omniture

Bintang Pop Korea CL Rai Pembukaan Rasmi Kedai Istimewa Ocean Terminal THOMAS SABO dan Pratonton Istimewa Edisi Dragon Nights

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
2017-09-06 20:04 478

HONG KONG, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- Jenama barangan kemas terkemuka Jerman THOMAS SABO gembira menjadi tuan rumah pembukaan kedai istimewa Ocean Terminal Hong Kong dan pratonton istimewa edisi Dragon Nights pada 5 September 2017. Untuk meraikan majlis istimewa ini, pengasas dan pereka En. Thomas Sabo datang ke Hong Kong untuk merasmikan majlis memotong reben dengan tetamu kehormat bintang pop Korea CL.

generated by system

generated by system

Kedai Istimewa Ocean Terminal THOMAS SABO memperkenalkan konsep reka bentuk baharu, menggabungkan unsur-unsur abad pertengahan dengan hiasan yang ringkas. Butik ini menggunakan palet warna segar iaitu warna-warna yang cerah dan muda dan menandakan era baru hiasan kedai bagi kedai-kedai THOMAS SABO di Asia.

Pratonton istimewa Edisi Dragon Nights eksklusif, bermula dari bulan Oktober, diadakan di kedai tersebut pada hari yang sama. Naga sebagai tanda kebahagiaan dan tanda kerahmatan "Shou" sebagai simbol kehidupan yang berpanjangan merupakan kunci utama yang sangat simbolik bagi koleksi tersebut. Dihiasi dengan kepala naga berbulu dan perhiasan yang berjalinan, koleksi buatan tangan itu menjadikan mitologi Timur Jauh jadi nyata dan bersinar dengan penuh keindahan. Koleksi ini dilancarkan di kedai-kedai THOMAS SABO yang terpilih di Hong Kong pada 5 September 2017.

Bahan Imej untuk tujuan editorial: https://spaces.hightail.com/receive/Y3ZKJbhdwp

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat peneraju dunia bagi barang kemas dan jam tangan yang mereka, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1984 di Jerman, mengendalikan sekitar 300 kedai sendiri di kesemua lima benua. THOMAS SABO juga bekerjasama secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan serta pengendali penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.

Hubungan Akhbar: 

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
+49912397150
press@thomassabo.com    

Source: THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Precious Metals New products/services