omniture

Arab Saudi Lancar Platform Digital Bolehkan Seluruh Dunia Saksikan Ibadat Haji

Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi
2017-08-29 07:00 548

JEDDAH, Arab Saudi, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Hajj2017.org dan SaudiWelcomesTheWorld.org sediakan maklumat terkini kepada jemaah haji, penonton di seluruh dunia dan media

Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI) Arab Saudi telah melancarkan dua platform digital yang membawakan sorotan perjalanan Haji, yang menyediakan maklumat dan tinjauan kepada jemaah haji di Mekah, penonton dari seluruh dunia dan media tempatan dan antarabangsa. 

SaudiWelcomesTheWorld.org menyampaikan mesej belas ihsan dan rangkuman ke seluruh dunia, untuk yang dekat dan yang jauh.  Ia menyampaikan cerita-cerita jutaan jemaah Haji daripada setiap etnik, kaum, warna kulit, dan budaya yang menjalankan ibadah yang merupakan kemuncak kehidupan kerohanian bagi kebanyakan umat Islam.  Platform ini menyediakan jendela yang terbuka untuk menyaksikan perjalanan mereka dan mengajak dunia mengenali dan berkongsi nilai sebenar dalam Islam.

Ia menjadi pelengkap portal media http://www.Hajj2017.org yang menyediakan maklumat, laporan kemas kini dan berita tentang Haji 2017. Menerusi portal ini, para wartawan boleh mengakses dan memuat turun bahan media seperti imej, infografik dan siaran akhbar.  Portal ini juga akan membolehkan pengguna mengakses semua saluran penstriman langsung rasmi.

Ibadah haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang memerlukan penganutnya untuk mengembara ke Mekah bagi melaksanakan ibadah yang tertulis di dalam Al Quran ini.  Setiap orang Islam dewasa wajib melaksanakan ibadah ini sekali seumur hidup sekiranya mereka mempunyai kemampuan fizikal dan kewangan. 

Lebih daripada 1.5 juta jemaah haji telah tiba – di Arab Saudi dan kira-kira 500,000 lagi jemaah dijangka bakal menyusul untuk melaksanakan ibadah Haji yang akan bermula pada 30 Ogos dan berakhir pada 4 September.

Hubungan Media

Untuk sebarang pertanyaan, pihak media boleh menghubungi:

Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC), Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi; Telefon: +966 53 839 3535, Emel: cic@moci.gov.sa, Twitter: @CICSaudi

Source: Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services Religion