah:
Kategori Hadiah |
Bidang Tumpuan Khusus 2018 |
Hadiah Kemampanan |
Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui |
Hadiah Peningkatan Kebajikan |
Pengurangan Impak Bencana Alam |
Hadiah Tenaga Positif |
Penghapusan Buta Huruf |
Pencalonan adalah berdasarkan jemputan sahaja. LUI Che Woo Prize akan menghantar jemputan kepada lebih 1,000 penama, termasuk ketua universiti, institusi akademik dan organisasi profesional. Pencalonan akan dipertimbangkan tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara (untuk individu) atau tempat penubuhan (untuk organisasi).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang LUI Che Woo Prize, sila layari laman sesawang rasmi www.luiprize.org.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi Ruder Finn Asia:
Carmen Lee |
Jasper Yee |
Tel: +852-2201-6435 |
Tel: +852-2201-6434 |
Emel: leec@ruderfinnasia.com |
Emel: yeej@ruderfinnasia.com |
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201708/lcw/video.mp4
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1909140-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1909140-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1909140-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1909140-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1909140-1-e