omniture

Uoolu Edar Platform Terbuka Aset Global di Persidangan Akhbar Asia Tenggara untuk Hubung Pemaju Hartanah dengan Pelabur Cina

Uoolu.com
2017-09-04 09:01 548

BANGKOK, Thailand, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Uoolu, platform pelaburan hartanah global terkemuka di China, melancarkan persidangan akhbar Asia Tenggara "Era Seterusnya Pelabur Cina" di Bangkok, Thailand pada 30 Ogos 2017. Di persidangan ini, Uoolu memperkenalkan produk baharunya platform terbuka aset global Uoolu+ untuk menghubungkan pelabur Cina dengan pemaju hartanah luar negara dan pihak yang berkaitan. Satu Laporan tentang Pelaburan Pembeli Cina dalam Hartanah Thailand juga turut dikeluarkan. Uoolu menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan lebih 50 pemaju Thai termasuk: Raimon land, Sena, Ananda, dan Sansiri antara lainnya.

Uoolu.com
Uoolu.com

Huang Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu, memperkenalkan pembangunan dan strategi Uoolu. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Uoolu direka untuk membantu menghapuskan jurang maklumat antara pelabur Cina dan pasaran hartanah luar negara, terutamanya pasaran hartanah Thailand.  Beliau menyambung bahawa menjelang berakhirnya Julai 2017, Uoolu sudah memperluaskan perkhidmatannya ke semua wilayah dan bandar autonomi di China bersama-sama pasukan yang berpengalaman dan sistem pelaburan internet yang maju. Uoolu juga menyediakan senaraian hartanah dari lebih 20 buah negara kepada pelabur Cina.

Naib presiden dan rakan kongsi Uoolu, Zhang Yiwen, melancarkan produk baharu Uoolu+, platform terbuka aset global. Dengan mendaftar di Uoolu+, penyedia aset dan perkhidmatan berkaitan boleh menyenaraikan aset dan perkhidmatan mereka secara percuma selain mengurus pelanggan daripada pangkalan data Uoolu+ secara bebas. Pemaju hartanah seluruh dunia boleh berhubung dengan kumpulan HNWI ini secara terus di platform terbuka internet Uoolu+.

Pada ketika ini, Uoolu mempunyai lebih 1 juta Pengguna Aktif Bulanan dan mencapai lebih 2 bilion RMB GMV terkumpul dengan pelabur yang datang daripada sepuluh saluran termasuk laman sesawang media, e-dagang dan kewangan. Sebagai sebuah syarikat baharu, Uoolu sudah diiktiraf sepenuhnya oleh firma modal dan pelaburan dari China dan Silicon Valley, dan menutup 50 juta RMB pembiayaan pusingan B pada Jun 2017.

Laporan analisis data tentang pelaburan Cina dalam hartanah Thai juga turut diterbitkan di persidangan ini.  Laporan ini mengandungi analisis pilihan dan permintaan sebenar Cina dalam hartanah Thai, serta potret pengguna dan cabaran pelaburan yang menanti mereka.

Terpilih sebagai negara persidangan, Uoolu berpendapat pasaran hartanah Thai mempunyai potensi dan sedang berkembang dengan lebih pesat pada separuh kedua 2017.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170831/1931500-1

Source: Uoolu.com
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate