omniture

Puma Energy Umum Usaha Sama Dengan Chishti Group di Pakistan

Puma Energy
2017-08-26 02:18 836

KARACHI, Pakistan, 26 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Puma Energy memeterai sebuah perjanjian dengan Chishti Group untuk memperoleh 51% kepentingan dalam Admore Gas Pvt. Ltd (Admore).

generated by system

Admore merupakan salah satu peneraju Syarikat Pemasaran Minyak (OMC) bebas di Pakistan dengan rangkaian perniagaan yang penting di lebih 470 lokasi di seluruh negara.  Puma Energy ialah salah sebuah syarikat minyak pertengahan dan hiliran bebas yang terbesar di dunia. Pemerolehan ini membentuk sebahagian daripada strategi global Puma Energy yang melibatkan pelaburan terancang dalam pasaranyang pesat membangun denga permintaan tinggi bagi produk minyak, menawarkan peluang untuk mempertingkat infrastruktur tempatan, menyediakan jaminan bekalan dan cadangan perniagaan bertaraf dunia kepada pengguna tempatan.

Usaha sama ini akan membawa tapak perniagaan, kedai runcit dan rangkaian produk berkualiti dengan jenama Puma Energy ke pasaran Pakistan, dan melaksanakan program pelaburan yang penting untuk membangunkan infrastruktur rantaian bekalan yang terbaik dalam kelasnya di dalam negara bagi memastikan keperluan masa depan rakan kongsi perniagaan runcit kami dan pengguna awam dapat dipenuhi.

Pierre Eladari, Ketua Pegawai Eksekutif Puma Energy berkata "Puma Energy terus berkembang ke dalam pasaran baharu di mana model perniagaannya yang terbukti mampu menyediakan nilai kepada para pelanggan dan pemegang saham.  Pakistan berada pada trajektori pertumbuhan yang kukuh; pertumbuhan yang akan meningkatkan permintaan kepada sektor minyak hiliran.  Bersama-sama dengan rakan kongsi baharu, kami berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di masa depan, bekerjasama dengan pihak berkepentingan baharu dalam kerajaan, perniagaan dan orang awam untuk meningkatkan keandalan, piawaian, perkhidmatan dan penawaran produk yang sudah tersedia sekarang ini."

David Holden, Pengurus Besar usaha sama ini berkata "Kami amat kagum dengan perniagaan Admore, kumpulan aset strategik, portfolio pelanggan dan kecemerlangan pengurusan dan pekerjanya.  Kami percaya kami mampu memberikan lebih banyak manfaat dengan kepakaran kami dalam perniagaan runcit, logistik dan keupayaan kami untuk memastikan bekalan minyak berkualiti yang terjamin dan andal kepada para pelanggan kami."

Pengerusi Chishti Group, Amir Waliuddin Chishti mengulas: "Kami percaya jalinan kerjasama dengan Puma Energy akan memberi faedah kepada jariangan Admore, menghubungkan Pakistan kepada pasaran global dan menjamin keselamatan bekalan demi kemajuan masa depan Pakistan. Kami dapat melihat banyak peluang untuk pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan bekalan kepada portfolio pelanggan kami."

Latar Belakang Puma Energy 

Puma Energy ialah sebuah syarikat minyak pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, bergiat aktif di hampir 47 negara. Ditubuhkan pada tahun 1997 di Amerika Tengah, sejak itu Puma Energy telah memperluaskan aktivitinya ke seluruh dunia, mencapai pertumbuhan, pempelbagaian dan pembangunan rangkaian produk yang pesat. Syarikat ini mengurus sendiri lebih 8,000 kakitangan. Beribu pejabat di Singapura, ia memiliki hab serantau di Johannesburg (Afrika Selatan), San Juan (Puerto Rico), Brisbane (Australia) dan juga Tallinn (Estonia).

Aktiviti-aktiviti utama Puma Energy dalam sektor pertengahan termasuk pembekalan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum. Aktiviti-aktiviti Puma Energy disokong oleh pelaburan dalam infrastruktur yang mengoptimumkan sistem rantaian bekalan, mendapatkan nilai sebagai pemilik aset dan pemasar produk. Aktiviti-aktiviti hiliran Puma Energy pula melibatkan pengagihan, jualan runcit dan borong pelbagai produk ditapis, berserta tambahan tawaran produk melibatkan pelincir, bitumen, LPG dan juga sektor pengisian bahan api marin. Kini, Puma Energy memiliki jaringan global melibatkan lebih 2,500 stesen perkhidmatan runcit. Puma Energy turut menyediakan platform yang mantap untuk usahawan bebas memajukan perniagaan mereka, dengan memberikan alternatif berdaya maju terhadap sumber bekalan pasaran tradisional.

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.pumaenergy.com

Latar Belakang Chishti Group 

Chishti Group ialah konglomerat Pakistan yang tersohor, dengan pelbagai kehadiran perniagaan dalam beberapa sektor industri termasuk Penjagaan Kesihatan, Pendidikan, Perkhidmatan Kewangan dan pemasaran Minyak. Perolehan tahunan semasa Syarikat adalah melebihi USD 150 juta dengan kumpulan pekerja seramai 3,000 kakitangan. Dalam sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan, syarikat berjaya mengendalikan (i) hospital penjagaan rapi dengan 300-katil yang menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan, dan (ii) institusi pendidikan diakreditasi yang menganugerahkan program-program ijazah dalam MBBS, BDS, Pasca Siswazah dan Jagaan Kejururawatan. Perniagaan broker dengan perkhidmatan penuhnya merupakan pengusaha utama dalam perniagaan Ekuiti, pendapatan Tetap dan Pasaran Wang serta berada dalam kalangan sepuluh teratas dalam negara. Setelah mengubah dan menukar haluan tiga perniagaan yang mengalami kerugian (hasil komitmen yang kukuh terhadap negara, modal insan yang cemerlang dan keupayaan pelaksanaan perniagaan yang tiada tandingan), syarikat mengambil alih Admore pada tahun 2014. Sejak itu, dengan lebih 470 outlet runcit, Admore menyaksikan peningkatan ketara dari segi bekalan, simpanan dan tadbir urus korporat dalam tempoh yang begitu singkat.

Source: Puma Energy
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Joint ventures