omniture

Avnet Diberi Penghormatan dengan 13 Anugerah Pembekal IP&E Berturut-turut

Avnet
2017-08-30 19:00 714

SINGAPURA, 30 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Avnet, Inc. (NYSE:AVT), pengedar teknologi global terkemuka, telah mencecah dua angka bagi anugerah yang diraih sejak empat bulan lalu, membawa pulang 13 anugerah pembekal, menandakan satu permulaan penting bagi tahun 2017 tatkala ia terus mengukuhkan kedudukannya di Asia Pasifik.

En. Alan Chui, Presiden Serantau, Jualan, China dan Korea (kanan) menerima Anugerah Pencapaian Rakan Kongsi Epson 2016 daripada En. Akihiro Fukaishi, Presiden Epson China Co. Ltd (kiri).
En. Alan Chui, Presiden Serantau, Jualan, China dan Korea (kanan) menerima Anugerah Pencapaian Rakan Kongsi Epson 2016 daripada En. Akihiro Fukaishi, Presiden Epson China Co. Ltd (kiri).

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh pelbagai rakan teknologi dari seluruh rantau bagi mengiktiraf prestasi cemerlang Avnet dalam memacu pertumbuhan dan jualan yang menguntungkan untuk perniagaan saling hubung, pasif dan elektromekanik (IP&E).

Frederick Fu, Presiden Avnet Asia Pasifik berkata: "Pasaran IP&E adalah penting untuk Avnet memandangkan ia mewujudkan asas teras untuk perniagaan kami dalam peruntukan penyelesaian sepenuhnya. Pelbagai anugerah yang diraih oleh kami adalah bukti kedudukan Avnet selaku pengedar dipercayai bagi produk-produk IP&E di rantau ini. Rakan-rakan kongsi kami dan pasukan pakar kami yang dihargai memainkan peranan penting terhadap kejayaan pertumbuhan kami. Penyediaan sokongan dan penyelesaian bernilai tambah menerusi keupayaan rantaian reka bentuk kami sentiasa menjadi pembeza utama untuk terus memacu kejayaan rakan-rakan kongsi kami."

Anugerah-anugerah termasuk:

1. Pertumbuhan Tertinggi Berbanding Tahun Sebelumnya 2016-- Amphenol FCI India
2. Pengedar Terbaik Tahunan 2016 – Asia -- Artesyn Embedded Technologies
3. Perkongsian Kecemerlangan 2016 – China -- Bourns Asia Pacific
4. Anugerah Jualan Cemerlang 2016 – Rantau China -- EPCOS Limited (A TDK Group Company)
5. Anugerah Emas Senten Manten – Rantau China -- EPCOS Limited (A TDK Group Company)
6. Hari Inovasi 2017 -- Epson China Co. Ltd
7. Pengedar Terbaik Tahunan Tahun Kewangan 2017 – Asia -- Kemet Electronics
8. Pengedar Ciptaan Permintaan Terbaik Tahun Kewangan 2017 – Asia -- Kemet Electronics
9. Pengedar Terbaik Tahunan 2016 – China-- Molex
10. Anugerah Pengedaran Terbaik – China -- Rohm Semiconductor
11. Anugerah Pasukan Cemerlang – Utara dan Timur China – TE Connectivity – Industrial BU
12. Pengedaran Semikonduktor Terbaik Asia– China – Vishay Intertechnology Asia Pte Ltd
13. Pasukan Jualan Terbaik, Shanghai ChinaAsia -- Vishay Intertechnology Asia Pte Ltd

Avnet ialah salah satu pengedar bertaraf global yang terbesar di dunia bagi komponen IP&E, pengkomputeran perusahaan, produk simpanan dan subsistem terbenam. Ia menawarkan kepakaran dengan pengetahuan teknikal yang mantap, mereka bentuk produk untuk kegunaan pasaran, selain menyediakan perkhidmatan untuk pasaran-pasaran dan negara-negara berbeza.

Ikuti Avnet melalui Twitter: @Avnet 
Berhubung dengan Avnet melalui LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/avnet 
Berhubung dengan Avnet melalui Facebook: http://www.facebook.com/AvnetInc

Latar Belakang Avnet

Bermula daripada idea kepada reka bentuk, dan daripada prototaip kepada hasil pengeluaran, Avnet menyokong para pelanggan pada setiap peringkat dalam kitar hayat produk. Portfolio komprehensif merangkumi reka bentuk dan perkhidmatan rantaian bekalan menjadikan Avnet sebagai panduan terbaik untuk para penginovasi yang menjadi peneraju dalam perubahan teknologi. Selama hampir seabad lamanya, Avnet telah membantu pelanggan dan pembekal di seluruh dunia merealisasikan kemungkinan teknologi yang membawa perubahan. Ketahui lebih lanjut tentang Avnet di www.avnet.com.

Maklumat perhubungan akhbar:

Carrie Chen
Avnet Asia Pacific  
+65.6580.6095 
Carrie.Chen@AVNET.COM

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170718/1901242-1-a
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170718/1901242-1LOGO-b

Source: Avnet
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Trade show news