omniture

Strategi Pan Gang Pimpin Pembangunan Baharu Yili

Yili
2017-09-04 09:04 692

BEIJING, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada 30 Ogos, Yili Group, No.1 di Asia dan ahli kepada 8 teratas di seluruh dunia dalam industri tenusu, mengeluarkan laporan kewangan bagi separuh tahun pertama 2017. Menurut laporan, dalam separuh tahun pertama tahun ini, Syarikat mencapai 33.494 bilion yuan jumlah hasil, dengan kadar pertumbuhan 11.32% berdasarkan perbandingan tahun sebelumnya; keuntungan bersih berjumlah 3.368 bilion yuan, dengan pertumbuhan 4.52% dalam tempoh yang sama tahun lalu. Yili terus meneraju industri dengan kelebihan skala dalam hasil, pendapatan bersih serta pertumbuhan yang pesat.

Jawatankuasa Penganjur Beijing bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 ("Beijing 2022") dan Yili Group secara rasminya mengumumkan Yili Group bakal menjadi satu-satunya rakan kongsi rasmi produk tenusu untuk Beijing 2022. Kekal dengan idea "Teruskan Mendaki dan Menyemai Semangat dalam Impian Cina", yang diketengahkan oleh pengerusinya Pan Gang, Yili menyemarakkan kembali hubungannya dengan Olimpik dan menjadi satu-satunya pembekal makanan bagi kedua-dua Sukan Olimpik musim Panas dan musim Sejuk. Yili mencipta satu kejayaan baharu bagi industri tenusu China.

Pertumbuhan pesat prestasi Yili dalam separuh pertama tahun ini diperoleh daripada strategi pembangunan Pengerusi Pan Gang yang jelas dan keputusan yang tepat tentang trend industri serta kepercayaan pelanggan.   Produk Yili yang berkualiti tinggi menjadi tunggak kejayaan yang penting bagi kerjasamanya dengan Beijing 2022, yang menjadikan Yili sebagai penyedia makanan kesihatan pertama yang memenuhi piawaian "Dua Olimpik".

Dalam tempoh pelaporan, Yili telah menambah baik pakej dan perisa yogurt suhu biliknya Ambrosial. Dengan pelancaran produk baharu yang begitu popular seperti "Susu Tepung Formula untuk Bayi dan Kanak-kanak Pro-Kido", "Susu Difermentasi JoyDay Flavor" dan "Lepa Susu Keju PureDay", keupayaannya untuk menginovasi produk membolehkan pertumbuhan berterusan.

"Yili mewakili kualiti tertinggi" ialah prinsip asas yang diwujudkan oleh Pengerusi Pan Gang untuk perniagaan ini.  Berdasarkan sistem pengurusan kualiti syarikat yang mengetengahkan "penglibatan semua kakitangan dalam semua proses keseluruhannya" dan pemantauan risiko keselamatan makan tiga peringkat, sistem pencegahan dan pengawalan yang merangkumi "Ibu Pejabat, bahagian dan kilang", ia membawa kepada pelaksanaan pemantauan, analisis, pengurusan dan pencegahan perkara penting dalam kawalan keselamatan dan kualiti makanan bermula dari sumber hinggalah ke akhirnya.

Kualiti merupakan agenda utama Yili. Pan Gang mencadangkan bahawa inovasi dan globalisasi bertindak sebagai "dua roda" untuk memacu pertumbuhan strategik. Selain itu, Yili menekankan sumber susu berharga dunia, menguasai rantaian huluan industri.  Pada masa yang sama, Yili menghimpunkam sumber intelek terkemuka dunia untuk menumpu kepada penyelidikan subjek masa depan tentang nutrisi dan kesihatan selain makanan sihat berteknologi tinggi.

Pan Gang mempunyai visi bahawa sehingga 2020, Yili bakal membantu 2 bilion pengguna seluruh dunia untuk menikmati produk berkhasiat dan sihat.

Source: Yili
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Licensing/marketing agreements Sales reports