omniture

Modul Dwimuka Jenis-N Jolywood, Capai Kejayaan Pelaburan dalam Pasaran PV di India

Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd.
2017-09-05 22:49 571

TAIZHOU, China, 5 September 2017 /PRNewswire/ -- Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co., Ltd ('Jolywood') memeterai satu perjanjian bersama ACME Clean-tech Solutions Private Limited ('ACME'), pembangun tenaga boleh diperbaharui di India bagi membekalkan Modul Solar Monohabluran Dwimuka Tinggi Kecekapan Jenis-N Jolywood dengan kapasiti 6.775MW. Ini bukan sahaja menandakan penggunaan berskala besar pertama bagi Produk Solar Dwimuka Jenis-N di India, tetapi juga merupakan satu pencapaian luar biasa untuk Jolywood mula berkembang. En. Lin Jianwei, pengerusi Jolywood Group, En. Liu Yong, pengurus besar Jolywood Solar, dan En. Ankur, Ketua Pegawai Keselamatan ACME, menghadiri majlis penandatanganan ini.

Menurut perjanjian, kali ini, Jolywood menawarkan Modul Telus Mono Dwimuka Jenis-N 72-sel dengan kecekapan 370W. Ini merupakan kali pertama India mempunyai aplikasi Produk Solar Dwimuka Jenis-N yang begitu besar, yang boleh memberi pulangan pelaburan lebih tinggi berbanding produk-produk PV konvensional.

India telah menjadi salah satu pasaran luar negara paling terkenal untuk perusahaan PV Cina. Dengan kelebihan lokasi dan sumber radiasi solar yang banyak, Pasaran India mempunyai peluang besar untuk tenaga boleh diperbaharui, termasuk tenaga solar.

En. Modi, Perdana Menteri India, memberikan satu usul yang lebih luas dalam usaha mencapai pemasangan solar 100GW menjelang tahun 2022, demi memenuhi permintaan kuasa melibatkan lebih 100 juta orang di kawasan luar bandar. Pelan bida ini boleh menjadi pemangkin penting terhadap Industri PV India yang semakin berkembang.

International Energy Agency (IEA) melaporkan pertumbuhan tahunan bagi permintaan tenaga elektrik daripada Pasaran India akan meningkat sebanyak 5%, dan ini bermakna sistem bekalan elektrik dengan saiz tiga kali ganda akan diperlukan menjelang tahun 2040. Modi menunjukkan keyakinan beliau terhadap tenaga solar sebagai penyelesaian utama bagi isu penggunaan kuasa di India, dan melancarkan pelan solar yang bercita-cita tinggi sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan.

En. Ankur mengulas, "Produk Dwimuka-N boleh memberikan keuntungan penjanaan tambahan sebanyak lebih 20%, yang mempunyai kebolehan yang tinggi untuk meningkatkan IRR pada loji solar. Ia bukan sekadar satu penyelesaian bagi merendahkan LCOE, tetapi juga satu penyelesaian serba baharu yang boleh menangani masalah kekurangan bekalan elektrik di India. Sesuatu yang berbaloi untuk dicuba, atas sebab inilah Jolywood menjadi pilihan utama kami kali ini."

"Jalinan kerjasama dengan ACME hanyalah langkah pertama kali kami dalam Pasaran India," kata En. Liu Yong. "Penjanaan dua-sisi, LID sifar, suhu bekerja lebih rendah, menerusi ciri-ciri ini, Produk-produk N-pert Jolywood amat berdaya saing untuk persekitaran tinggi suhu seperti India. Kami benar-benar percaya produk kami dapat memberikan kuasa tambahan sebanyak 10% atau lebih banyak lagi untuk setiap loji kuasa, bagi merendahkan LCOE dan turut meningkatkan IRR. Kami berharap dapat terus menjalin kerjasama dengan ACME, berganding bahu untuk memperluas lebih banyak aplikasi produk N-pert, bukan sahaja untuk memberikan LCOE yang lebih rendah dan IRR lebih tinggi buat pelabur, tetapi juga untuk menyediakan tenaga berpatutan kepada Pasaran India."

Ankur turut menunjukkan, dengan keyakinan dan harapan terhadap jalinan kerjasama masa depan, kedua-dua pihak mungkin mempunyai kelebihan yang saling melengkapi dalam pembangunan loji kuasa.

Source: Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Contracts