omniture

Star Hotels - Khidmat Tinggi Kualiti Menandakan Hotel Pilihan Utama

Tourism Bureau Taiwan
2017-08-25 12:00 989

TAIPEI, Taiwan, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu destinasi percutian utama dunia untuk pelancong, Taiwan ialah sebuah pulau indah yang menawarkan sejarahnya yang unik, budaya dan juga pelbagai sumber alam semula jadi. Bagi meningkatkan keseluruhan pengalaman penginapan, Biro Pelancongan Taiwan telah menilai semua hotel yang dikendalikan secara sah dan memberikannya penarafan "Star Hotel". Hotel-hotel yang menerima penarafan "Star Hotel" menonjolkan kualiti perkhidmatan tertinggi yang disediakan dan menjamin pengalaman hospitaliti keseluruhan untuk para tetamu hotel semasa lawatan mereka ke Taiwan.

Star Hotels - High Quality Services Means Top Choice Hotels
Star Hotels - High Quality Services Means Top Choice Hotels

Pada masa kini, terdapat 500 "Star Hotel" di Taiwan. Bagi menampung pelbagai keperluan perjalanan, Biro Pelancongan Taiwan memberikan setiap hotel dengan satu hingga lima bintang mengikut kriteria penarafan bintang, yang berasaskan kemudahan yang disediakan di setiap hartanah. Sistem penarafan ini menjadikannya mudah untuk pelancong memilih hotel yang dapat memenuhi keperluan mereka. Sama ada anda merupakan seorang pengembara beg galas, pengembara perniagaan atau pelancong bersama keluarga, "Star Hotel" memberikan setiap pengunjung dengan penginapan dan pengalaman perjalanan terbaik di Taiwan.

Sheraton Hsinchu Hotel
Sheraton Hsinchu Hotel

Star Hotel - Perkhidmatan Cemerlang

Apabila anda menginap dalam sebuah Star Hotel, anda bakal mengalami penginapan dan kemudahan yang berkualiti. Sheraton Hsinchu Hotel memperoleh penarafan 5 bintang setelah melepasi penilaian Star Hotel menerusi penyediaan perkhidmatan yang cemerlang kepada para tetamunya. Seni bina hotel ini memaparkan ciri-ciri budaya Hakka yang unik di Hsinchu. Pelbagai aktiviti bertema - termasuk seni gelas, berita teknologi dan seni budaya  -- diperkenalkan pada setiap musim demi meningkatkan pengalaman perjalanan pengunjung.

Hotelday+ Tamsui
Hotelday+ Tamsui

Hanya Star Hotel Dapat Jangkaui Jangkaan Anda!

Star Hotel Taiwan ialah hotel yang diperakui secara rasmi, menyediakan tahap perkhidmatan tinggi yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pengunjung. Hotelday+ Tamsui menggabungkan unsur tempatan dan daya kreativiti untuk mewujudkan sebuah hotel berseni. Hotel ini memperkenalkan keindahan Tamsui kepada pengunjung dengan menonjolkan budaya unik Tamsui, sumber alam semula jadi, hospitaliti tempatan dan juga perkhidmatan yang mesra.

Kung Shang Design Hotel
Kung Shang Design Hotel

Kung Shang Design Hotel yang terletak di Kaohsiung ialah hotel rekaan berkualiti tertinggi yang mana reka bentuknya adalah berasaskan unsur-unsur budaya, adat dan seni Taiwan Selatan. Matlamat hotel adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk beristirehat, memahami dan mengalami hospitaliti dan budaya Taiwan dari perspektif global.

Kunjungan anda ke Taiwan bermula sekarang dengan mencari Star Hotel dan merancang lawatan kebudayaan yang menarik. Turuti kehendak hati anda, rasai kemanisan senyuman dan perkhidmatan yang menggamit perhatian anda, serta terokai pemandangan Taiwan yang paling indah!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923953-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923953-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923953-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923953-1-d

Source: Tourism Bureau Taiwan
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel