omniture

Ekspo Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Negara Arab 2017 Buka Tirai di Yinchuan

China Railway Corporation
2017-09-08 15:17 655

Galakkan pembinaan bersama dan perkongsian bermanfaat kereta api berkelajuan tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan

YINCHUAN, China, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Negara Arab 2017 membuka tirai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Yinchuan hari ini. Ditaja oleh Perbadanan Kereta Api China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Ningxia Hui dan dianjurkan oleh Akademi Sains dan Pembangunan Kereta Api China dan Suruhanjaya Pembaharuan Ningxia, persidangan ini menarik minat para peserta dari Liga Arab, Afghanistan, Jordan, Indonesia, Maghribi, Mesir, Sudan, dan sebagainya. Lebih daripada 300 wakil dari persatuan, akademi, universiti, perusahaan dan kerajaan China di semua peringkat turut mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Ekspo Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Negara Arab 2017 Buka Tirai di Yinchuan
Ekspo Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Negara Arab 2017 Buka Tirai di Yinchuan

Tetamu khas yang memberi ucapan di majlis ini termasuk En. Zhang Chaochao, Naib Gabenor dari wilayah autonomi ini, dan Dr. Kamal Babiker, Penolong Setiausaha Liga Arab. Selain itu, Liu Zhenfang, Pengurus Besar Kanan Perbadanan Kereta Api China, menyampaikan ucapan dasar, memberikan ulasan keseluruhan berkaitan prestasi kereta api berkelajuan tinggi China dan pertukaran antarabangsa dan kerjasama dalam sektor kereta apinya.

Seperti yang dinyatakan Liu dalam ucapannya, pemimpin China menggesa usaha bersama China dan Arab untuk membina Inisiatif Jalur dan Jalan di Mesyuarat Peringkat Menteri ke-6 Forum Kerjasama China-Arab pada tahun 2014. Kemudiannya, ketika menyampaikan ucapan di Ibu Pejabat Liga Arab pada 2016, pemimpin China menggariskan kesediaan China untuk bekerjasama dengan negara Arab untuk bersama-sama membina inisiatif dan meluaskan titik persamaan dalam usaha masing-masing untuk mencapai pembaharuan negara dengan mempercepatkan pengenalan kereta api berkelajuan tinggi dan teknologi tinggi dan baharu yang lain, untuk menambah lagi nilai kepada kerjasama pragmatik antara China-Negara Arab. Selaras dengan keperluan praktikal dan pembangunan jangka panjang kerjasama China-Negara Arab, ucapan penting oleh Presiden memperkuat kerjasama kereta api dua hala dengan hala tuju yang jelas. Tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam pertukaran dan kerjasama kereta api. Sektor kereta api di China sedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakannya di negara Arab dan dunia Islam sesuai dengan prinsip-prinsip "perundingan terperinci, usaha bersama dan manfaat bersama" untuk meningkatkan kerjasama kereta api berkelajuan tinggi sebagai lembaran baharu dalam kerjasama perkhidmatan kereta api dua hala.

Majlis pembukaan diikuti dengan ucapan mengenai topik khusus, meja bulat dan aktiviti lain yang diadakan oleh Perbadanan Kereta Api China. Wakil-wakil dari Kereta Api China, Wilayah Autonomi Ningxia, Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia dan Suruhanjaya Penggalakan Pelaburan Sudan berbicara mengenai "Kerjasama dan Pembangunan Kereta Api China-Negara Arab: Kepentingan dan Peranan". Perbincangan panel mengenai "Kerjasama dan Pembangunan Kereta Api China-Negara Arab: Pendekatan dan Model" dihadiri oleh peserta dari Kementerian Pengangkutan Jordan, Kereta Api Kebangsaan Maghribi, Lembaga Kereta Api Mesir, dan konglomerat China, China Railway Group Limited (CREC), China Railway Signal & Communication Company Limited (CRSC), China Railway Construction Corporation Limited (CRCC), China Communications Construction Company Limited (CCCC), CRRC Corporation Limited, dan Power Construction Corporation of China (POWERCHINA).

Sebagai komponen yang penting dalam persidangan, Pameran Teknologi Kereta Api Berkelajuan Tinggi China selama tiga hari diadakan selari dengan Ekspo ini. Pameran itu terdiri daripada dua bahagian - pencapaian China dalam perkhidmatan kereta api dan kerjasama kereta api antarabangsa. Dalam kawasan pameran lebih daripada 1,000 meter persegi itu, konglomerat China mempamerkan inovasi terkini mereka dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, pembuatan peralatan, pengendalian dan pengurusan kereta api, terutamanya kereta api berkelajuan tinggi, serta hasil pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang menyasarkan untuk memudahkan kerjasama menang-menang dalam transit kereta api antara China dan negara Arab dan seterusnya.

Diluluskan oleh Majlis Negara China, Ekspo China-Negara Arab ialah ekspo antarabangsa menyeluruh yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China, Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Ningxia Hui. Sejak 2010, Ningxia telah mengadakan tiga sesi forum dan dua sesi ekspo.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20170907/1935011-1

Source: China Railway Corporation
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trade show news